✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

HIKMAH SEBUAH KEMBARA..

Perkampungan I'adahku

Alhamdulillah wa syukrillah

“Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain Allah akan memudahkan urusan mereka..”

*Berakhirlah kerja taip menaip tesis, penjilidan pun dah selesai. Semuanya Allah permudahkan..

“Anjang, kita ngulang kat Jenderami nak tak cuti raya cina nanti. Boleh kita iadah sama2. Tak ya lah balik Melaka, kita ngaji kat sana nak tak?’ Pelawa adik beradik usrah saya seminggu yang lalu.

“Exam dekat dah ni. Tinggal ni je kesempatan yang kita ada. Jom lah.” Rayunya lagi.

“Boleh jugak, Insya Allah.” Balas saya spontan.

Tapi dalam hati. Allah.. Taradud saya ketika itu. Jiwa memberontak untuk balik ke rumah. Rindu pada kampung halaman makin mencengkam. Keputusan yang bakal saya lakukan ini pasti salah satunya akan terkorban. Balik rumah atau iadah quran di Jenderami. Dua-dua perkara ini saya inginkan, tapi bila mengenang mehnah dan tribulasi di rumah, hati saya kuat untuk tidak balik ke Melaka. Mujahadah lawan nafsu.

Ya Allah, moga keputusan aku ini engkau redhai.

Apalah yang seronok sangat tempat tu. Katanya biah dia bagus, kalah dq. Masjid dia cantik macam kat Madinah. Tempat dia lawa. Boleh iadah dengan tenang. Wah kagum saya mendengarnya. Moga ianya reality, Allhamdulillah.

****

Kerdilnya aku

“Anak dari mana ni? Ada lawatan ke apa kat sini ni?” Tanya seorang ustaz.

“Kami dari Darul Quran KKB ustaz, kami datang ni untuk mengulang quran..bla..bla..”

Alahai malu sebenarnya nak mengaku sebagai seorang yang menghafaz al-Quran. Ilmu di dada seciput je yang ada. Apatah lagi nak mengamalkan isi Quran keseluruhannya adalah jauh sekali. Mungkin boleh diumpakan burung kakak tua alaf baru. Sesetengah orang mungkin berbangga dengan tittle huffaz ini, padahal kita sendiri je tahu layak ataupun tidak gelaran seumpama itu untuk kita. Sekadar menghafaz sajaha.

“Kat sana ada belajar nahu saraf tak? Hafal quran ni style macamana? Hafal saja ka? Atau setiap ayat yang dihafal tu sekali dengan mengaji tentang i’rab, nahu balaghah dll..”

Alamak macam mana nak jawab ni.

“Ada la sikit2 ustaz. Kami ada silibus untuk dihabiskan dalam tempuh tetentu.”

Macam xsedap je jawapan ni. Tapi inilah hakikatnya. Malunya diri.

“Maaf lah saya kata, sebenarnya saya pun xfaham system menghafaz kat Malaysia ni. Ramai dah orang macam kamu kat luar sana tu. Tapi berapa ramai yang dapat menyumbang pada masyarakat. Ikut sebenarnya, orang yang selayaknya hafaz al-quran ni sepatutnya bila dah dapat menguasai ilmu nahu saraf dengan baik. Boleh kuasai kitab-kitab kuning dengan baik Baru boleh menghafaz, aplikasi dan faham dengan baik. tidaklah menghafaz semata-mata, tapi satu pun xfaham..”

Allah.. terkena lagi.

Ustaz menduga kami lagi.

“Ok, contoh kalau masyarakat tanya kamu, kenapa sunat memasukkan air ke dalam hidung serta berkumur-kumur sebelum berwudhu’? Atau boleh tak solat jenazah atas kubur? Apa kita nak jawab?”

Kali ini memang terasa betapa bodohnya diri. Ilmu feqah yang sekecil ini pun xdapat nak jawab. Alahai huffaz. Setahu saya solat jenazah kalau tak dapat nak buat dihadapan jenazah, lainnya adalah solat jenazah ghaib. Ini soalan pesen apa pulak ni. Macam first time je dengar.. Ringkasnya soalan begini hanya terdapat pada kitab2 turas, atau famousnya kitab kuning. Kitab yang jarang dibaca masyarakat.

