✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Sikit, Allah kasi banyak!

Bismillah walhamdulillah

Diambang imtihan yang masih belum selesai,
ditunda dek salji yang mencurah
ditambah pula salji lebat yang gebu di dataran Syuhada'
dan dipanaskan lagi dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR#13

wahhh sangat mengujakan untuk tekun, itqan, juhud untuk mengulangkaji. fuhh.

sekejap naik sutuh main salji,
sekejap intai-intai facebook tengok isu terkini,
sekejap tengok dengan tekun buku-buku ini. heh!
sutuh : (bumbung rumah berbentuk mendatar petak)

sedemikian itulah ceritanya di sini.
teruja melihat lambakan dan banjiran umat manusia di stadium merdeka
seolah menyaksikan himpunan rakyat Mesir di dataran Tahrir mereka
seramai mana mereka, sebegitulah anggaran yang mampu dinisbahkan.
jasad di sini, hati di sana! pfff.


.........

"Tangan yang menghulur lebh baik dari yang menerima"
"Siapa yang berbuat kebaikan Allah akan ganjarkan kebaikan buat mereka"
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menola kepapaan.
-an Nurain-

"Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."

(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)


dinihari yang mencengkam sukma dan jasad menyedarkan saya dari lamunan dingin salji yang menyejukkan. phone cikai samsung mini pocket berbip beberapa kali. lock screen saya  buka.

jam 4.00 pagi.

ouhh, masej whatsApp dari bang ngah.
kemudian berbip lagi,
kali ini group 'usrati' dalam application whatsapp saya pula
masej dari kak long.. :)

"Ira, tadi busu datang beri duit zakat." [busu: kembar abah.]
tidak sempat membalas, masej yang sama dihantar oleh kak long.

hanya membalas ringkas,

"alhamdulillah, berapa tu"
"Rm ......."
"alhmadulillah, nanti tolong ucapkan terima kasih kat busu ye"

senyum syukur, kemudian mata kembali terpejam, entah ayat apa dibalas kak long pun tidak pasti.
lena. awal lagi untuk Qiam, Subuh selewat 6.15 pagi. :D bisik dalam hati.

thumma alhamdulillah.

pagi itu saya bangkit kembali, menolak selimut tebal ke tepi. menyegerakan langkah ke bilik air. heater air saya hidupkan suiznya. mengangkat wudhu' membasuh muka. bersugi mensucikan jasad.

masej pagi tadi masih terngiang, kembali senyum.
mana ada orang yang tidak gembira diberi wang bukan.
dapat pula, buka mata tersedia duit.
syukur.

teringat beberapa hari lalu, bulan lepas. specifically tahun lepas, penghujung tirai 2012.

kata mak, 
"uda, duit zakat TAPEM dah masuk."

again, alhamdulillah. borong kitab-kitab, spend Rm1000 untuk kitab sahaja.
tapi sedih, rak takde.

"mak, duit nanti, mak bagi adik-adik sorang RM20 ye. Dan RM 50 untuk dua orang anak buah, iman dan alia."

mak telefon kembali,
"uda, dalam bank uda ada baki RM 1000 lebih. ada orang beri ke?"
muka terkejut. "eh, tak la mak. baki haritu memang banyak tu je."

komfem. memang ada orang beri. tapi tidak tahu siapa yang masukkan.

alhamdulillah.
alamdulillah kan. saya keluar hanya RM110 untuk adik saya tiga orang dan dua orang anak buah saya. tapi Allah pulangkan semula lebh dari yang saya keluarkan.

sehari atau dua hari kemudian, kak long pula guna duit saya sekitar RM200 sumting untuk beli barang. sementara tunggu alaun bulanan nya masuk.

baru-baru ini tergerak hati masej dengan kak long.
"along, duit tu tak payah la bayar. ambik je"
"eh, kenapa?"
buat terkejut pulak.. padahal suka kan.. hehh

"saja, sedekah :)"

dan memang bukan kebetulan, hari ini pakcik saudara saya datang beri duit zakat kepada saya. Allah ganti kembali apa yang saya keluarkan, walhal saya tidak mengharap walau apa jua balasan. Namun yang baik tetap Allah balas baik. Alhamdulillah.

"Lalu nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (Ar Rahman)

alhmdulillah rezeki Allah datang dari arah yang tidak disangka.
dengan hal itu, agar aku tidak kufur!

