✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Kenapa Thiqah Tangga Terakhir Dalam Rukun Baiah ?


Bismillah walhamdulillah.

Semalam usai pulang dari talk Dato Paduka Hussam Musa, saya terasa dipanggil untuk menyahut seruan Dato'. Sepanjang perjalanan pulang ke Mu'tah Kepala saya terngiang-ngiang dua perkara penting dalam ucapan dato'. Pertama: kuasai multi-langguage. Kedua: mengprofesionalkan ulama'. Ya, peranan besar bila pulang ke tanah air nanti adalah berhadapan dengan masyarakat setempat yang pelbagai. Disamping  komitmen kepada gerakan jemaah yang jitu nanti. Allahu, moga-moga thabat ! 

Sampai dirumah saya disajikan dengan satu status milik seorang akhawat Mesir. Seingat saya tiga tahun yang lalu adik akhawat ini pernah soal saya mengapa thiqah kedudukannya di hujung tangga rukun baih? Tidak terfikir dek fikiran. Rupanya ulasan yang dia berikan sedikit membantu kepala saya untuk mengganguk dengan buah fikir beliau. 

Ma sha Allah, menarik ! Jemput untuk baca. 

*******
Bismillah.


KENAPA THIQAH RUKUN KE 10 DALAM RUKUN BAIAH?



Sejak saya bertentang mata dengan syarahan Rukun Baiah kira-kira 5 atau 6 tahun yang lalu, seringkali persoalan yang menjadi tumpuan dalam usrah atau diskusi bersama teman-teman adalah, mengapa rukun sepuluh disusun begitu oleh as Syahid Imam Hasan Al Banna?



Mengapa FAHAM di rukun yang pertama, mengapa IKHLAS yang kedua, dan seterusnya. Dan yang lebih menghairankan mengapa THIQAH menjadi rukun yang terakhir sedangkan dampak THIQAH ini sama tinggi tarafnya dengan rukun yang pertama, FAHAM (tanpa menafikan kepentingan rukun-rukun yang lain).

Dalam ilmu Fawasil, cabang kepada ilmu Qiraat yang saya dalami di sini, permulaan ayat al Quran di panggil 'awal ayah' manakala hujung ayat al Quran dipanggil 'ra'sul ayah' atau kepala ayat, tidak dipanggil 'akhir ayah' kerana sifat sesuatu yang berada di akhir adalah lemah, dan tidak mungkin kalam Allah ada yang bersifat kuat dan lemah. Kalam Allah semuanya sama taraf, dan mustahil ada yang bersifat lemah. Itu ilmu fawasil, bagaimana pula ilmu jemaah, ilmu baiah. 

Dalam rukun baiah yang sepuluh, thiqah berada di kedudukan terakhir. Adakah thiqah ini sifatnya lemah? Sedang thiqah itulah yang perlu disemat dalam-dalam, padu-padu, kemas-kemas dalam diri setiap ahli yang berbaiah. Bahkan isu thiqah lah yang sedang melambung samudera gerakan Islam di Malaysia saat ini. Pelbagai jawapan yang saya dapat dari pelbagai diskusi, namun semuanya jawapan yang tak pasti. Tak kurang juga jawapan mati, "Entah, tak tahu."

Ini pandangan daif saya.

Andai rukun baiah dilihat dalam rangka graf 'mendaki anak tangga', iaitu FAHAM di tangga pertama, IKHLAS di tangga kedua (seterusnya) dan THIQAH di tangga kesepuluh, secara jujurnya saya tidak ketemu titik temu, atau perkaitan antara sepuluh rukun tersebut. Mungkin yang saya dapat hanya syarah umum mengenai FAHAM di tangga pertama, kemudian terpisah dengan syarah IKHLAS secara umum di tangga kedua dan seterusnya. Mengapa FAHAM dahulu sedangkan kita tahu bahawa IHKLAS kunci amal, bahkan menjadi hadis utama dan pertama dalam kebanyakan kitab hadis yang mahsyur. Itu tidak mampu saya kaitkan.

