Bismillah wal hamdulillah.
Ma sha Allah.
tarik nafas panjang. hembus perlahan-lahan.
Masih lagi
bernyawa aku ini.
Masih mampu
menghirup udara segar kurnian Allah
Masih kekal
dalam iman dan Islam
Ya Rabb, masih
lagi hidup aku ini.
Andai matinya
aku, pilihlah aku dalam sebaik-baiik kematian.
(monolong hamba)
Di penghujung
tirai 2012.
Esok, kurang
dari 24 jam maka bermula lah era baru.
Menyelak tabir tahun
baru, 2013.
In sha Allah,
entri ini bakal menutup tirai tahun 2012. Sebelum melangkah masuk ke 2013.
Di penghujung
tahun ini, 31/12/2012 Allah beri kesempatan dan rezeki bertemu dengan Pak Long, ulama terkemuka di negeri Utara. Atau
dikenali dengan Us zainul Asri. Terbang ke Jordan demi berkongsi ilmu dan
memberi nasihat kepada anak sesaudara Muslim. Bibirnya tidak lekang dari
menyebut selawat, redup wajah yang mendamaikan, ucapan nya yang lembut dan
tenang, bisa menjatuhkan hati mereka yang melihatnya. Moga Allah merahmatimu
duhai murabbi.
Banyak yang menarik minat hati saya untuk berkongsi berkaitan dengan beberapa point
yang ustaz sebut.
Kata pak long:
Andai ada dua orang yang dahulunya kamcing, rapat bagai isi dan kuku dan akhirnya Allah pisahkan mereka dan jauhkan mereka dengan pertelingkahan, pergaduhan dan salah faham antara keduanya. Maka pada keduanya atau salah satu darinya DERHAKA KEPADA ALLAH.
Allahuuu. Sangat
sentapppp! T_T huhu. Sobs.
Derhaka, umumnya
pasti ada terpalit maksiat dan dosa pada kedua mereka atau salah satu dari mereka. Muhasabah~
Kata ustaz lagi:
Kunci istiqamah adalah solat berjemaah."Allahummar zuqnal istiqamah, wahabib ilaina fi solatil jamaah."
Orang yang ingin
kekal dalam kafilah dan gerabak dakwah dan tarbiyah ini, jua mahukan sentiasa
konsisten dengan amal ibadah seharian, dengan perjuangan dan Islam, maka
lazimilah solat berjemaah. Jauhi solat secara fardi.
Allahuu. Rupanya
solat berjemaah merupakan kunci kekuatan untuk istiqamah.
Kata pak long
lagi:
Dalam perjuangan ada dua agenda utama, iaitu:
Agenda ammah: kemenangan Islam dan Jemaah
Agenda peribadi: mati syahid.
Tiba point mati
syahid, rasa nak nangis, sebak.
Kan Quran ada sebut:
yang menuntut ilmu juga sama sisinya dengan orang yang pergi berjuang di jalan
Allah, di medan tempur. Kalaulah mereka yang berperang mati syahid, tentu
sahaja sama darjatnya orang yang menuntut ilmu
jika matinya nanti dikira syahid.
(9:122) <--- ini.="ini." rujuk="rujuk" surah="surah">--->
Tanda orang mati
syahid,iaitu dalam husnul khatimah antaranya:
1-
Keluar peluh dari jasad dan
wajahnya
2-
Mati dalam keadaan tersenyum
3-
Mati mengalirkan air mata.
Ya Rabb, di
penghujung tirai tahun 2012 ini, aku mohon kepadaMu agar matikan aku dalam
sebaik-baik pengakhiran. Matikan jua aku dalam husnul khatimah. Pilihlah aku antara
yang shayid, gugur dalam perjuangan dalam menegakkan agamaMu. Ameen.
Setahun yang lalu, dosa-dosa bagai debu yang berterbangan. Tidak terhitung dek jari jemari. Ampunkan aku ya Allah. Terimalah amal ibadahku sehari-harian ini.
Buat murabbiku, Pak Long Zainul Asri, terima aksih atas naseehat berharga dan butir mutiara yang engkau kongsikan. Sunnguh, ia tepat menembak masuk ke dasar hati ini. T_T
inspirasi
Faqeerah ila Rabbi,
Mutah,
31/12/2012
6:45Pm (Jordan)
11:45Pm (Malaysia)
3 comments:
syukran atas perkongsian kak anjang...sebab saya mengantuk sikit malam tu @_@
La syukran ala wajeeb. ;)
Byk lg butir mutiara g p.long kongsi. Tapi ini antara yang dipilih hati. Adik zahra pon update blog juga kn. ^^
La syukran ala wajeeb. ;)
Byk lg butir mutiara g p.long kongsi. Tapi ini antara yang dipilih hati. Adik zahra pon update blog juga kn. ^^
Post a Comment