✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

analogi pakmat dan kaklong juga yang berkesan

bismillah wal hamdulillah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. pejam celik celik sudah 4 syawal rupanya. orang  yang beriman pasti bersedih hiba mengenangkan Ramadan yang berlalu. bulan fiesta ibadah yang setahun sekali datang. dan hati hamba juga rindu nak berteraweh dan bertadarus dengan para makciks dan nenek di surau tuhh. sangat! juga tazkeerah yang membasahkan hati dan mata.

biasalah bila raya ni, pakcik pon balik, mak sedare, anak buah, adik beradik, semua balik. maka riuhlah sekampung dengan suara mereka dan bunyik mercun serta bunga api yang liplap-liplap tu. seronok memang seronok. alhamdulillah, budaya ziarah yang paling afdol dimusim-musim begini. dan makan pon makin lah berselera tinggi. after makan ketupat dan rendang teringin pulak nak order pizza atau Mcd delivery pulak kan.?? hoho.

nak citer pasal McD. 

satu-satunya produk yang memang diboikot jiwa dan raga untuk membeli. after boikot KFC (walopon ada orang cakap, eh kakak KFC tak boikot lah.. err sama je..) tapi kalo McD ni  memang tang tang tahu produk-produk ini menyumbang pada kekayaan poket-poket Israel laknatullah. tambah lagi masyuk, kat cawan McD tu siap tulis sponsored by Coca-cola. HUHU. maka dengan duit yang kita bayar makanan itulah, depa duk beli bom, keta kebal, pistol, senapang untuk  tindas dan bunuh saudara seislam di Palestin sana. walaupon kita sumbang sekadar 20 sen 30 sen je kan. ala, charge tax yang kita bayar tu, guna duit tulah! 

so, kalo nak belanja saya makan, jgn pilih McD okeh.

masa malam hari raya

nak jadikan cerita, adik beradik yang baik hati di rumah ni rupanya peminat McD dari zaman bila ntah agaknya. maka berlakulah perbahasan isu McD ini satu rumah. kita yang dok pertahan McD ni memboikot lah dengan hujah-hujah tersendiri. dan sempat juga cadangkan:

"kalo nak sangat makan ayam, pegi makan kat KFC je." (terpaksa juga cakapkan) HAHA.

satu lawan 4 memang kalah lah kan. tapi bila dok pikir, ishh tak kan aku nak membenarkan adik beradik aku ni terus menerus membeli barang boikot ni, baik sampaikan juga walaupon tahu suara yang minoriti ni bakal tenggelam. 

selepas terangkan isu Palestin dan negara-negara Islam yang tertindas, maka pihak pembangkang tetap berdegil mahu mempertahankan McD. nak salahkan mereka pon tak boleh juga kan, mungken memang tak faham. 

kita ni dah lah tak boleh nak bantu orang Islam kat Palestin tu, ni pulak kita tolong sumbang lagi pada Israel untuk hancurkan diorang. dan cara mudah nak tolong mereka, kita kena boikot produk yang membantu ekonomi Israel sendiri.

hmm tak berjaya. 


kasi sikit analogi kot ye

fikir punya fikir, Allah bagi ilham buat analogi sendiri. alhamdulillah.

oke camnilah, contoh lah kan kalo kak Long, akak kita sendiri telah dibuat jahat oleh Pak Mat iaitu penjual kuih di tepi kampung tu. jahat yang Pak Mat  buat hingga  boleh menghilangkan nyawa dari jasad. tapi sebab takde bukti menunjukkan Pak mat yang buat maka dia tak boleh didakwa. tapi kita tahu memang Pakmat yang buat jahat tu.

tiba bulan Ramadan, biasanya kita beli kueh kat gerai Pak Mat. Tapi Ramadan kali ni kebetulan pulak gerai Pakmat bersebelahan dengan gerai Mak Limah. Agak-agak kita nak beli kueh gerai pakmat ke Mak Limah?

hah hambik ko, terdiam sekejap adik beradik saya.
berfikir barangkali.

ni kak long akak kita sendiri kena aniya ni. darah daging kita tuh. saudara  kita sendiri, tak kan kita nak biar kak long kena aniya kan. cepatlah, dahtu kita nak beli kat gerai Pak Mat ke Mak Limah?
garu kepala diorang. tunggu jawapan memang tak jawab lah kan. hati dah berbunga, macam berjaya je analogi aku ni. terpaksalah jawab balik soalan yang aku bagi.

