✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

musafer banyak mengajar kita sebenarnya. maka bermusafirlah!

bismillahi tawakkalna..
27 Ogos 2012 / 11 Syawal 1433H
sebaik sahaja selesai menunaikan sebahagian tuntutan ukhwah bersama akhawat dan adik-adik Uia PJ semalaman di sana, kaki mengorak langkah keluar dari pusat asasi sains itu. tidak sangka sampai juga kesana. mengimbau kenangan tinggal di asrama sewaktu di DQ dahulu membuat diri dibuai rindu pada mereka. entah mengapa ikatan ini lebih kuat dengan adik-adik pensijilan DQ berbanding diploma, barangkali miliki anak usrah sijil kot. :)) alhamdulillah, sempat bersama mereka berkongsi cerita.
Allah permudah segala. dapat keluar dari UIA dengan selamat, naik teksi ke LRT dan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang ke Melaka.
selesai urusan pembelian tiket, langkah kaki terus disusun bergegas ke platform bas ekpress ke Melaka. takdir Allah menempatkan tempat duduk bersebelahan dengan seorang gadis belasan tahun. senyum manis dia hulur, anak matanya aku baca dengan seribu cerita. senyuman dibalas.

perbulan singkat dan taaruf menyeri perjalanan kami. selesai bertanya nama dan usianya, tergerak ingin tanya tempat sekolahnya.

"saya dah tak sekolah kak. dah berhenti."
"kenapa berhenti dik.?"
"saya kerja, nak tolong emak saya." jawabnya sayu.

melihat bondanya dihadapan seat kami membuat aku lebih tersentuh. anak-anak kecil turut bersama nya di dalam bas itu.

"adik kerja apa?"
"jadi orang gaji kat rumah orang." jawabnya selamba.
"saya kerja sekali dengan mak."

eh, kenapa aku pulak yang sebak ni.

anak gadis yang sepatutnya berada dibangku sekolah, belajar dan bermain riang bersama temannya sanggup mengorbankan pelajaran demi membantu keluarga.

soalan seterusnya agak perlahan aku utarakan. moga tidak menyentuh hati kecilnya. dari awal kami berborak, sudah dapat aku baca sedikit kisah kehidupan anak gadis itu.

"adik, ayah adik ada lagi?"
"ada kak."

tenang hati aku mendengarnya.

"tapi ayah saya dalam penjara kak."

kerut. 
"err, kenapa adik"

dia tunduk. kemudian mengangkat semula wajahnya. 
"ayah kena tangkap, sebab ayah saya rogol saya, kakak saya dan adik saya."
"ayah selalu rogol kitorang, sebab tu ayah dalam penjara kak." 
Allahu Allahhh..
sentap tanpa bicara. akhirnya tanpa sedar air mata aku merembes keluar. cepat-cepat aku kesat. seolah hati aku dirobek tajam mendengar perkataan 'rogol'. lagi bertambah berdesing telinga ini menadah perkataan 'ayah rogol saya, kakak dan adik'.
seorang ayah?
persis ayah yang bagaimana sehingga sanggup merosakkan maruah anak darah daging sendiri. sehingga tiga orang sekali dia baham tanpa ada sepalit iman dijiwa. sepatotnya seorang ayanh menjadi perisai melindung dan menjaga anak-anak gadisnya, tapi ini tidak. 
Allahhhu Rabbi. moga balasannya setimpal atas perbuatan keji dan hinanya itu.
entah apa yang aku rasa, yang pasti aku memahami perit hati yang melanda dirinya. aku juga seorang anak, dan aku juga seorang perempuan sepertinya. 
"Ya Allah, Kau peliharalah mereka dalam jagaan-Mu."

dan kerana seaqidah, aku turut merasai beban derita hati anak gadis itu. seolah dia darah dagingku meski taaruf kami cukup singkat! 
tiada apa butir hikmah yang dapat aku kongsi. sekadar mengungkap baris-baris taujihat, semangat dan nasihat buat dirinya. dan pasti derita jiwa yang dia alami tentu banyak mendewasakan dirinya. Moga Allah menjaga kamu dik!
akhirnya dia terlelap disebalahku. wajahnya aku pandang dengan penuh ihsan. kudrat aku hanya mampu menembak doa untuk dirinya. aku memanjangkan sedikit leher melihat seat hadapan, tempat duduk ibu, adik dan kakaknya. gadis belasan tahun dihadapan aku itu aku tenung bersulamkan bingkisan doa buat mereka. 

hatiku sayu. T__T
otw pulang ke Melaka. dan kadang, bila naik public transport ni kita lebih mendekati mad'u sebenarnya. maka berseronoklah bagi yang memilih public transport sebagai transport lah kan! :D
SK, Melaka.
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...