✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Rehlah Imaniyyah # Makka al Mukarramah

Bismillah wal Hamdulillah. 


Catatan ini catatan ringkas. Travelog hamba saat menjadi Tetamu Nya. 

Menjadi tetamu Allah di Haramaian adalah saat dan detik yang paling ditunggu. Menanti bertemu Tuhan di Rumah AgungNya di Makka al Mukarramah. Hari itu, pada malam  27 Januari kami bertolak dari perkampungan Mutah menuju Ke Makka melalui Saudi Arabia dan Medina Munawarah. Perjalanan yang memakan masa selama sehari lebih di dalam bas tidak begitu memenatkan bila saat memikirkan sebuah kerinduan yang agung buat Tuhan Rabul Jalil.



Dalam perjalanan yang jauh itu, ayahannda Dr Qois merangkap Musyrif yang bertanggugjawab dalam rehlah umrah ini memberi taujihat. Usai membaca doa musafer ayahanada menambah kata-katanya : 

Ini adalah rehlah Imaniyyah.
Rehlah menuju Allah.



Bagai disentap jantung hati ini. Air mata merembes keluar. Tidak pernah saya rasakan sebuah rehlah yang membawa bersama hati dan iman demi menghadap Allah RAbbul Izzati. Ya sebuah perjalanan menuju Tuhan. Perjalanan hamba si pendosa menuju Tuhan dalam memebersihkan jiwa ~


Jam 1.30 pagi Saudi Arabia kami tiba di hotel penginapan di Makka Mukarramah. Jam 2.30 pagi kami memulakan perjalanan umrah di Masjidel Haram. Bagai kan sebuah mimpi nan indah saaat kaki melangkah masuk ke ruang legar Masjid al Haram. Ribuan manusia yang membanjiri ruang luar masjid sibuk dengan amalan masing-masing.

Pintu masuk King Fahd menyambut kami dengan sebuah ihtirom. Tanda mengalu kedatangan si hamba demi menghadap Tuhan. Dari jauh bangunan berselimutkan kain kiswah hitam yang tersergam indah itu melambai-lambai. Marilah. Hampirlah !

Kaabah nan suci ! Bagaikan mimpi ! Lafaz tahmid diulang-ulang tanda bersyukur yang tidak bertepi. 

Bersyukur kerana Allah memilih kami.
Bersyukur kerana Allah izinkan kami meihat Kaabah.
Bersyukur kerana Allah pertemukan kami
Pertemukan dengan kesan tinggalan Nabi.
Bersyukur kerana Allah beri peluang kepada kami untuk umrah pertama ini. 

Lafaz ta'zhim kami ucap buat Kaabah. Agung. 
Buat Tuhan Maha Agung.

Kaki disusun teguh untuk melangkah. 
Di dalam banjiran ribuan umat Nabi.
Niat dimulai. Perlahan. Semangat.
Mengelilingi kaabah 7 kali pusingan.
Tawaf dengan kerendahan hati.
Menyesali dan menginsafi.
Bertaubat dan membersih hati. 

Selesai umrah pertama dengan diikuti saei dan tahallul. 

Allahu Akbar wa Lillah Ilhamd !

Yang mampu aku ucap hanya lafaz syukur
Kerana aku hamba yang lemah dalam menilai erti syukur ! 
Syukur kerena bersyukur ! 

Aku buka mata. Malam itu mimpi indah. 
Aku harap aku masih di sana. 
Masjid al Haram,
Makka al Mukarramah.
Rupanya tidak. 
Aku masih di bumi Syam. 
Di sini. 


Gambar dari atas kawasan tawaf, Masjid al Haram.
Samsung Mini Pocket 4.0MP


Al Faqeerah, 
10 Feb 2014 | Mutah Jordan. 

Bila kau kasihi, katakanlah !

Semalam.
Dihujung talian.
Awak ada nak cakap apa-apa lagi ?

Tak ada dah.
Cuma saya malu nak cakap sebenarnya,
Kak anjang, i love you sangat-sangat.