“Tak pe lah kalau kamu xdapat nak mengaji style pondok ni pun. Tapi ingat keluar nanti peranan besar kamu adalah berbakti pada masyarakat. Sampaikan ilmu yang ada. Bukan sekadar duduk university, kemudian bekerja di sektor2 kerajaan, uruskan urusan pentadbiran, selepas tu kawen, dapat anak lagi, layan suami lagi. Kemudian al-Quran pun entah kemana..Nauzubillah.” Sambung ustaz lagi.

“Cuma satu saja. Jangan ambil bidang lain selain al-Quran. Teruskan perjuangan ilmu ni. Jangan berhenti setakat ini saja. Amanat ini disampaikan dengan nada yang begitu mengharap, agar golongan huffaz ini bukan hanya sekadar pada nama saja.

“Saya rasa kerdil sangat diri, betapa ceteknya ilmu yang kita ada.” Uda meluahkan rasa rendah dirinya kepada kami. Saya juga begitu.

****

Hikmah Yang Tidak Terbayar Nilainnya.

“Ingat kita ni budak2 sekolah ke?”

“Tak tahu ke nenek2 ni dah tua, ada pulak nak mintak rapat2kan saff.”

“Kaki ni ada yang sakit, ada yang masuk besi, bla…bla..bla…”

Rungutan suara warga2 mas pada pagi Jumaat, selepas solat subuh sungguh terkesan untuk saya.

Allah… saya menarik nafas sedalam-dalamnya. Dalam hati saat ini Allah saja mengetahui. Alunan zikir yang dibawa imam turut terlantun dibibir saya meskipun jiwa berkecamuk jadinya. Moga Allah mencampakkan kesabaran serta kekuatan dalam diri saya.

Termuhasabah saya seketika ketika itu.

Cara aku ni salah ker? uslub tak kena ke? Aku cakap tadi salah ke? Ya Allah kenapa lah aku boleh berani sangat bangun bercakap tadi. Kan dah kena. Dah lah depan nenek2.. ya Allah..

Cuba untuk imbas seketika dialog saya ketika itu.. kurang adab kah saya?

Seingat saya, saya cuma bangun untuk memperingatkan bahawa saf solat berjemaah perlu dirapatkan bagi yang mampu, dan sesuai mengikut keselesaan seseorang. Dihujungnya saya selitkan rasa maaf atas ketidak layakan saya untuk bercakap, apatah lagi sebagai seorang tetamu.

Usai saja saya menghabiskan kata-kata pagi itu, terdengar suara-suara yang tidak senang akan tindakan saya.

“Apa kedudukan dia tu?” Tanya seoarng nenek pada seoarang adik-beradik saya.

Mantan timbalan exco ladar kot.. Mungkin itu yang berlegar di fikirannya ketika itu. Apa kena LADAR dengan tempat ni, nenek2 ni bukan student dq pun.

“Pelawat je nek.’ Jawabnya ringkas.

“Kamu ni budak je pun, saya tak boleh terima cara kamu. Kami kat sini ada yang wali-wali, kamu ni sapa,? Ilmu pun sikit je ada. Kamu dah lah tetamu..bla..bla..bla…”

Ya Allah.. saya tahan telinga mendengar bebelannya. Memang sangat kerdil diri ketika itu. Segera lafaz maaf saya hulurkan agar tidak diperbesarkan kisah subuh tadi. Barangkali nenek ini berkedudukan tinggi, sipalah saya ini dihadapannya.

“Sudahlah, kamu balik lah.” Sambung nenek itu lagi.

Huluran tangan saya pun tidak disambutnya. Tak mengapalah, saya sudah meminta maaf andai bangunnya saya pagi tadi melukakan hati kecilnya tuanya. Selebihnya saya serahkan pada urusan Allah.

