✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

analogi pakmat dan kaklong juga yang berkesan

bismillah wal hamdulillah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. pejam celik celik sudah 4 syawal rupanya. orang  yang beriman pasti bersedih hiba mengenangkan Ramadan yang berlalu. bulan fiesta ibadah yang setahun sekali datang. dan hati hamba juga rindu nak berteraweh dan bertadarus dengan para makciks dan nenek di surau tuhh. sangat! juga tazkeerah yang membasahkan hati dan mata.

biasalah bila raya ni, pakcik pon balik, mak sedare, anak buah, adik beradik, semua balik. maka riuhlah sekampung dengan suara mereka dan bunyik mercun serta bunga api yang liplap-liplap tu. seronok memang seronok. alhamdulillah, budaya ziarah yang paling afdol dimusim-musim begini. dan makan pon makin lah berselera tinggi. after makan ketupat dan rendang teringin pulak nak order pizza atau Mcd delivery pulak kan.?? hoho.

nak citer pasal McD. 

satu-satunya produk yang memang diboikot jiwa dan raga untuk membeli. after boikot KFC (walopon ada orang cakap, eh kakak KFC tak boikot lah.. err sama je..) tapi kalo McD ni  memang tang tang tahu produk-produk ini menyumbang pada kekayaan poket-poket Israel laknatullah. tambah lagi masyuk, kat cawan McD tu siap tulis sponsored by Coca-cola. HUHU. maka dengan duit yang kita bayar makanan itulah, depa duk beli bom, keta kebal, pistol, senapang untuk  tindas dan bunuh saudara seislam di Palestin sana. walaupon kita sumbang sekadar 20 sen 30 sen je kan. ala, charge tax yang kita bayar tu, guna duit tulah! 

so, kalo nak belanja saya makan, jgn pilih McD okeh.

masa malam hari raya

nak jadikan cerita, adik beradik yang baik hati di rumah ni rupanya peminat McD dari zaman bila ntah agaknya. maka berlakulah perbahasan isu McD ini satu rumah. kita yang dok pertahan McD ni memboikot lah dengan hujah-hujah tersendiri. dan sempat juga cadangkan:

"kalo nak sangat makan ayam, pegi makan kat KFC je." (terpaksa juga cakapkan) HAHA.

satu lawan 4 memang kalah lah kan. tapi bila dok pikir, ishh tak kan aku nak membenarkan adik beradik aku ni terus menerus membeli barang boikot ni, baik sampaikan juga walaupon tahu suara yang minoriti ni bakal tenggelam. 

selepas terangkan isu Palestin dan negara-negara Islam yang tertindas, maka pihak pembangkang tetap berdegil mahu mempertahankan McD. nak salahkan mereka pon tak boleh juga kan, mungken memang tak faham. 

kita ni dah lah tak boleh nak bantu orang Islam kat Palestin tu, ni pulak kita tolong sumbang lagi pada Israel untuk hancurkan diorang. dan cara mudah nak tolong mereka, kita kena boikot produk yang membantu ekonomi Israel sendiri.

hmm tak berjaya. 


kasi sikit analogi kot ye

fikir punya fikir, Allah bagi ilham buat analogi sendiri. alhamdulillah.

oke camnilah, contoh lah kan kalo kak Long, akak kita sendiri telah dibuat jahat oleh Pak Mat iaitu penjual kuih di tepi kampung tu. jahat yang Pak Mat  buat hingga  boleh menghilangkan nyawa dari jasad. tapi sebab takde bukti menunjukkan Pak mat yang buat maka dia tak boleh didakwa. tapi kita tahu memang Pakmat yang buat jahat tu.

tiba bulan Ramadan, biasanya kita beli kueh kat gerai Pak Mat. Tapi Ramadan kali ni kebetulan pulak gerai Pakmat bersebelahan dengan gerai Mak Limah. Agak-agak kita nak beli kueh gerai pakmat ke Mak Limah?

hah hambik ko, terdiam sekejap adik beradik saya.
berfikir barangkali.

ni kak long akak kita sendiri kena aniya ni. darah daging kita tuh. saudara  kita sendiri, tak kan kita nak biar kak long kena aniya kan. cepatlah, dahtu kita nak beli kat gerai Pak Mat ke Mak Limah?
garu kepala diorang. tunggu jawapan memang tak jawab lah kan. hati dah berbunga, macam berjaya je analogi aku ni. terpaksalah jawab balik soalan yang aku bagi.

HAhhh mestilah kita nak boikot kueh Pak MAt dan Pak Mat Pak MAt sekali kan. lalu kita cakap, cis celaka kau Pak Mat, kau jangan harap aku nak beli kat kedai kau lagi. kan kan?? sambil buat muka benci dan geram bukan? wewe~

maka, kita juga turut berdoa agar Allah membalas yang setimpal atas perbuatan Pak Mat terhadap Kak Long.

sengih. I-told-you-so. maka tersipu-sipu malulah mereka. termasuklah kak long yang menjadi  bahan analogi. 

so samalah macam kita beli produk-produk boikot ni. bayak lagi barang boikot sebenarnya, boleh lah search google ea. dan kita mestilah tak sanggup nak tengok saudara se-Islam kita kena tindas kan, kena bunuh. sama lah dengan kak long tadi. adik beradik kita, saudara kita. orang Islam palestin juga saudara kita. begitu juga saudara Islam ditempat lain.

boikot cara yang paling mudah untuk buat. juga doa-doa yang ditembakkan. serta qunut nazilah juga! 

link bukti mengapa perlu boikot McD.

alhamdulillah, mudah-mudahan adik beardik saya faham. dan turut boikot produk-produk dari Israel. tapi kadang-kadang saya termakan juga sebab dah diorang beli bawa balik rumah kan. HUHU. memang sedap jugak lah ayam McD tuhh. T_T

nuymnyum kita makan, saudara kita  sedap-sedap kena bunuh macamtu-macamtu je.! huhH!

dan perkara yang saya mahu mereka lebih faham adalah rasa sensitiviti atas kezaliman yang melanda umat Islam seluruh dunia.

selamat bermuhasabah buat diri sendiri juga.  


SK,
Melaka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...