Gelak besar.
Speechless.
Terharu. :'D

Hanya mampu balas :
May Allah love you too,
Because you love me because of Him ~

Kata Nabi :
Bila kau dapati kau kasihi kepada saudaramu itu,
Maka ucapkanlah " Aku kasihi kamu kerana Nya"
[HR Abu Daud]


Di tahun-tahun akhir pengajian,
Ada kasih yang perlu disemai,
Untuk memupuk Cinta berTuhan.
Barangkali ~

Kauthar,
22/1/2014

Metodologi Dakwah Nabi Yusof AS # 1



Bismillah walhamdulillah. 


Masih dipertengahan Tahun baru masihi, ahlan wasahlan.


Dalam al Quran, Allah menceritakan perihal nabi Yusof alaihi salam dalam surah khas yang diberi nama dengan namanya sendiri iaitu Surah Yusof. Menagndungi 111 ayat dan diturunkan di Mekkah. Sebahagian ulama' menamakan surah ini juga dengan surah ad Dakwah. Kerana terdapat padanya beberapa metodologi dakwah Nabi Yusof alaihi salam yang diceritakan di dalam Surah ini.

Kata Allah dalam muqadimah surah ini : 


Kami menceritakan kepadamu Muhammad kisah yang paling baik dengan mewahyukan al Quran ini kepadamu.. (12:3)


Metodologi dakwah Nabi Yusof alaihi salam :


Yusof : 36 

[Dan bersama dia masuk pula dua orang pemuda ke dalam penjara. Salah satunya berkata, "Sesungguhnya aku bermimpi memeras anggur," dan yang lain berkata : " aku bermimpi membawa roti diatas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung". Berikanlah kepada kami takwilnya. Sungguh kami memandangmu termasuk orang yg berbuat baik]


Taktala nabi Yusof dibawa masuk ke dalam penjara bersama mereka berdua (ahli sijn) Mereka sudah meminta nabi Yusof mentafsir mimpi mereka. Dan mereka melihat nabi Yusof ini seorang yg berbuat baik. 



Bagaimana bisa mereka mengetahui nabi Yusof seorang yang baik ? 

Ayat ini menunjukkan bahawa nabi Yusof alaihi salam sudah dimakrufi sifat baiknya semenjak sekian lama iaitu sebelum dibawa masuk ke dalam penjara. Dengan dakwah bil-hal (akhlak dan sahsiah) baginda nabi sebelum ini, telah membuat dua orang ahli sijn ini mempercayai baginda dengan meminta nabi Yusof mentafsir akan mimpi mereka. Dan ini adalah muqadimah dakwah yang baik buat nabi Yusof alaihi salam. 

**

Taktala Nabi Muhammad saw didatangi Jibril (dalam bentuk asalnya) ketika wahyu Iqra pertama diturunkan di gua hirak, Nabi segera pulang menemui Khadijah dalam ketakutan dan berkata :

إني خشيت نفسي .

Khadijah ketika itu bertindak menenangkan nabi dan berkata :

Allah tidak akan mencela kamu selama-lamanya. Lantas Khadijah menyebut kebaikan2 nabi sebelum ini : 

إنك لتصل الرحم (Engkau bersilatur rahim)
وتصدق الحديث (Engkau berkata benar)
وتكريم الضيف(Engkau memuliakan tetamu)
وتكسب معدوم (Engkau mencari harta buat org yang tidak punya) 

Hal ini menunjukkan nabi SAW juga sudah lama memulai kehidupannnya sebagai seorang yang baik dengan miliki sahsiah terpuji dan mahmudah semenjak dahulu lagi iaitu sebelum baginda diutus menjadi seorang Rasul lagi. 

** 

Mulakan dakwah dengan dakwah bil-hal (akhlak , tingkah laku juga sahsiah yang baik)  . Kata doktor Tholib dalam muhadarahnya Qosas Qurani, dakwah bilhal yang digunakan oleh Nabi Yusof alaihi salam lebih aqwa (kuat) dari dakwah bil-lisan (berkata) . Wallahualam. 

Allahumma solli ala Muhammad.

# Sudah lama tidak update kerana kepadatan masa serta musibah hilangnya sebuah aset dakwah iaitu cik ansar si laptop merah akibat kes kecurian sebulan yang lalu. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Menaqal dari yang didengari.