Mungkin silap saya. Ahh memang tidak layak pun untuk saya bangun ketika itu. Sapalah saya saat itu. Tapi mungkin inilah hikmah di pagi Jumaat. Tarbiyah direct dari Allah untuk saya dan 3 orang yang lain yang turut mendapat tempiasnya.

Keadaan saff di masjid ketika itu memang sungguh banyak kelompangannya. Kedudukan saf ketika itu yang sangat jauh jaraknya anatara ma’mum dengan ma’mum yang lain. Salah kah saya mengingatkan mereka untuk merapatkan sedikit saff bagi yang mampu dan masih memiliki kudrat. Kecil saja hal ini, tapi riuh dewan solat pagi itu. Serba salah saya di buatnya. Bercelaru jiwa saya.

Mujur ada yang memback up. I love u la nenek2..

“Xpe nak, xde apa pun. Nenek tu memang macamtu. Dia je betol, orang lain salah.”

“Tak pelah nek, ni mungkin pengajaran untuk kami.”

“Ehh xde pengajarannya..ini ujian untuk nenek-nenek kat sini.” Sampuk seorang nenek lagi.

Menitis air mata saya, sungguh saya tidak pernah menyangka sehingga begini sekali jadinya. Dosa apakah ini ya Allah…

****

Segalanya ada hikmah. Ini saja yang saya pegang untuk kekuatan jiwa saya.

Alhamdulillah selesai balik dari masjid pagi itu, terdapat nenek-nenek yang menyapa kami dengan lembut. Ada juga yang belanja kami makan untuk sarapan pagi itu. Siap dibancuhkan nescafe untuk kami. Kata-kata backup dak ihtiram tidak lepas dari mulut mereka, tanda menghargai kedatangan kami semua disitu.

Alhamdulillah mungkin ini berkat al-Quran yang kami ada, juga hasil tarbiyah dari bumi Dq yang tercinta. Secara tak langsung terpraktikalnya dakwah yang belajar secara teori selama ini. Ini mungkin adalah permulaan bagi menghadapi cabaran mad’u dan masyarakat di luar sana. Ini baru sedikit.. Kisah-kisah perjuangan nabi-nabi terdahulu mentasjik diri saya, agar tidak berputus asa dalam berdakwa meskipun terdapat kesilapan yang perlu diperbaiki.

Sirah Nabi Muhammad ketika di Taif menjadi kekuatan untuk saya. Cabaran baginda lebih hebat bukan.. Inilah pentas lakonan manusia di bumi ini. Pelbagai ragam dan garam. Macam-macam ada..

Pokoknya..

Hmm banayk sangat ibrahkan..

1. Tugas seorang hufaz bkn hanya hafaz quran semata-mata. Banyak ilmu yg perlu dikuasai

2. Daei perlu menggunakan uslub yang bersesuaian dengan keadaan mad’u.

3. Bagaimana sekalipun dugaan yang datang ketika berdakwah jangan mudah berputus asa..

4. Think positive..

5. Belajar dari kesilapan

6. Wujudkan rasa rendah diri bersesuaian dengan keadaan

7. Jangan ego, terima kesilapan dan teguran dengan hati terbuka

*paling UTAMA adalah kebergantungan harap pada ALLAH atas segala-gala yang berlaku. Hanya Dia sahaja yang dapat membantu dan memudahkan atas segala urusan hambanya.. Ingatkan Allah hati kan TENANG….

Alhamdulillah..

Terima kasih ayang, uda, ucu dan nenek2 kesanyanganku disini. Sungguh kalian adalah wasilah diri ini ditarbiyah oleh Allah.

Al-Jenderami akan terpahat di sanubariku..

Moga perjalanan si musafir hamba ini, mendapat keredhaan Engkau ya Allah..

‘Mengharap senang dalam berjuang

Bagai meridu rembulan di tengah siang

Jalannya tak seindah sentuhan mata

Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba..’

*INILAH HIKMAH KEMBARA!!!*

-al faqierah ila allah_09-

KITA ADALAH SATU....


Ketika Saidina Ali mengetuai kerajaan Islam, ramai kumpulan orang Islam yang keluar dari pemerintahannya kerana merasakan kepimpinan beliau tidak betul dan salah. Suatu hari seorang sahabatnya bertanyakan soalan tentang golongan tersebut.

