✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Rehlah Imaniyyah # Makka al Mukarramah

Bismillah wal Hamdulillah. 


Catatan ini catatan ringkas. Travelog hamba saat menjadi Tetamu Nya. 

Menjadi tetamu Allah di Haramaian adalah saat dan detik yang paling ditunggu. Menanti bertemu Tuhan di Rumah AgungNya di Makka al Mukarramah. Hari itu, pada malam  27 Januari kami bertolak dari perkampungan Mutah menuju Ke Makka melalui Saudi Arabia dan Medina Munawarah. Perjalanan yang memakan masa selama sehari lebih di dalam bas tidak begitu memenatkan bila saat memikirkan sebuah kerinduan yang agung buat Tuhan Rabul Jalil.



Dalam perjalanan yang jauh itu, ayahannda Dr Qois merangkap Musyrif yang bertanggugjawab dalam rehlah umrah ini memberi taujihat. Usai membaca doa musafer ayahanada menambah kata-katanya : 

Ini adalah rehlah Imaniyyah.
Rehlah menuju Allah.



Bagai disentap jantung hati ini. Air mata merembes keluar. Tidak pernah saya rasakan sebuah rehlah yang membawa bersama hati dan iman demi menghadap Allah RAbbul Izzati. Ya sebuah perjalanan menuju Tuhan. Perjalanan hamba si pendosa menuju Tuhan dalam memebersihkan jiwa ~


Jam 1.30 pagi Saudi Arabia kami tiba di hotel penginapan di Makka Mukarramah. Jam 2.30 pagi kami memulakan perjalanan umrah di Masjidel Haram. Bagai kan sebuah mimpi nan indah saaat kaki melangkah masuk ke ruang legar Masjid al Haram. Ribuan manusia yang membanjiri ruang luar masjid sibuk dengan amalan masing-masing.

Pintu masuk King Fahd menyambut kami dengan sebuah ihtirom. Tanda mengalu kedatangan si hamba demi menghadap Tuhan. Dari jauh bangunan berselimutkan kain kiswah hitam yang tersergam indah itu melambai-lambai. Marilah. Hampirlah !

Kaabah nan suci ! Bagaikan mimpi ! Lafaz tahmid diulang-ulang tanda bersyukur yang tidak bertepi. 

Bersyukur kerana Allah memilih kami.
Bersyukur kerana Allah izinkan kami meihat Kaabah.
Bersyukur kerana Allah pertemukan kami
Pertemukan dengan kesan tinggalan Nabi.
Bersyukur kerana Allah beri peluang kepada kami untuk umrah pertama ini. 

Lafaz ta'zhim kami ucap buat Kaabah. Agung. 
Buat Tuhan Maha Agung.

Kaki disusun teguh untuk melangkah. 
Di dalam banjiran ribuan umat Nabi.
Niat dimulai. Perlahan. Semangat.
Mengelilingi kaabah 7 kali pusingan.
Tawaf dengan kerendahan hati.
Menyesali dan menginsafi.
Bertaubat dan membersih hati. 

Selesai umrah pertama dengan diikuti saei dan tahallul. 

Allahu Akbar wa Lillah Ilhamd !

Yang mampu aku ucap hanya lafaz syukur
Kerana aku hamba yang lemah dalam menilai erti syukur ! 
Syukur kerena bersyukur ! 

Aku buka mata. Malam itu mimpi indah. 
Aku harap aku masih di sana. 
Masjid al Haram,
Makka al Mukarramah.
Rupanya tidak. 
Aku masih di bumi Syam. 
Di sini. 


Gambar dari atas kawasan tawaf, Masjid al Haram.
Samsung Mini Pocket 4.0MP


Al Faqeerah, 
10 Feb 2014 | Mutah Jordan. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...