✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

ukhti fillah: sanah helwah!

bismillah thumma alhamdulillah.

setahun yang lalu, sedang lewat malam seorang ukhti menghantar masej.

"kakak, may I ask you a simple question?"

"insha Allah, silakan." saya balas ringkas.

tidak menduga pula soalan apa yang akan diutarakan. kebiasaannya soalan-soalan yang diajukan berkaitan pendapat, hukum hakam yang diforward untuk mendapatkan penjelasan.

"Kakak, kenapa kakak kawan dengan saya?"

kencang detak degupan jantung ini. lebih kurang enam bulan kami berkenalan, baru saat itu soalan demikian ditanya kepada saya. soalan 'kenapa' itu penuh debaran buat diri saya.

lafaz bismillah saya ungkap perlahan. keypad phone ditaip lambat. niat di hati  saya perbaharui. moga-moga semuanya kerana Allah. bimbang punya bisikan jahat yang hinggap di telinga segaja mahu mencetus hura hara dalam persaudaraan.

"Insha Allah, kakak kawan dengan awak kerana Allah dan Islam"

butang send saya tekan. saya senyum lega. kerana dari awal kami kenal tiada hadaf lain melainkan hubungan persaudaraan ini saya sandar pada yang Haq.

"Alhamdulillah, May Allah loves you too because you love me because of Him :) "

saya senyum lebar. rasa terharu mula biak subur di hati. masej balasan yang saya terima itu saya simpan rapi ke dalam hati hingga saat ini. dan ungkapan itu juga sering dia ungkap di akhir chatting kami. ucapan syukur layaknya buat sang Rabbi. tiadalah matlamat lain melainkan semuanya kerana Allah. Moga kasih dan sayang yang kami labuhkan ini semunya kerana Allah.

رجلان تحبا في الله اجتمعا وتفرقا عليه
"dua orang  pemuda yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaya"

moga mereka itulah kami!

Nor Saffana. sebegitulah nama yang terukir buat dirinya. menggelar diri dengan nama timbangan 'saff' sungguh mencuri hati saya saat kali pertma kami bertemu. sungguh, dialah pemberian Allah atas jalan dakwah ini. dirinya penuh cerita, ibrah dan kenangan yang saya semat kemas di dasar hati bermula dari awal kami kenal hingga ke hari ini. alhamdulillah.

baik orangnya, ceria dan peramah. dan yang paling saya kagumi akan  perihal dirinya adalah kesungguhannya atas jalan dakwah yang sedang dia layari ini. bersungguh-sungguh dan tinggi nilai hammasahnya. doa saya moga awak thabbat ye! dan jadi akhawat super saiya juga! tak sama kapal takpa, yang penting kita meredah satu lautan yang sama. nanti kalau nak tumpang kapal saya, sangat dialukan :p heheh!

ukhti, 
Sanah Helwah! jazakillah atas ukhwah yang terjalin ini dan mohon maaf atas hak-hak ukhwah yang saya terabai. moga bertemu di syurga, insha Allah.

doakan kakak di sini ye!


Luv u fillah,
Kakak! 
Mu'tah, Jordan/1.30am
16 September 2012

mereka inilah adik-adik saya fillah! 
sila abaikan gambar ikhwah di belakang itu. 
(batch yang sempat dua bulan bersama mereka) 
 
 
mungkin sebab punya anak pensijilan dq yang menjadikan saya sangat akrab dengan adik-adik sijil sebatch saffana dan batch atasnya juga :) alhamdulillah. 

moga semuaya kerana Nya!






'Innocence of Muslim' senagaja mahu mencetus rasa amarah!

bismillah walhamdulillah.

filem 'Innocence of Muslim' yang disiarkan di youtube secara 'cut-cut' mula melebar luas sejak dua minggu yang lalu. pertama kali saya menonton potongan dari sedutan filem itu sudah cukup membuat jiwa dan hati berasa marah terhadap produksi serta pelokonnya berkaitan filem menghina nabi itu.  satu penghinaan yang melampau terhadap junjungan Nabi Muhanmmad SAW sekaligus menghina Islam yang terbukti suci kandungan nilai dan ajaran agama di dalamnya

maka, penuhlah di laman sesawang facebook mahupon twitter berkaitan isu ini. gambar-gambar serta link-link mula di share secara meluas. antara tanda dan bukti rasa sensitiviti umat Islam yang mengecam filem menghina nabi ini. moga-moga ia dinilai ibadah di sisi Allah maskipun hanya menekan butang share di hadapan laptop mahupon komputer. paling tidak bagi saya, mereka ini masih punya rasa sensitiviti terhadap isu umat islam yang melanda tika ini.

filem yang berlatarbelakangkan unta statik serta padang pasir lukisan itu sudah jelas nilai pembikinanya terlalu murah dan tidak berharga. mereka menyarung pakain sunnah seperti serban dan jubah di jasad mereka untuk menampakkan suasana arab ketika di zaman nabi. namun jelas jeleknya apabila mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penggantar yang jauh tersasar dari zaman Nabi yang ketika itu berkomunikasi dalam bahasa arab. ini menunjukkan filem ini terlalu tidak berkuaiti. ia sengaja mahu mencetus rasa amarah kepada umat Islam dengan menjadikan Nabi Muhammad di dalam filemnya itu sebagai seorang yang gila seks dan bodoh. juga memaparkan aksi isteri Nabi yang berebut giliran bersama baginda yang jauh tersasar dari nilaian akhlak yang dipamerkan oleh mereka pada zaman Nabi beribu tahun yang lalu.