Lazimi istighar.
Lazimi dhuha
Lazimi Solat taubat
lazimi selawat
Lazimi solat rawatib

dan lazimilah sebanyak mana amalan sunnat yang ada. moga dengan kebaikan itu, Allah limpah luaskan lagi nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya!

pokoknya: jangan berkira ^^kalau buat baik jika berkira baik buat jahat! heheh! (tak baik sebenarnya)

al-faqierah ila Allah,
Winter Mutah
12 Jan 2013!

[hah 2013! im 23 oke.. :) ] kenapa macam baru perasan.. lol!


Di Penghujung Tirai ini



Bismillah wal hamdulillah. 

Ma sha Allah. tarik nafas panjang. hembus perlahan-lahan.

Masih lagi bernyawa aku ini.

Masih mampu menghirup udara segar kurnian Allah

Masih kekal dalam iman dan Islam

Ya Rabb, masih lagi hidup aku ini.

Andai matinya aku, pilihlah aku dalam sebaik-baiik kematian.
(monolong hamba)

Di penghujung tirai 2012.

Esok, kurang dari 24 jam maka bermula lah era baru.
Menyelak tabir tahun baru, 2013.

In sha Allah, entri ini bakal menutup tirai tahun 2012. Sebelum melangkah masuk ke 2013.

Di penghujung tahun ini, 31/12/2012 Allah beri kesempatan dan rezeki bertemu dengan Pak Long,  ulama terkemuka di negeri Utara. Atau dikenali dengan Us zainul Asri. Terbang ke Jordan demi berkongsi ilmu dan memberi nasihat kepada anak sesaudara Muslim. Bibirnya tidak lekang dari menyebut selawat, redup wajah yang mendamaikan, ucapan nya yang lembut dan tenang, bisa menjatuhkan hati mereka yang melihatnya. Moga Allah merahmatimu duhai murabbi.

Banyak yang menarik minat hati saya untuk berkongsi berkaitan dengan beberapa point yang ustaz sebut.

Kata pak long:


Andai ada dua orang yang dahulunya kamcing, rapat bagai isi dan kuku dan akhirnya Allah pisahkan mereka dan jauhkan mereka dengan pertelingkahan, pergaduhan dan salah faham antara keduanya. Maka pada keduanya atau salah satu darinya DERHAKA KEPADA ALLAH.


Allahuuu. Sangat sentapppp! T_T huhu. Sobs.

Derhaka, umumnya pasti ada terpalit maksiat dan dosa pada kedua mereka atau salah satu dari mereka. Muhasabah~

Kata ustaz lagi:


Kunci istiqamah adalah solat berjemaah.

"Allahummar zuqnal istiqamah, wahabib ilaina fi solatil jamaah."


Orang yang ingin kekal dalam kafilah dan gerabak dakwah dan tarbiyah ini, jua mahukan sentiasa konsisten dengan amal ibadah seharian, dengan perjuangan dan Islam, maka lazimilah solat berjemaah. Jauhi solat secara fardi.

Allahuu. Rupanya solat berjemaah merupakan kunci kekuatan untuk istiqamah.

Kata pak long lagi:


Dalam perjuangan ada dua agenda utama, iaitu:



Agenda ammah: kemenangan Islam dan Jemaah

Agenda peribadi: mati syahid.


Tiba point mati syahid, rasa nak nangis, sebak.

Kan Quran ada sebut: yang menuntut ilmu juga sama sisinya dengan orang yang pergi berjuang di jalan Allah, di medan tempur. Kalaulah mereka yang berperang mati syahid, tentu sahaja sama darjatnya orang yang menuntut ilmu  jika matinya nanti dikira syahid.

(9:122) <--- ini.="ini." rujuk="rujuk" surah="surah">

Tanda orang mati syahid,iaitu  dalam husnul khatimah antaranya:

1-     Keluar peluh dari jasad dan wajahnya
2-     Mati dalam keadaan tersenyum
3-     Mati mengalirkan air mata.

Ya Rabb, di penghujung tirai tahun 2012 ini, aku mohon kepadaMu agar matikan aku dalam sebaik-baik pengakhiran. Matikan jua aku dalam husnul khatimah. Pilihlah aku antara yang shayid, gugur dalam perjuangan dalam menegakkan agamaMu. Ameen. 