HAhhh mestilah kita nak boikot kueh Pak MAt dan Pak Mat Pak MAt sekali kan. lalu kita cakap, cis celaka kau Pak Mat, kau jangan harap aku nak beli kat kedai kau lagi. kan kan?? sambil buat muka benci dan geram bukan? wewe~

maka, kita juga turut berdoa agar Allah membalas yang setimpal atas perbuatan Pak Mat terhadap Kak Long.

sengih. I-told-you-so. maka tersipu-sipu malulah mereka. termasuklah kak long yang menjadi  bahan analogi. 

so samalah macam kita beli produk-produk boikot ni. bayak lagi barang boikot sebenarnya, boleh lah search google ea. dan kita mestilah tak sanggup nak tengok saudara se-Islam kita kena tindas kan, kena bunuh. sama lah dengan kak long tadi. adik beradik kita, saudara kita. orang Islam palestin juga saudara kita. begitu juga saudara Islam ditempat lain.

boikot cara yang paling mudah untuk buat. juga doa-doa yang ditembakkan. serta qunut nazilah juga! 

link bukti mengapa perlu boikot McD.

alhamdulillah, mudah-mudahan adik beardik saya faham. dan turut boikot produk-produk dari Israel. tapi kadang-kadang saya termakan juga sebab dah diorang beli bawa balik rumah kan. HUHU. memang sedap jugak lah ayam McD tuhh. T_T

nuymnyum kita makan, saudara kita  sedap-sedap kena bunuh macamtu-macamtu je.! huhH!

dan perkara yang saya mahu mereka lebih faham adalah rasa sensitiviti atas kezaliman yang melanda umat Islam seluruh dunia.

selamat bermuhasabah buat diri sendiri juga.  


SK,
Melaka.

musafer Ramadan

alhamdulillah thumma alhamdulillah

 
ما شا الله

Ramadan yang berlalu, bagai disapa angin bayu. selembut menampar pipi, menguis hati. Ramadan melambai-lambai, persiapan sebagai musleem ditunaikan segera. kini kita saum, mereka juga saum. kita berlapar dahaga di siang hari, begitu juga mereka. mereka inilah yang  jauh nun di timur tengah, asia barat. saudara seaqidah yang tertidas dibumi Allah sendiri. cuma bezanya, kita saum dan yakin akan menikmati hidangan semasa iftar, lalu mereka? 

ustaz, bagaimana dengan puasa saya apabila saya berpuasa dan saya juga berbuka. tetapi saya berbuka tanpa makanan. ? 

mengharukan sungguh soalan ini T_T. akhirnya ustaz terdiam, lalu menagis hibalah dia dimeja tazkeerah itu. berbuka tanpa makanan, puasa apakah itu? sedangkan iftar beerti berbuka. masha-Allah.

saff teraweh yang diamarahkan bagai satu susunan bagunan yang utuh. tegap berdirinya para jemaah. merapatkan kedudukan biarpon masih punya ruang celah diantaranya. maka nikmat itulah dikecapi pada dingin Ramadan yang barakah. dan disitulah, tercipta cinta hati para orang beriman saat mata bertemu mata, tangan berjabat, pipi berlaga, tubuh dirangkul, dipeluk erat, salam dihulur, kabar disapa, hati mula menyentuh. dia dan aku seaqidah. kami sesaudara. masakan tidak, tidak betemu sehari dua sudah mula menyulam rindu yang membara. demikian erat sebuah cinta kerana Allah.

bagai institusi keluarga yang harmoni. pelbagai usia menghidupkan hati. dari sekecil kanak-kanak sehingga keringat tua yang bertongkat. dialah kakak kami, emak kami, dan dia juga nenek kami. tiada ikatan darah yang menyatu, cuma tinggal ikatan iman yang mengalir. saat aku menyebut lafaz jallah jallaluhu, demikian juga kamu. 

imam mengangkat takbeer "Allahu Akbar", dan kami juga demikian. lafaz yang sama kami ungkap, membesar-besar kan zat yang Maha Agung, Allah Rabbul Jaleel. tiada bezanya kita. kita sama. sedemikian itu terciptanyaa cinta atas nama keimanan itu disuntik.

teraweh bukan sahaja ibadah solat bahkan tempat menyatu silaturrahim. memekar ukhwah diladang keimanan. membaja mahabbah dikebun kecintaan kepada Tuhan.