"Ya Amirul Mukminin kafirkah mereka?"

"Tidak, kerana mereka mengucap kalimah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, sedangkan orang kafir mendustakannya."

"Munafikkah mereka?"

"Tidak, kerana mereka mendirikan solat, sedangkan orang yang munafik mendirikan solat dalam keadaan yang malas."

"Maka siapakah mereka?"

"Mereka itu saudara kita, cuma mereka bukan sekumpulan dengan kita. Hadapilah mereka jika mereka menyerang kita, tetapi berpalinglah dari mereka jika mereka tidak mengganggu kita."

MasyaAllah sangat indah kata-kata yang dilafazkan oleh Khulafa' Al-Rasyidin yang terakhir ini. Kata-kata ini bagaikan satu penyelesaian di atas perbalahan yang berlaku di dalam dunia Islam sekarang.

Berbilang-bilang Jamaah

Realiti perjuangan Islam di Malaysia ini banyak mendedahkan kita dengan situasi taadud jamaah (kepelbagaian gerakan yang memeperjuangkan Islam), jika dibilang, lebih dari sepuluh yang sudah didaftarkan samada menjadi NGO ataupun parti politik. Contohnya PAS, IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM dan lain-lain. Itu belum termasuk jamaah yang tidak didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan hanya bergerak di bawah tanah sahaja.

Biarlah banyak manapun jamaah yang ada hakikatnya kita semua mempunyai satu tujuan yang sangat besar, iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi, kebelakangan ini kita sering terdengar tentang banyak berlaku pertelingkahan di antara jamaah sehingga fokus yang ditetapkan oleh setiap jamaah ditinggalkan kerana lebih banyak masa dan tenaga digunakan untuk memenangkan jamaah masing-masing dan bukannya memenangkan Islam.

Akhlak Kita Yang Ditarbiyyah

Sebagai seorang ahli gerakan yang ditarbiyyah dengan sistematik dan mempunyai manhaj yang jelas, kita seharusnya faham dengan realiti ini dan seharusnya lebih matang dalam mengendalikan isu-isu sedemikian.

Bukankah Imam Hasan al-Banna sudahpun berpesan kepada kita tentang perkara ini di dalam Arkanul Baiah (rukun-rukun komitmen terhadap perjuangan Islam) yang pertama iaitu al-fahmu (faham). Dalam penjelasannya, beliau banyak menyatukan hati-hati orang mukmin ini agar sentiasa berada pada landasan yang benar supaya pembaziran tenaga tidak berlaku kerana perbalahan yang timbul dek kerana hal-hal yang furu' (perkara cabang) dan tidak meningkatkan amal.

Ukhuwah

Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap shabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri.

Nah, cuba tanya kembali dimanakah darjat ukhuwah kita sesama Islam? Adakah masih ada di dalam lingkungan ukhuwah yang dimaksudkan, ataupun sudah jauh lari kerana kepura-puraan.

Sikap Taksub

Kadang-kadang kerana taksub terhadap jamaah menjadikan kita hilang punca dan arah tuju yang sebenarnya. Adakah kita berintima' (memberikan komitmen) di dalam jamaah ini semata-mata kerana jamaah atau kerana ingin menegakkan agama Allah?

Betul, memilih jamaah yang terbaik perlu untuk kita merasa yakin dalam perjuangan ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengatakan jamaah lain salah dan hanya jamaah kita sahaja yang betul.

Sebaliknya kita perlulah menyedari tentang peranan jamaah yang berbeza-beza. Hiduplah seperti satu tubuh yang saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Andai anggota lain hilang, maka ia akan menyulitkan pergerakan anggota yang lain.

Dalam Naungan Mahabbah

Islam menganjurkan kita bersederhana di dalam melakukan setiap perbuatan. Jangan terlalu melampau dan jangan pula terlalu sedikit melakukan amalan. Marilah bersatu di dalam naungan rasa mahabbah dan kasih sayang. Andai kata ada yang silap, perlulah ditegur dengan penuh hikmah dan perlulah sentiasa siap untuk ditegur semula.

