✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Faiza Azamta..

Fasal soifi bermula.
Semalam liqo kami bincang tentang azam.
Azam merentasi segalanya.

Seharian memikirkan takrifan azam. Barangakali aku yang sudah lama tidak memasang azam. Dahulu aku biasa sahaja kalau datangnya tahun baru masihi. Rasanya macam tidak perlu pasang azam. Sebab azam tahun sebelumnya selalu aku lupa bila sampai dipertegahan tahun. Itu dahulu zaman budak-budak. Macam tu juga bila tahun hijri datang. Aku pun pasang juga azam, konon-konon menyahut seruan peristiwa hijrah. Iya hijrah. Berubah dari baik kepada lebih baik. Tapi aku biasa-biasa sahaja. Mungkin aku kurang dengar pasal tazkeerah azam ni kut. Atau dahulu cikgu aku lupa nak selitkan point penting dalam ceramah Hijrah. 

Sebelum mula liqo, aku buntu. Tak faham aku kenapa google tidak mahu keluarkan tentang azam. Pelik juga. Yang keluar hanya takrifan versi indonesia. Akhirnya aku beralih ke web arab. Rasanya tafseer akan lebih banyak membantu aku. Teringat surah al Imran, ayat 159. Aku google. Jumpa tafseeran dari Ar Razi.

[...Faiza azamta fatawakal ala allah. Inna Allahayu hibbul mutawakkilin. ]

Aku fikir Quran lebih tepat terjemahannya tentang azam. Membulatkan tekad. 

Allah seru supaya selepas kita membulatkan tekad dalam satu-satu urusan kita, maka bertwakal kepada Allah. Konsep tawakal, Allah kaitakn dengan azam. Dalam semu urusan perkara kebergantungan itu perlu letak pada Allah. Tapi berapa ramai yang buat azam lalu kaitkan dengan Allah. Hmm, berapa yang tahu jelah kan.

Aku fikir, patut azam aku dulu tengah-tengah jalan terus stop. Rupanya aku tak letak kebergantungan pada Allah. Pastu buat azam baru. Begitulah akhirnya sampai aku abis sekolah rendah. 

Allah sebut lagi, sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakal. 

Kenapa Allah suka ?

Mudah, sebab kita kembali kepada Allah. Thats why Allah suka. 

Boleh bayang tak Allah suka tu jenis yang bagaimana ? Suka senyum ke atau bagaimana ? 

Tak tergambar kan. Maka untunglah orang yang membulatkan tekad lalu dia bertawakal. Sebab pasti Allah suka akan dirinya !

Oke, sudah mula fasal soifi. Kena buat Azam.

Azam aku : 

Mumtaz untuk Ummah ! 
Gapai Mardhotillah.

Sesungguhnya aku berazam lillahi taala. Moga dikabulkan. Ameen.












Mutah,
Sonata Musim Soifi ~


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...