Setahun yang lalu, dosa-dosa bagai debu yang berterbangan. Tidak terhitung dek jari jemari. Ampunkan aku ya Allah. Terimalah amal ibadahku sehari-harian ini.

Buat murabbiku, Pak Long Zainul Asri, terima aksih atas naseehat berharga dan butir mutiara yang engkau kongsikan. Sunnguh, ia tepat menembak masuk ke dasar hati ini.  T_T

 inspirasi
 

Faqeerah ila Rabbi,

Mutah,
31/12/2012
6:45Pm (Jordan)
11:45Pm (Malaysia)

Allah merahmatimu duhai Duktur

Bismillah walhamdulillah,

Dr Syuesh. :))

Duktur bagi subjek Fiqhul Qadho wa Isbat. Ma sha Allah wajahnya yang menenangkan membuatkan hati saya sejuk melihat serta tidak jemu telinga saya menadah butir-butir ilmu yang keluar dari mulutnya. Pernah dalam satu kelas Duktur, saya tenung redup damai wajahnya itu, hingga fikiran saya menerawang ke sudut lain. Bahasanya yang lembut, senyuman manis yang dilontar serta kecantikkan wajahnya bisa membuat hati-hati anak muridnya turut mencintainya. Ma sha Allah.

Saya sedang menyiapkan bahas yang duktur bagi, lalu terjumpa kalam ini. Membuat hati saya bertafakur sejenak. Seperti nya apa aku ini? HUhuhuh !_!

Saya kongsikan tulisan al-Akh Ihsan Fadhli, memoir beliau bersama al-Ustaz Duktur Syuesh Hafizahullah. Ma sha Allah sangat meng-zappp-kan hati T_T

[Memoir bersama Prof. Dr. Syuesh Mahamid]

Wahai anak-anakku dari Malaysia yang sangat aku cintai.

Aku telah membaca kitab Mustafa Al-Zarqa', Al-Qaradhawi, Al-Durayni, Abu Zahrah. Aku menulis puluhan bahas dan kajian akademik, tapi aku masih belum mencapai tahap ilmu seperti mereka.

Kamu ingin menjadi seperti Al-Qaradhawi, Al-Durayni, Al-Zarqa'. Aku kagum. Tapi, buku kecil yang aku karang tidak mampu kau khatamkan. Bahkan ilmu kamu hanya sekadar bergantung kepada nota-nota di Maktabah Zikra dan Maktabah Tamayyuz. Kajian dan bahas kecil yang aku minta, kamu salin dan tampal dari internet sahaja.

Anakku, aku tidak redha, kamu datang dari jauh lalu pulang seperti sediakala tanpa ada sebarang pertambahan kebaikan dan ilmu pengetahuan.

Wahai anak-anakku, aku inginkan kalian seperti al-Qaradhawi, Al-Durayni, Al-Zarqa'. Berusahalah. Aku sentiasa mendoakan kalian.

.
Moga Allah merahmati kamu duhai Duktur.

Dan moganya ilmu mu sampai ke ruang hati aku yang kontang ini.
 


Hati saya sangat kagum melihat para akh dan ukht yang rajin berjumpa duktur, bermunaqashah, datang ke bilik-bilik duktur bertanya itu dan ini. Sedang di sudut lain aku sebenarnya cemburu dengan mereka. Walhal aku datang ke bilik duktur dalam keadaan takut-takut, itupun berjumpa atas urusan lain~ sobsobssss. T_T tapi paling tidak aku cuba untuk bercakap dengan duktur!  
Moga masa yang berbaki ini saya mampu seperti mereka. Izinkan saya mencemburui kalian, agar saya bisa seperti kalian. In shaa Allah!

Mu'tah,
16/12/2012
Monday.

Pohon Rendang, boleh tumpang teduh?



Dia berlari laju. Lafaz lelah dia hebus keluar. Gayanya bagai bermain kejar-kejar bersama teman-teman kampungnya. Sahara yang gersang itu lagaknya bagai taman permainan. Tanah lapang yang tidak tahu hujungnya.

 “Air, air, air…” Dia meminta air entah dari siapa pun tidak diketahui.
 “Aku mahu air, aku mahu air..” Rayuanya yang berkali-kali itu tidak didengari siapa.

 Air botol yang dikendong dalam begnya dikeluarkan. Diteguk gelojoh. 

 “Ah, aku punya air” Mentari yang memancar tepat menyuluh wajahanya. Terik. Anak tekaknya terasa kontang, masih tetap kering. Air liur yang berbaki terpaksa ditelan agar mengurangkan rasa hausnya itu. 