Jalan perjuangan ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan kita pasti tidak terlepas daripada tapisan Allah. Berjuanglah di medan masing-masing, andaikata seorang rebah, maka papahlah ia bersama menuju ke destinasi.

-perkongsian dipetik dari iluvislam.com-

MAHAL SEBUAH PERMATA


Permata tak bernama permata

Tanpa kita pengukir setia

Yang setia mengukir setiap sudut

Setiap bucu tanpa jemu

Permata takkan nampak kilaunya

Andai dipalit lumpur, disalut kator

Sinarnya pasti makin layu, makin sirna

Andai dibiar kaku, tak terjaga, tak terpelihara

Jangan nanti tiba saat duka

Permata berkubur tanpa nama

Jangan pernah kita leka

Jangan pernah kita alpa

Permata itu milik kita

Permata itu warisan kita

Permata itu amanah kita

Jangan dinoda, jangan dicela

Tapi, ayuh!

Sama-sama menjaga, sama-sama pelihara

Permata kita tak ternilai harganya…

Aku tak rela permata dirampas dari pegangan

Kanku pertahan walau diserang, walau ditentang

Takkan pernah ku gentar dengan lawan

Takkan pernah ku luntur dengan cercaan

Kerna ku yakin dengan janji tuhan

AKU YAKIN DENGAN APA YANG AKU PERJUANGKAN…

ITULAH PERMATA BERHAGRA DI BUMI BARAKAH DARUL QURAN…

BIAH SOLEHAH..YANG TIDAK AKAN PERNAH PADAM KILAUNNYA...


*Nukilan sajak ini telah saya diklamasikannya setahun yang lepas, sewaktu Malam Ramah Mesra Soff Kepimpinan Perkemat 09/10.. Teringat detik sajak ini diciptakan, sungguh tak tergambar kenangan indah bersama adik seperjuangan yang sentiasa disisi memberi semangat dalam arena perjuangan yang penuh pancaroba ini..

Setahun kemudian, taklifat ini berlalih tangan..Namun, agenda utama PERKEMAT dalam memperkasakan BIAH SOLEHAH masih terus diperjuangkan di bumi tarbiyah, Darul Quran..

Peliharalah permata berharga ini... Jangan biarkan ia DICALARI...


-al faQierah ila Rabbi_09-

KAMI DI BAWAH AGAMA PEMIMPIN KAMI..

bismillahirrahmaniirahim...

Salam Eidul Adha saya ucapkan buat semua tetamu alam maya ini. Moga dengan hadirnya kedatangan Eidul Adha ini memberi motivasi pada kita sebagai pejuang Islam untuk terus berkorban demi agama Muhammad yg dicintai ini…

Dalam keriuhan musim pilihan raya kampus saya pada saat ini, fikiran saya terbang membawa saya mengimbau kembali saat saya mula dilantik menjadi seorang exco. Jawatan yang tak pernah saya impikan atau idamkan sebelum ini. Apatah lagi menggalas jawatan sebagai timbalan Exco Lajnah Dakwah dan Tarbiyah kampus. Sesuatu yang sangat mencabar yang memerlukan kekuatan yang tinggi.. (Rasanya tak sampai seminggu kami memegang taklifat sebagai EXCO PERKEMAT 09/10 ketika itu)

****

Gambar pemimpin

Suasana di dalam kelas tasmi’ ketika itu sunnguh tenang. Selepas semua pelajar selesai menghabiskan bacaan mereka, ustazah tasmi’ saya (Ust Nazaturraha) memberi tazkirah ringkas untuk makanan rohani anak didiknya. Potongan ayat Al Quran dari surah Baqarah ayat 246-252 (boleh rujuk terjemahannya dalam al quran, kisah Talut dan Jalut) dibacanya dengan terjemahannya sekali. Sungguh! saat itu berdebar hati saya.
Ia pasti berkaitan dengan pemimpin. Saya meneka sendiri.

Ya benar. Tepat tekaan saya.