Nabi Muhammad digambarkan seperti lelaki berserban putih manakala perempuan di bahagian belakang sebagai Khadijah.


sebagai Muslim, wajib lah keatas kita berasa marah atas pembikinan filem ini dan mengecam sekerasnya atas tindakan penganut Kristian yang menhina Islam ini. namun, tindakan mengecam ini haruslah selari dengan adab dan akhlak yang dianjurkan dalam agama kita. tidak terlalu ekstrem sehingga bertindak berdemo dengan membakar pejabat-pejabat kedutaan, melemparkan kata-kata maki hamun yang melampau, menghina agama lain dan melakukan tindakan ektrem yang lainnya sehingga menyababkan kematian. dengan perbuatan  ini menujukkan Islam hilang nilai murni yang dianuti oleh penganutnya dan mencacatkan keindahan yang berada di dalam Islam, maka inilah kesan yang diharapkan oleh kafir laknatullah terhadap filem cikai ini.

firman Allah dalam surah An-Nahl, Allah berfirman menyeru kita berdakwah atau menyeru ke jalan Allah ini dengan jalan hikmah. maka dengan jalan hikmah inilah satu  kelab ''Discover Islam UK" bertindak mencetak terjemahan Al-Quran dan tulisan berkenaan Seerah Nabawi hingga lebih daripada 110,000 unit untuk diedarkan secara percuma kepada rakan-rakan komuniti masyarakat London. meraka mengencam dan tentu berasa marah atas filem ini, namun mereka menggunakan jalan hikmah untuk membersihkan  semula filem hina nabi ini kepada masyarakat setempat. bukan kah ini menunjukkan indahnya Islam dengan metod begini?

Isu penghinaan ini adalah isu umat Islam sejagat. perlu kita melahirkan rasa benci atas penghinaan melampau terhadap junjungan baginda Muhammad SAW dan sekaligus mewujudkan penghinaan ke atas agama kita sendiri. dan lahirkan jua rasa sensitiviti terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Islam. justeru, sebagai umat Islam yang berpandukan dengan Quran dan Sunnah, marilah kita teladani apa yang diajurkan oleh Islam agar ia selari denan tuntutannya. 

juga saya berharap agar pihak Amerika dan sekutunya mengambil langkah serius perihal ini!

Moga laknat Allah ke atas mereka.

wallahualam, seeru ala barakatillah.

SK
Mu'tah, Jordan.

ps: mohon maaf atas kesalahan fakta, semata-mata diambil dari bacaan saya sebelum-sebelum ini.

fenomena tarik-menarik


Bismillah walhamdulillah,

Saya mulakan tulisan ini dengan memuji Allah, semoga Dia memberikan kekuatan kepada kita dalam mengharungi kehidupan ini, dalam mencari hidayahNya, dalam memperjuangkan agamaNya, dalam menjadi hambaNya yang sebenar. Jua selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad habibuna. Serta para sahabat ajmaien. Moga tinta ini Allah redha sekaligus dirahmati juga bisa meleraikan simpulan ketat yang melemaskan.

selamat tiba di bumi anbiya, dataran syuhada yang dirindui. alhmadulillah.

3 September yang lalu ketika di airport KLIA, kami bertembung dengan sekumpulan rombongan pelajar yang bakal terbang ke Jordan menyambung pengajian di sini. mereka pergi mengikuti sebuah pakej rombongan X yang di bawah kelolan sebuah jemaah X di Malaysia. figur hebat dihadapan saya itu sangat saya kenali. antara orang kuat jemaah X di Jordan. sempat pula saya berborak dengan ibu seorang pelajar dari rombongan X tadi.

