✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

fenomena tarik-menarik


Bismillah walhamdulillah,

Saya mulakan tulisan ini dengan memuji Allah, semoga Dia memberikan kekuatan kepada kita dalam mengharungi kehidupan ini, dalam mencari hidayahNya, dalam memperjuangkan agamaNya, dalam menjadi hambaNya yang sebenar. Jua selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad habibuna. Serta para sahabat ajmaien. Moga tinta ini Allah redha sekaligus dirahmati juga bisa meleraikan simpulan ketat yang melemaskan.

selamat tiba di bumi anbiya, dataran syuhada yang dirindui. alhmadulillah.

3 September yang lalu ketika di airport KLIA, kami bertembung dengan sekumpulan rombongan pelajar yang bakal terbang ke Jordan menyambung pengajian di sini. mereka pergi mengikuti sebuah pakej rombongan X yang di bawah kelolan sebuah jemaah X di Malaysia. figur hebat dihadapan saya itu sangat saya kenali. antara orang kuat jemaah X di Jordan. sempat pula saya berborak dengan ibu seorang pelajar dari rombongan X tadi.

Allahu Allah, tanpa saya sedar rupanya rombongan X dibawah jemaah X tadi telah menimbulkan sedikit perbalahan serta salah faham di sini. keesokan harinya terbitlah bual topik berkaitan rombongan X yang 'direbut-rebut' istilahnya. tidak sangka sangkaan awal saya akan berlaku perebutan ini benar-benar terjadi di lapangan terbang Queen Alia Amman, Jordan di antara Persatuan Zon yang telah diamanahkan oleh pihak EMJ juga jemaah X tadi.

tarik menarik

istilah ini kerap didengari apabila pelajar baru mula mendaftarkan diri di kampus pilihan mereka. ini berlaku baik di dalam mahupon diluar nagara. jemaah-jemaah jenama X Y Z M N O dan pelbagai lagi yang berdiri gah bersama tema Islam dan tarbiyah mula merangka pelbagai plan modus operandi bagi menjayakan gerak kerja dakwah mereka. silakan, tiada apa yang menjadi masalah. adik-adik yang telah disahkan menjadi pelajar university tempatan mahupon luar negara telah siap diambil rekod pribadi mereka. program asas sebelum penerbangan siap disusun. adik-adik yang ditarget sertai usrah dipegang dengan sungguh-sungguh. hubungan dijalin sebelum sempat bersua muka. semua ini adalah maklumat yang perlu disemak untuk proses tajmik nanti. sedemikian itulah rata-rata jemaah lakukan demi sebuah proses pentajmikan yang bakal berlaku.

saya puji usaha serta keringat yang mengalir keluar. bahkan mereka senantiasa mahukan adik-adik target mereka mendapat suapan tarbiyah dan dakwah dengan sempurna sebaik tiba di tempat pengajian masing-masing. jika boleh, segala urusan kehidupan baru mereka mahu diurus semua. lagaknya seperti si ayah yang menghantar anak kecil ke sekolah. 

tak kena cara

biarlah sehebat mana, segiga dan sesuper mana rangka strategi yang disusun demi perjalanan sebuah tarbiyah namun janganlah sehingga 'perebutan' adik-adik berlaku sebaik sahaja mereka sampai. dihadapan mata mereka sendiri. janggal bukan. sudahlah yang datang tanpa ibu dan ayah, lepasan SPM yang masih fresh dengan kehidupan sekolah menengah, berhadapan dengan dataran sahara yang gersang, cuaca yang berbeza  dan tempat baru yang begitu asing bagi mereka. dipersembahkan pula aksi tarik-menarik ala-ala main tarik tali di lapangan terbang.(takdelah sampai main tarik tali kan)

gambaq sekadar hiasan

jemaah X kata demikian, persatuan kata demikian. lalu berlakulah pembaziran kos pengangkutan yang ditempah serta beberapa persedian yang telah disusun oleh badan persatuan university masing-masing. bukankah ini satu perkara yang tidak enak didengar. lantaran masing-masing mahu menegakkan benang yang sedia basah beserta hujah dan alasan tersendiri. 

saranan

kalau ye pon mahu memulakan proses tajmik, mahu adik-adik sertai jemaah X Y atau Z ke, bagilah mereka selesaikan urusan di jamiah. penginapan dan macam-macam lagi. bukankah persatuan telah sediakan perkhidmatan ini dengan sehabis baik, mengapa ingin menambah beban gerak kerja yang sama hasilnya. akhirnya, wujud salah faham yang bisa membuah perpecahan. 

sabar dan tunggu. adik-adik target kalian tidak kemana kalau kalian yakin matlamat ingin bawa meraka pada jemaah kalian adalah ingin memperkenal dan promosi Islam dan Allah secara lebih dekat. apa nak risau, bila ALlah izin adik-adik target bersama kalian maka itulah hadiah dari Allah, jika sebalikya mungkin ada hikmah yang lain. letak kan segalanya pada Allah. kan mudah.

jemaah X ka Y ka atau persatuan ka, marilah kita duduk berdiplomasi. berbincang secara sihat dan profesional. saling berlapang dada dan saling tidak mementingkan diri. secara umumnya, nilai ingin membantu sesama saudara seislam itu sungguh murni amalan tersebut. namun lebih murni, bila kita saling bekerjasama dan tidak memebelakangkan pihak-pihak yang berautoriti yang sedang menjalankan tanggugjawab mereka. dan akhir sekali, saling memohon maaf dan rendah hati atas kesilapan yang dilakukan samada sedar ataupun tidak.


pesanan saya buat semua ahli jemaah, jemaah X ka Y ka Z ka dan terutama pimpinan jemaah kampus: 

tujuan kita berukhwah dengan pelajar baru sebenarnya bermotifkan apa? kalau sekadar ingin penuhkan manusia dalam kelompok jemaah masing-masing lupakan saja hasrat ukhwah itu. ukhwah dengan mereka kerana Allah, kenalkan mereka pada Islam secara lebih dekat, kemudian terserah mereka mahu sertai wadah jemaah jenama apa sekalipun. jangan memaksa atau desak mereka mengikuti kita. 

kita sebagai wasilah, yang pasti mereka libatkan diri dalam kancah dakwah dan tarbiyah dan membawa pulangan yang besar untuk Islam. 

sekadar pandangan masyarakat biasa. wallahualam.

seeru ala barakatillah.

SK
Mu'tah.






1 comments:

masyaAllah, seriously nice.
penat dgn fenomena rebut merebut ni.

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...