✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Apreseiasi buatmu Bonda



Bismillah walhamdulillah.

Allahumma solli ala saidina Muhammad wa habibina wa syafiena wa nabina Rasulillahi Solla Allahu alaihi wassalam. 


Saya sentiasa tiada kata-kata yang terbaik untuk saya ungkap dan aperesiasikan buat dirinya. Kadang malu tidak terkata kerana masih tidak mampu membalas jasa dan pengorbanannya. 

Teringat saya pada Ramadan yang lalu. Usai sahaja berterawih bersama bonda di surau, saya dapatinya lalu mengucup tangan dan pipinya. Bonda pulang terus ke rumah, sedang saya masih kekal di situ meneruskan halaqah tadarus. 

Katanya sebelum pulang: 

Mak teringin nak tadarus bersama. Tapi mak nak kena balik dulu, banyak lagi baju tempahan yang belum habis dijahit. Walaupun mak tak dapat nak bertadarus, uda sertai tadarus ini pun mak dapat rasa tempias pahalanya. 

Allah. Hati saya menangis. Saya mengerti bisikan hatinya. Saat insan lain seusia dengannya  mengumpul ibadah terbaik di malam bulan Ramadan, dia pula berkorban meninggalkan salah satu daripadanya. Samada sertai tadarus dan kerjanya bertangguh atau sebaliknya. Pengorbanan ini dia lakukan demi anak-anaknya. Meneruskan mencari rezeki buat kami adik beradik. 

Jawab saya memujuk: 

Takpa mak, nanti selepas Subuh kita tadarus bersama ya. 

Bonda gigih melakukan aktiviti hariannya. Dari awal pagi dia bekerja mencari rezeki hingga ke lewat malam. Tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Bahkan tidurnya sentiasa kurang dari biasa. Pernah saya terjaga dari tidur jam 2 pagi, hati saya meruntun sayu melihat sosok bonda yang masih kekal di mesin jahitnya. Kepalanya hampir tersengguk menahan mengantuk. Namun dia tetap meneruskan jahitannya yang berbaki. 

Pengorbanannya terlalu besar untuk saya balas. Dari usia kecil saya sehingga hari ini baju dan jubah yang saya sarung hasil dari titik peluh bonda. Dia tidak pernah minta dibayar, tidak pernah minta diupah, bahkan semuanya diberi dengan percuma. 

Kaki saya pernah mendapat suntikan cecair untuk rawan lutut saya yang menipis. Satu suntikan yang bernilai tujuh ratus lebih Ringgit Malaysia itu dibayar penuh oleh bonda. Saya tidak sanggup melihat bonda keluarkan duit sebanyak itu lalu ia masuk ke tubuh saya ini. Usai mendapat suntikan di hospital, bonda memapah saya ke kereta. Sedang saya masih memikir ucapan yang terbaik untuk saya hargai pemberian berharga itu.

“Mak, terima kasih keluarkan duit banyak-banyak untuk kaki uda. In sha Allah, mudah-mudahan dengan pahala kaki uda ini melangkah ke tempat yang baik, mak juga akan turut dapat pahala." 

Bonda tersenyum. Dia mengamenkan doa ringkas saya. Namun di hati saya masih merasa ia tidak cukup sekadar ungkapan itu. Tidak mampu saya sebut jasa dan pengorabanannya yang terlalu banyak dicurah. Kalaulah tanpa bonda, tiada lah saya hari ini. Tiada lah kami adik beradik.

Tinggal saya, harus bagaimana mahu membalas pengorbanannya. Terima kasih bonda. Sungguh kaulah permata berharga yang tiada tandingnya ! 

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 28 buat mak dan abah. Semoga kekal  bahagia hingga ke Syurga. Hanya doa mampu dititip, moga Allah menyanyagimu sebagaimana kau menyayangi kami sewaktu kecil kami hingga saat kami besar dewasa. Juga Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 25 buat Abang Ngah, Mohd Hazwan bin Isa. ♥ 11/04/2013 

Bonda yang dicintai. Penawar hati penyejuk jiwa.  :')


Ayahanda yang kachak. Sentiasa tersenyum dimana jua :)

Hero after abah, merangkap driver yang baik hati.


"Mawaddah wa rahmah"

Mutah, Jorden
11/04/2013 | 6:28pm

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...