tazkeerah dan peringatan di saji bagai hidangan mewah di malam hari. lebih dari hidangan mewah para pemuka raja-raja. bahkan mengalahkan moreh selepas teraweh. sedapnya ia hingga meluluhkan hati yang mendengar, menggugahkan jiwa yang menghayati. diingat-ingat agar tidak lupa,  disentuh hati agar sentiasa insaf. bertaubat dan memohon ampuanan dari Tuhan.

mengalun kalimah-kalimah Allah di malamnya bagai satu kenikmatan yang tidak terungkap. halaqah kecil dibentuk bertilawah bersama. saling membaiki bacaan, membetulkan tajweed, lalu mengimani setiap ayat yang dibaca. Allahu Allah. inilah ia tadarus di malam Ramadan bagi menghidupkan ia. Sungguh, kenikmatan manakah lagi saat membaca ayat cinta dari Allah, lalu kitalah si pembaca itu. kitalah si pencinta itu. pasti memekar indah menyulam ayat Allah dengan penuh ke-tawadu-kan ke-iman-nan dan ke-cinta-an. 

siangnya bekerja seperti biasa, anak yatim disantuni. hati dibangunkan. disuntik oleh hammasah para pejuang. seerah nabi diteladani. perang Badar di iktibari. kesungguhan mereka diikuti, diserap penuh dalam kehidupan. para sahabatanya bertempur gah di medan perang, dipanas terik Ramadan, lalu mereka peroleh kejayaan atas nama keimanan yang mereka sandar. Allahu Allah, demikian hebat tarbiyah Nabi buat para sahabat, sehebat itu jua roh-roh ditiup, terus gagah menjulang panji Islam. dakwah dan tarbiyah-berjalan lah dikau seperti biasa! 

qiam yang mereka hidupkan di sepertiga malam, sujud bertafakkur menghina diri. dan sedemikian itu sehari-hari di bulan Ramadan. segenap minit di hidupkan dengan amal, dibasahkan dengan zeekerullah, agar terpilih menjadi hamba yang bertaqwa, impian  akhir para mu'meen yang beriman.

dan itulah tujuan utama di bulan Ramadan.

moga kami terpilih menjadi orang yang bertaqwa. sehingga ditemukan lagi pada Ramadan yang akan datang, penuh keimanan dan ke-ihtisaban.


catatan ringkas musafer Ramadan.
24  Ramadan 1433
6 days to go~ T_T


halaqah musleemat after tadarus

 
menghidupkan hati

edar sambil seru~

 
menyediakan hati mendengar dan membasah
 
 
eh btw ni Pasti tempat saya membina iman pada usia 6 tahun. :))
(takde kaitan pon, saja promote~)


::sekian, selamat berpencak di hujung tirai Ramadan::

amal seberat batu lesung lebih umph!

alhmdulillah wal hamdulillah

setelah bertahun-tahun jagung berada di gerabak dakwah dan tarbiyah ini, fokus hidup semakin jelas hadafnya. semakin cerah tujuannya. alhamdulillah thumma alhamdulillah. dan sebegitulah kefahaman yang baik harus dipasak dalam diri kita jua dalam diri mad'u kita, agar tujuan hidup ini bukan satu penciptaan yang sia-sia. bahkan disisnya tercipta beberapa tujuan untuk 'pengabdian' yang kekal di negeri akhirat sana. 

dua hari lepas, sempat saya mengikuti sebuah tazkeerah selepas teraweh yang sangat menggugah hati bagi siapa yang mendegarnya. isi kandungan yang disampaikan tepat menembak ke dasar hati. hingga bisa mengalirkan air mata ke-muhasabah-an. T_T

dan setelah kekayaan-kemewahan dunia ini kita kejar, akhirnya kemana kita selepas itu? 

satu soalan yang sekali dengar bagai biasa-biasa sahaja. tapi itulah soalan yang bakal menduduk kan hati yang akhirnya segalanya kita kembalikan semula kepada Allah untuk menjawabnya. tertunduk muka para ahli jemaah ketika itu. usia yang memamah kehidupan mereka bagai menjadi tamparan hebat saat itu. 