Namun (ini pandangan daif saya), jika kita lihat Rukun Baiah yang sepuluh ini dalam rangka graf 'kalungan rantai', walau tidak tepat tetapi sedikit sebanyak ia membantu saya untuk memahami dan (berusaha) untuk thabat dalam perjuangan ini. Andai kita misalkan FAHAM sebiji permata, IKHLAS sebiji permata, AMAL sebiji permata, dan rukun-rukun seterusnya sebagai biji-biji permata yang lain. Dan biji permata yang terakhir, permata THIQAH.

Permata THIQAH inilah yang menghubungkan, yang mencantumkan permata FAHAM dan permata UKHUWAH (serta permata-permata baiah yang lain). Hadirnya permata THIQAH untuk menenangkan yang FAHAM (mungkin terlebih faham) dan menggerakkan yang sentiasa tenang dalam UKHUWAH di jalan Allah. 

THIQAH permatanya, kuncinya.

Saya jumpa ramai yang FAHAM, yang hebat mengupas pelbagai buku haraki, mampu 'membaca' dan membuat kajian yang baik terhadap isu-isu yang berlaku dalam gerakan khususnya dan isu-isu luar umumnya. Namun tak sedikit yang dikatakan FAHAM ini kecundang pada permata yang bernama THIQAH terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin dan gerakan masing-masing.

Saya juga ketemu ramai yang asyik dan damai dalam dekapan ukhuwah yang terbina di jalan dakwah. Dialah yang sentiasa meraikan sahabat seperjuangan, belanja makan setiap minggu, membuka luas rumahnya untuk dikunjungi adik beradik seperjuangan. Dialah, yang tidak bisa dikalahkan puncak kasihnya. Tetapi dia juga yang kecundang pada permata THIQAH apabila diajak turun ke medan. Tiba-tiba pintu rumahnya berkunci, kelibatnya muncul jarang sekali.

Hebat penangan permata bernama THIQAH. Jika dibandingkan dengan cincin permata yang ada di jari First Lady sekalipun, bahkan tiada nilai yang mampu menandingi permata THIQAH. THIQAH, amat sulit untuk sebati dalam diri, sekalipun 9 rukun yang lain kita hadam sebaiknya.

Coretan ini adalah untuk diri saya. Tidak mengapa jika anda tidak memahami apa yang saya sampaikan. Cuma doakan saya, agar saya sentiasa thiqah dengan pimpinan saya. Dan doakan juga agar pimpinan saya mampu thiqah dengan saya. Thiqah, bukan hanya milik mutlak pimpinan, tetapi terdapat hak ahli di dalamnya. Untuk dipercayai kata-katanya, pengakuannya, perbuatannya, keupayaannya dan segala-galanya.

Anda, yang bergelar pimpinan atau ahli gerakan, pasti pernah menzalimi permata ini. Saya, lebih-lebih lagi. Permata THIQAH (pada diri sendiri) saya sudah tercalar teruk. Tidak pasti samada anda masih lagi mampu untuk thiqah pada saya sebagai ahli atau adik beradik seperjuangan. Segalanya saya serahkan pada Tuhan.

Yang pasti, saya masih dan sentiasa berusaha untuk thiqah pada pimpinan saya, dan saya teruskan perjalanan walau terus dipandang tajam. Kerana baiah saya adalah pada sebuah gerakan dan Dia, pemilik hati saya dan anda semua. 

Ya Allah, aku mohon dengan sangat.
Allahumma thabbit qulubii 'ala diinika wa 'ala to'atika wa 'ala jihadi fi sabilika.

p/s : Permata Baiah ada 10 biji semuanya. (Goku)

Wallahu'alam.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

*******

Jazakillah atas perkongsiannya. 


Usai faham 10 rukun baiah, mari kita taaruf pula dengan 10 jejaka dijamain ke Sorga !


Mutah, Jordan
19/6/2013 |12:34 AM

3 comments:

terbaek,..padu kupasan ni kak anjang

 

(y) terima kasih akak. alhamdulillah persoalan sy terrjawab lepas bace post nih :)

 

Permata Baiah ada 10 biji semuanya.

nice

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...