Alfaqerah,
SK.
Bayt Kauthar | 18/1/2014

Inni 'Ajiz : Takdir Cinta

Bismillah walhamdulillah

Kata Ibn Atho'illah dalam kitabnya Al Hikam:
"Kalau kita ingin tahu di mana kita di hati Allah, kita lihatlah di mana kita letakkan Allah di hati kita. "

Selepas pulang dari Malaysia bulan Ogos yang lalu, dekat hampir beberapa bulan tidak membersihkan ruangan coretan ini. Benarlah kesempatan masa adalah keberkatan. Bila Allah tidak izinkan untuk menulis biar punya kesempatan banyak mana pun ia pasti tidak akan berlaku jika ia memang sudah Takdir dan dalam catatan Allah..


Takdir

Kita selalu menyalahkan takdir atas apa yang sudah berlaku. 

Aku gagal dalam pelajaran, ni semua sebab takdir.
Aku masuk penjara sebab bunuh orang, ni semua takdir.
Aku berzina dengan isteri orang, ini adalah takdir untukku.
Minyak petrol naik ini semua takdir. 

Kerap kali kita dengar orang menyebut 'jangan salahkan takdir begini dan begini'. Dan adakah benar ucapan seperti itu ? Benar takdir tidak boleh disalahkan ? 

Dan kerap kali takdir yang kita salahkan itu adalah satu peristiwa atau kejadian yang biasanya buruk buat kita. Namun kita jarang sekali ungkap perkara-perkara kebaikan yang kita lalui adalah takdir buat kita. 

Saya berjaya dalam pelajaran sebab saya rajin ulangkaji
Saya dapat isteri cantik sebab saya seorang yang handsome
Saya kaya raya sebab saya rajin berusaha
Saya bijak sebab saya makan kacang pandai
UMNO menang dalam PRU sebab punya PM yang bagus

Gharib kah perkara ini ? Jengkel kah ?

Tidak. Manusia sering sandarkan kebahagain dan kesenangan yang dia miliki di dunia  dengan sandaran pada diri dan usahanya. Kenapa pada ketika ini kita tidak menyebutkan bahawa ini adalah takdir aku. takdir Tuhan untuk aku. Ketetapan Allah. Mengapa saat kesenagan yang Allah beri terlalu cepat kita sandarkan pada diri dan batang tubuh sendiri ? Tidak pula kita sandarkan kepada Allah. Mengapa?

Kita mahu kata kita hebat ? Kita mahu kata segalanya yang kita perolehi adalah usaha kita ? Segalanya disandarkan pada diri sendiri. Sedang diri sendiri juga disandar  kepada sesuatu yang lain. 

Benar, usaha adalah alat untuk kita miliki apa yang kita hajati. Orang yang bersungguh dalam pekerjaan akan dipulangi dengan ganjaran yang setimpal usahanya. Orang yang rajin mengulangkaji akan berjaya dalam kpeperiksaannya. iya, sesuai dengan imbalan apa yang dia usahakan. 

Tapi mungkin kita terlupa, ada juga orang saat dia berusaha dan bermujahadah lebih besar dan juhud dari kita tapi dia akhirnya tidak miliki apa yang dia usahakan. Dia tidak dapat walau satu pun. Iya memang ada. 

Namun adilkah kita bila kita meletakkan takdir (ketetapan Allah) dalam perkara musibah tapi  meletakkan diri sendiri pada perkara kebahagian. Adilkah kita ?

Takdir Allah meliputi atas segala perkara para hambanya. Jika Allah berkeinginan dia kemalangan walau dia lah pemandu paling berhemah dan cermat, dia pasti akan kemalangan dengan kehendak Allah. sedemikian itu bila Allah berkeinginan sekian-sekian dari hambanya. Ia pasti akan terjadi.

Hamba, kita hamba. Kita lemah, kita 'ajiz. 

Segala yang kita miliki bukanlah sandaran dari usaha kita. Tapi sandaran daripada Allah Tuhan kita. 
Kita tak punya apa di dunia ini melainkan Allah lah yang mengawasi kita sentiasa. Allah yang memberi setiappertolongan yang kita minta. Setiap sesuatu yang kita ada. 