30-40-50 tahun yang lalu, apa yang telah aku kerjakan untuk dibawa bekal selepas kematian ini.? 

begitulah bisikan hati yang dapat saya baca melalui kerut wajah muka mereka yang semakin dimakan usia. itu mereka, dan aku? 20 tahun lalu, apa yang telah aku beramal untuk bekalan di negeri abadi nanti? tidak kah puluhan abad yang telah berlalau bagai satu pembaziran usia andai tidak diertikan dalam kehidupan.? tidak membawa pulangan yang baik untuk sebuah kehidupan yang abadi kelak.

bukankah dunia ini ladang untuk negeri akhirat. tempat bercucuk tanam, tuai menuai yang akhirnya hasilnya itu dapat dimanfaatkan. sebegitulah kehidupan dunia.

apakah kehidupan ini sekadar cukup solat-puasa-belajar-kahwen-beranak-kerja-cari duit-buat rumah besar-beli kereta mewah-berseronok bersama para anak dan isteri-jadi warge mas-tua-dan kemudian mati? apakah sekadar itu? 

kata Allah dalam kitabnya:


harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.(18:46)

kata Allah lagi:


 pada hari itu tidak berguna lagi harta dan anak-anak. kecuali siapa yang datang kepada Allah dengan hati yang tenang. (26:88-89)


mari kita highlightkan serta boldkan perkataan harta dan anak-anak termasuk isteri. mereka ini tidak berguna satu sen pon selepas kematian kita, hanya tinggal amal kita yang kelak menjadi backup baik dihadapan Allah. (serta doa anak yang salleh & ilmu yang bermanfaat) lantaran kehidupan yang mengejar harta-pangkat-kekayaan ini tujuan nya sebagai apa?  

tidak lain tidak bukan kembalikan semua kepada Allah. pergunakan setiap sudut untuk amal kebajikan yang kelak bernyawa saat kita di soal di mahkamah Allah. merekalah para guam bela yang akan sentiasa disisi menjadi juru backup yang terbaik ketika itu. percayalah!


****

dan ini, potongan ayat yang bisa menembus rabak-kan hati kita: 

قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَـٰلاً   
ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُہُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّہُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا
katakanlah(Muhammad) apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.
(18:103-104)

ayuh muhasabah!

amal yang kita lakukan di dunia ini jangan dibaratnya seperti belon besar yang terapungan di udara. ringan tidak berat, bahkan sekadar besar yang tiada isi. 

jika itulah neraca amalan kita, maka jelas keterpampangan amal ini amal yang kurang barakahnya. barangkali ada tempekan riya' takabur serta tidak ikhlas dalam amal itu. ini adalah satu gambaran jelek yang harus dimalukan di hadapan Allah kelak. wa'iyazubillah. 

andai itulah analogi bagi amal yang tidak 'ade umph', maka baik kita seperti batu lesung. biar kecil tapi berat. tidak terapungan, bahkan mustahil terangkat sendiri. barangkali itulah nilaian amal yang sedikit tapi kaya ke-tawadhu-kan di sisi Allah. itu lebih baik!

 
amal seberat batu lesung lebih umph! 
(lama plop den tak menyentuh batu ni, heuheu)

Ramadan bertandang setahun sekali. setelah berbelas-berpuluh tahun kita di gerabak Ramadan ini, berapa kah pulangan taqwa yang telah kita peroleh? T___T  Layaknya kita ditali gantungkan untuk terus bermuhasabah. ~

Nota SK:
yang menulis lebih lebih lagi ditali gantungkan. sobsob. 
moga tinta ini juga menjadi sebahagian amal, ameen3! 

 

♥♥ buah hati ♥♥

bismillah wal hamdulillah.

apa lah yang aku ada untuk sumbang pada Islam. ?
saya takde kuda dakwah macam kak diba, ada kereta sendiri, boleh kesana sini dengan kuda dakwahnya. huhu, jeles! T_T kalau ada pon kaki sendiri yang dah nak tercabut. moga-moga masih lagi kuat 'kaki dakwah' ini hingga ke hujung nyawa.

saya cuma ada ini. buah hati yang harapnya mampu menyumbang saham di akhirat.

para buah hati yang sentiasa disisi
::cikdora-QuranHijau-paksalim-cikansar-ensetBiru::


walaupon adikberadek yang lain takde kat rumah, boleh kata memang jadi anak tunggal yang emas, maka mereka inilah yang menemani saya. mereka inilah kawan saya.

paling buah hati adalah QuranHijau, takde dia memang tak lengkap langsung hidop. itulah jiwa dan raga saya. tempat membasah iman yang paling masyuk. kedua cikansar, lappy merah yang banyak berjasa (selepas lappy hijau sakit) dengan wasilah cikansar saya boleh meneruskan aktiviti dakwah alammaya, berhubung dengan akhawat, siapkan paperworks, geladah blogblog dan tak kurang juga terkadang terbazir masa melayan kerenah nya!-gelengpale-

seterusnya ensetBiru, walaupon tak banyak sangat fungsi kat malaysia (ketika ini) tapi paling tidak awak dah banyak menghubungkan silatturrahim kan :'D tapi awak lah yang banyak tahun sumbang saham terbesar sekali since 2010? after henset sony jatuh nazak. takde awak, tak tahu lah nak cakap. tak gerak satu apa agaknya. hamdalah!