Mata saya melirik memandang adik beradik exco saya yang turut berada dikelas ketika itu. Farhanah membalas pandangan saya, dan saya boleh membaca pandangan matanya ketika itu yang meminta agar saya bertenang. Hati kami seakan gusar, moga ustazah dapat mempercepatkan tazkirahnya ketika itu.

Inilah kisah Talut dan Jalut yang diceritakan Allah di dalam Al Quran. Selesai ustazah cerita dengan panjang lebarnya berkaitan Talut dan Jalut ini, ustazah mengajukan soalan kepada kami semua.

“Kenapa Allah memilih Talut untuk menjadi ketua ketika itu? Sedangkan Talut merupakan seorang petani dan peternak miskin dari desa, dan tidak mempunyai apa-apa kekayaan.”

Soalan ustazah sebentar tadi tidak dijawab. Semua mata memandang uztazah menanti kisah seterusnya.
Dengan tenangnya ustazah membaca ayat ini kapada kami.

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka:
"Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. (al baqarah:247)

Ayat ini diulang ustazah untuk kali kedua.

"Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan".

“Jadi, untuk menjadi seorang pemimpin, yang pertama mesti ada ilmu pengetahuan dan yang kedua mestilah seorang yang kuat, serta sihat tubuh badan.”

“Jadi pemimpin ni tak boleh seorang yang lembik. Kena seorangyang kuat.” 


Tegas nada ustazh ketika itu.

“Siapa yang jadi exco dalam kelas ni?” 


Ustazah bertanya.

Rakan sekelas tasmi’ saya memandang ke arah saya dan Farhana. Kebetulan di dalam kelas, kami duduk bersebelahan.

“Ustazah nak pesan pada semua, siapa pun yang menjadi pemimpin dalam kalangan kamu, kamu semua harus memberi wala’ kepada mereka selagi mana arahan mereka tidak melanggar syara’.”

Tenang hati saya dan Farhana. Kembali bersemangat saya ketika itu. Ustazah memberi sokongan kepada kami. Terima kasih ustazah..

****

“Usul saya pada kali ini, calon exco mestilah seorang yang sihat. Tidak ada penyakit.”“Ini kerana, kalau seorang exco tu sakit camana nak buat keja? Kelas tak pergi..bla..bla..bla..”

Lantang suara seorang banat dalam malam perbahasan usul sesi yang lepas.
Suasana dewan hangat. Ada yang betepuk tangan tanda bersetuju.

“Sakit ni adalah perkara yang tidakk boleh di bawa dalam usul pada malam ni. Sakit ni adalah kerja Allah, kita tak boleh nak jangka sakit tu datang bila. Kalua pun kita sihat harini, siapa jangka kita akan sakit pada hari akan datang? Saya tak setuju dengan usul berkenaaan!”

Usul yang dicadangkan tadi hebat diperdebatkan ahli dewan ketika itu.
Hinggalah PPC (Penyelaras Pemilihan Calon) memutuskan bahawa usul tersebut ditolak.

Dah tu orang yang sakit tidak boleh jadi pemimpin lah? Begitu?
Bagaimana dengan Perdana Menteri dan orang-orang yang berpengaruh yang lain? Mereka tidak berpenyakit kah?. Mana mungkin. Isu PM masuk hospital pun sudah heboh satu Malaysia, siap tu letak berita tersebut sebagai berita utama semua akhbar tempatan. Hebat bukan.
Saya tersenyum sendiri. Kalaulah seorang yang sakit tidak boleh jadi pemimpin, justeru saya sarankan PM untuk letak jawatan sekarang.

****
Pemimpin yang sakit

Kegagahan tubuh badan adalah mereka yang kuat dan sihat. Ya saya setuju dengan penjelasan ustazah saya tadi. Tapi ia bukan bermakna sihatnya seseorang itu tanpa didatangi sebarang penyakit. Saya kira perkara ini agak ganjil jika seseorang itu tidak didatangi penyakit. Boleh jadi something wrong dalam kehidupan dia (bak kata us Aziz lah). Sakit adalah tanda sayang Allah terhadap makhluknya. Tanbih buat hambanya yang alpa. Namun, maksud ‘sakit’ disini bukanlah yang memiliki sakit yang kronik yang tidak mampu menguruskan dirinya apatah lagi menguruskan orang lain. Ya, yang ini saya bersetuju. Golongan seperti ini perlukan rawatan untuk kesihatan diri mereka. Ini yang utama.