Allahu Allah, tanpa saya sedar rupanya rombongan X dibawah jemaah X tadi telah menimbulkan sedikit perbalahan serta salah faham di sini. keesokan harinya terbitlah bual topik berkaitan rombongan X yang 'direbut-rebut' istilahnya. tidak sangka sangkaan awal saya akan berlaku perebutan ini benar-benar terjadi di lapangan terbang Queen Alia Amman, Jordan di antara Persatuan Zon yang telah diamanahkan oleh pihak EMJ juga jemaah X tadi.

tarik menarik

istilah ini kerap didengari apabila pelajar baru mula mendaftarkan diri di kampus pilihan mereka. ini berlaku baik di dalam mahupon diluar nagara. jemaah-jemaah jenama X Y Z M N O dan pelbagai lagi yang berdiri gah bersama tema Islam dan tarbiyah mula merangka pelbagai plan modus operandi bagi menjayakan gerak kerja dakwah mereka. silakan, tiada apa yang menjadi masalah. adik-adik yang telah disahkan menjadi pelajar university tempatan mahupon luar negara telah siap diambil rekod pribadi mereka. program asas sebelum penerbangan siap disusun. adik-adik yang ditarget sertai usrah dipegang dengan sungguh-sungguh. hubungan dijalin sebelum sempat bersua muka. semua ini adalah maklumat yang perlu disemak untuk proses tajmik nanti. sedemikian itulah rata-rata jemaah lakukan demi sebuah proses pentajmikan yang bakal berlaku.

saya puji usaha serta keringat yang mengalir keluar. bahkan mereka senantiasa mahukan adik-adik target mereka mendapat suapan tarbiyah dan dakwah dengan sempurna sebaik tiba di tempat pengajian masing-masing. jika boleh, segala urusan kehidupan baru mereka mahu diurus semua. lagaknya seperti si ayah yang menghantar anak kecil ke sekolah. 

tak kena cara

biarlah sehebat mana, segiga dan sesuper mana rangka strategi yang disusun demi perjalanan sebuah tarbiyah namun janganlah sehingga 'perebutan' adik-adik berlaku sebaik sahaja mereka sampai. dihadapan mata mereka sendiri. janggal bukan. sudahlah yang datang tanpa ibu dan ayah, lepasan SPM yang masih fresh dengan kehidupan sekolah menengah, berhadapan dengan dataran sahara yang gersang, cuaca yang berbeza  dan tempat baru yang begitu asing bagi mereka. dipersembahkan pula aksi tarik-menarik ala-ala main tarik tali di lapangan terbang.(takdelah sampai main tarik tali kan)

gambaq sekadar hiasan

jemaah X kata demikian, persatuan kata demikian. lalu berlakulah pembaziran kos pengangkutan yang ditempah serta beberapa persedian yang telah disusun oleh badan persatuan university masing-masing. bukankah ini satu perkara yang tidak enak didengar. lantaran masing-masing mahu menegakkan benang yang sedia basah beserta hujah dan alasan tersendiri. 

saranan

kalau ye pon mahu memulakan proses tajmik, mahu adik-adik sertai jemaah X Y atau Z ke, bagilah mereka selesaikan urusan di jamiah. penginapan dan macam-macam lagi. bukankah persatuan telah sediakan perkhidmatan ini dengan sehabis baik, mengapa ingin menambah beban gerak kerja yang sama hasilnya. akhirnya, wujud salah faham yang bisa membuah perpecahan. 

sabar dan tunggu. adik-adik target kalian tidak kemana kalau kalian yakin matlamat ingin bawa meraka pada jemaah kalian adalah ingin memperkenal dan promosi Islam dan Allah secara lebih dekat. apa nak risau, bila ALlah izin adik-adik target bersama kalian maka itulah hadiah dari Allah, jika sebalikya mungkin ada hikmah yang lain. letak kan segalanya pada Allah. kan mudah.

jemaah X ka Y ka atau persatuan ka, marilah kita duduk berdiplomasi. berbincang secara sihat dan profesional. saling berlapang dada dan saling tidak mementingkan diri. secara umumnya, nilai ingin membantu sesama saudara seislam itu sungguh murni amalan tersebut. namun lebih murni, bila kita saling bekerjasama dan tidak memebelakangkan pihak-pihak yang berautoriti yang sedang menjalankan tanggugjawab mereka. dan akhir sekali, saling memohon maaf dan rendah hati atas kesilapan yang dilakukan samada sedar ataupun tidak.


pesanan saya buat semua ahli jemaah, jemaah X ka Y ka Z ka dan terutama pimpinan jemaah kampus: 

tujuan kita berukhwah dengan pelajar baru sebenarnya bermotifkan apa? kalau sekadar ingin penuhkan manusia dalam kelompok jemaah masing-masing lupakan saja hasrat ukhwah itu. ukhwah dengan mereka kerana Allah, kenalkan mereka pada Islam secara lebih dekat, kemudian terserah mereka mahu sertai wadah jemaah jenama apa sekalipun. jangan memaksa atau desak mereka mengikuti kita. 

kita sebagai wasilah, yang pasti mereka libatkan diri dalam kancah dakwah dan tarbiyah dan membawa pulangan yang besar untuk Islam. 

sekadar pandangan masyarakat biasa. wallahualam.

seeru ala barakatillah.

SK
Mu'tah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...