paksalim, buku yang sangat menggugah hati. terpaksa tinggalkan buku fatimah syarha semata-mata mengadap paksalim ni :))

dan cikdora, pemberian seorang akhawat tersayang. moga kamu menjadi akahwat yang super saiya, oke! cikdora banyak duk tepi saya je, bukan geti nak borak-borak ke, err.

moga mereka menjadi aset dakwah yang bakal memeberi saham kelak.


pernah saidatina Khadijah berkata pada sang Nabi:

kelak kalau aku wafat, aku waqafkan tulang belulang aku ini untuk dijadikan titi buat para sahabatmu yang pergi berjuang. 

masha Allah. hingga tulang belulang juga mahu diwaqafkan, agar kelak ia memberi saham. sampai begitu sekali nilai juang demi Islam. lantaran kita? apa yang kita miliki untuk diwaqafkan untuk Islam?

hanya keringat yang jarang keluar? sambil keluhan yang lebih banyak keluar dibibir? *sigh*

maka, jiwa-raga-harta inilah menjadi aset bernilai yang layaknya diwaqafkan demi Islam. moga tinta ini menjadi saksi. (9:111)

sekian.

ulang tahun: 11 Ramadan#

::bismillah wal hamdulillah::


catatan ringkas: 11 Ramadan#  (ikut timur tengah)

beerti telah menjengah kefasa kedua bulan Ramadan, yang mana pertengahannya maghfirah. maka sedang berbaki lebih kurang 19 hari lagi meninggalkan bulan rahmah ini. entah akan datang merasa lagi ataupun tidak kenikmatan bulan yang Allah  janji pelbagai tawaran dan kaya keampunan ini. Ya Allah, kau berkatilah kami di bulan ini dan sampaikan kami pada malam lailatul Qadr.

setahun yang lalu, pada tarikh keramat bulan barakah ini,  11 Ramadan lalu  yang menyaksikan aksi terbang jalan raya yang sungguh mentraumakan. motor yang saya bonceng merempuh kuat sebuah kereta di simpang jalan raya. dan ketika itu saya dalam perjalanan menuju ke sebuah sekolah, melangsaikan tanggungjawab mengajar anak bangsa sendiri. lalu allah hadiahkan sebuah kemalangan jalanraya yang hingga kini masih memberi kesan fizikal ke atas jasad saya.
alhamdulillah, syukur diuji!

yang lalu telah Allah uji sedemikian rupa. entah yang mendatang apa pula ujian yang Allah hadiahkan, kita sendiri tidak ketahui.

Ramadan menjadi detik indah buat saya, akan dikenang kenangan ini selamanya.kerana padanya tersingkap 1000 hikmah yang tidak terucap :') 


     duri~

tidaklah seorang muslim menderita kerana kesedihan, kedudukan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampunkan dosa-dosanya. (HR Bukhari)

ujian adalah lumrah. fitrah manusia akan dibentangi pelbagai ujian. sama ada kesakitan, kedudukan, mahupun kesedihan. ada orang diuji dengan kematian insan tersayang, mengalami sakit kronik yang bisa menbunuh, ada juga diuji dengan kesusahan kesempitan kewangan dalam melayari kehidupan. dan semua jenis ujian ini tanda Allah sayang. tanda Allah masih ingat akan kita.

mengapa jika sayang, kita diuji? 

kerana Allah masih mahu kita merayu-rayu, merintih-rintih, menangis diahadapannya dengan penuh kehambaan. bahkan Dia jua rindu tangis syahdu kita dimalam-malam hari meminta dan terus meminta.

tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingatiNya, bergerak ke arahNya, muhasabah kembali kehidupan kita.
sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
ya, manusia yang lemah. sebagai yang lemah, kita perlu beringat. perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Allah yang maha kuasa.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya degan kesulitan.

untunglah kita saat diuji
kerana semuanya itu adalah kaffarah dosa lalu yang terkemudian.

salam introspeksi Ramadan~


Nota SK:
syafakillah buat adik sabreena,
moga cepat sehat tau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...