Sakit dan mampu melaksanakan tanggugjawabnya.

Saya kagum dengan pemimpin begini. Meskipun dalam keadaan yang kurang sihat masih mampu melaksanakn tanggugjawab sebaiknya. Lagi membanggakan reputasi kehadiran ke kelas sangat baik dan bonus pula bagi diri mereka apabila cemerlang dalam akademik dan sahsiah. Subhanallah. Kekuatan bukan dilihat secara lahiriah sahaja yakni memiliki fizikal yang kuat semata, akan tetapi kekuatan ruhiyah adalah lebih utama. Kekuatan jiwa nan kental dan hati yang utuh pada perjuangan yang diperjuangkan.

****

Firman Allah S.W.T dalam surah al Qasas ayat 26:

إن خير من استئجرت القوي الأمينSesungguhnya orang yang paling baik yang engkau amik sebagai pekerja (kepada kita) ialah seorang yang kuat dan boleh dipercayai.

Al Qawiy. Al Amin.



Air mata seorang pemimpin yang takutkan Allah(gambar sekadar motivasi)



Sebagai seorang pemimpin kedua-dua ciri di atas adalah sangat penting. Mari kita cari pemimpin Al Amin, pemimpin yang boleh dipercayai.

Sebuah kisah dalam al-Quran menunjukkan hal ini, yakni ketika Nabi Yusuf a.s. meminta kepada Allah agar menjadikannya sebagai bendaharawan Mesir. Baginda mengatakan,

إِنِّي حَفِيْظٌ عَلِيْمٌ
“Sesungguhnya aku adalah orang yang amanah dan punya ilmu.”


Dari ayat di atas dapat disimpulkan bahawa seseorang yang merasakan dirinya mampu, ia boleh saja menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Apakah modal Nabi Yusuf sehingga baginda menawarkan diri menjadi bendaharawan Mesir?? 


Pertama, baginda menyatakan, aku adalah orang yang amanah. 
Dan kedua, aku adalah orang yang punya ilmu.

Dalam pernyataan baginda, amanah didahulukan daripada ilmu. Ini karana amanah itu lebih penting dari ilmu. Karana sifat amanah itu datang dari dalam jiwa dan peribadi kita. Sedangkan ilmu kita boleh menuntutnya dengan orang lain. Amanah itu adalah watak dan ianya sulit untuk dibentuk kalau bukan dari diri kita sendiri. Kepandaian tanpa didahului sifat amanah, akan membahayakan dirinya dan orang lain.

****

Mari terjemahkan dalam kehidupan seharian

Pemimimpin yang dipercayai akan disayangi rakyat. Rakyat akan mula suka terhadap mereka dan ini sekaligus menambah pengaruh terhadap kepimpinan pemimpin tersebut. Justeru, untuk semua yang bergelar pemimpin, marilah kita pupuk dan tanam ciri-ciri sebagai seorang pemimpin dalam diri kita. Kita terjemahkannya melalui kehidupan seharian kita. Jadilah pemimpin yang dipercayai, kuat serta berpengetahuan.

Kami di bawah agama pemimpin kami (gambar sekadar motivasi)



Rakyat akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin kita lakukan

Dan kita pula berada di bawah agama pimpinan diri kita sendiri. Sekiranya HATI seorang itu beriman maka ANGGOTO-ANGGOTA nya turut beriman. Sekiranya seorang itu HATI nya sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri ANGGOTA-ANGGOTA nya akan sukakan maksiat.


Mari menjadi pemimpin yang BERTAQWA, terutama dalam memimpin diri sendiri.
Sekadar perkongsian bersama dari insan lemah ini. Segala yang baik datang dari Allah, dan kelemahan dan kekurangan itu datang dari diri ini sendiri. 


Siiru ala barakatillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...