Saat buruk dan baik nya dan segala apa yang menimpa kita, segalanya kembalikan lah kepada Allah disamping mencari hikmah atas setiap apa yang Allah aturkan. Segalanya terkandung hikmah.

Tiada sesuatu yang sia-sia dalam ketetapan Allah. 

Merendahlah. Ucaplah syukur saat kita dilimpah kesenangan dalam kehidupan, dan ucaplah Inna lillahi wainna ilaihi rajiun atas musibah yang melanda. Sebagaiman yang diajar Quran. Kembalikan kepada pemberi pinjam sepenuhnya. Bergembiralah !

Kita sering lupa, siapa lah kita hariini jika bukan daripada doa yang kudus kedua orang tua kita yang sehari-hari menyebut, meratib nama kita dalam helaan nafas dan kalungan doa-doa mereka. 

Siapalah kita ? 

Inni 'Ajiz !

SK,
Bayt Kauthar, Mutah. 
12:21 AM | 2/11/2013

الدعوة كالماء


Bismillah walhamdulillah.

8 syawal.
Allahu akbar allahu akbar allahu akbar. Walillah ilhamd !

Minggu kedua Ramadan lalu, penyarah kami Al-ustaz duktur Syuesh dijemput memberi tazkerah berkaitan nuzul quran. Seperti biasa saya dapat  menjangka bahawa tazkirah nuzul quran ini pasti akan berubah tajuk. Atau paling tidak ia pasti tidak  menepati skema tajuk. Duktur sangat menarik, ia ambil satu potong ayat quran lalu disyarah kepada kami.

Yang penting penghayatan tentang isi quran itu lebih utama untuk difahami berbanding tazkirah nuzul quran malam itu. Pada saya duktur sangat kreatif. Ide nya sentiasa basah.

Firman Allah dari surah Anbiya menjadi santapan ruh kami pada malam itu.

"...Kami (Allah) jadikan sesuatu yang hidup berasal daripada air, maka mengapa mereka tidak beriman?" (21:30)

Setelah duktur syarah tentang air dan kaitannya dengan fizik, duktur kaitakan pula air dengan Islam.

Kata duktur dakwah ini umpama air.
Sifatnya lembut tidak menyakitkan.
Sedang batu sifatnya kasar.
Dibaling sakit, keras pula permukaannya.
Air walau ia lembut ia mampu melekukkan batu yang keras.
Sekeras-keras batu ia mampu dilembutkan.
Demikianlah air. Demikianlah dakwah.
Sentuhannya lembut. Billotif, billayin.
Ia bila disentuh pada hati yang keras melalui sentuhan yang lembut, ia mampu dilentur. Ia mampu mencair.

Allah sudah berkata pada firman agungnya:
Ayat Allah bila dibacakan akan bergetarlah hati.

Air. Ia mampu mencelah di setiap sudut  dan celahan.
Jalannnya meluas. Ia menyilinap masuk pada celahan besar dan kecil.
Demikanlah dakwah.
Uslub nya pelbagai
Kaedahnya variasi
Ia mampu meyentuh dengan baik melalui cara yang tepat dan berkesan

Batu jika dibaling ke atas bagaimana ia jatuh ?
Apa ia akan beralih tempat dari balingan pertama tadi.
Pastinya tidak.
Graviti yang menarik hanya sehala.
Pasti ia akan jatuh pada tempat asal balingan awal
Namun bagaimana jika air saat ia dibaling ke atas ?
Bagaimana ia menjatuh?
Ia memercik ke bawah
Bahkan merata percikkannya

Demikianlah dakwah
Ia menyebar
Tidak sehala, tidak searah.
Seumpama air yang dibaling ke atas.
Ia memabasahi bumi melalui percikan yang pelbagai
Menyubur tanah, menyegarkan tumbuhan.
Sedemikian itu dakwah.
Ia menyentuh hati.
Memلاasahi ruh dengan Iman
Untuk umat sejagat.

Jadilah kamu seperti air, hidup dengan lembut, menyentuh dengan hati, billotiff  billayyin.

Kaktus Hijau,
Melaka, Malaysia.
1:53AM | 16 Aug 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...