“Ahhhh. Aku bisa mati ini.” Dia memekik.  

Panahan mentari masih tetap membakar wajahnya yang sudah sedia hitam. Dia belari lagi, dan lagi.

 “Kenapa aku berlari. Bukan  kah aku sudah dapatkan  air?”

Namun dia tetap berlari. Sesekali dia terjatuh, tersungkur. Dia bangkit kembali. Dari jauh dia ternampak teduhan rendang yang mendamaikan.

 “Itu yang aku cari..” dia menjerit sekuatnya.

“Pohon.. Pohon rendang.” 

Pohon rendang itu dia dekati. Bibirnya mengukir senyum. Hatinya girang. Pohon rendang ini yang aku cari. Bukan air. Dia duduk bersandar melepaskan lelah. Nafas baru dia sedut sedalamnya. Dihembus sekuat hati. Hahhhhhh! Pohon rendang itu berbuah ranum. Berdaun lebat, hijau mendamaikan. Di atasnya punya dua ekor burung saling berkicau merdu. Tenang dan mendamaikan. Mereka bahagia sebahagia dia!

Dia termenung jauh, kenapa hati aku tidak serendang pohon ini. Semakin  jauh aku berjalan, semakin aku lelah. Walhal aku punya bekalan air yang cukup. Dan semakin itu aku rasa panasnya mentari di dalam hatiku ini!

“Ouhh rupanya hati aku kontang! Segersang sahara! “Dia menangis.

.......
  ~ 

 

 btw, ini bukan pohon rendang.

Labbaika Allah!

bismillah wal hamdulillah 

selesai mendengar cerita dan ringkasan peribadi anak-anak usrah saya petang itu, saya menulis ringkas biodata mereka dalam smart phone cikai saya yang sekadar boleh menyimpan note atau memo (baca: nota). halaqah gumbira itu ceria. masing-masing teruja mendengar kisah kehidupan adikberadik mereka. tanggan saya menongkat dagu, mata saya tepat memnadang wajah mereka yang bercerita. aksi fokus saya tunjukkan. itu tanda saya mendengar sebaiknya cerita mereka. dan sebegitulah yang seharusnya ada pada para murabbi/naqib/guru atau  mad'u terhadap objek dakwah mereka. 

sebaik sahaja tiba giliran saya untuk menceritakan perihal pribadi saya yang serba naif dan faqir ini, tiba-tiba seorang anak usrah saya bertanya satu soalan. 

"Kalau kak anjang (nama gelaran since di DQ, penangan usrah DQ yang sangat superb) diberi peluang oleh Allah, apa yang kak anjang nak?"

pelik. tiba giliran saya tiba-tiba soalan itu diajukan. punyalah ramai yang mentaaruf diri mereka, saya juga terpilih menjawab soalan adik usrah saya. ^_^ angkat kening*

"Kak anjang nak ke syurga."

jawab saya ringkas. senyuman saya lempar. menggambarkan betapa indahnya gambaran syurga yang ingin saya mahukan itu.

dalam kepala saya hanya ada dua tiga sahaja perkara yang benar-benar saya nak. 

andailah ditanya sekali lagi kepada saya, apa yang saya nak dan mahu jika Allah beri peluang pada saya. pasti saya tidak mendahulukan keinginan hati saya sebelum orang lain. seakan saya ananiyah (baca:pentingkan diri) apabila saya dahulu mendahulukan diri saya.

pertama:

"saya nak mak dan ayah saya masuk ke syurga sebelum saya"

kenapa tak saya.?

saya belum sempurna menjadi anak yang solehah, takut tidak mampu menuntun tangan mereka hingga ke syurga. tapi kalau mereka yang ke syurga sebelum saya, pasti jika saya dihumban ke neraka (waiyazubillah) tangan mereka dahulu yang menarik saya sekuatnya kerana mereka ibu dan ayah saya. dan saya anak mereka.


kedua:

"saya nak mak dan ayah saya sempat mengerjakan ibadah haji sementara mereka masih lagi hidup"

inilah keinginan mereka sejak bertahun lamanya. alhamdulillah, sudah dapat panggilan setelah dekat 10 tahun mereka mendaftar. insha ALlah tahun depan. setiap kali telefon mak saya melalui viber atau skype, inilah doa yang hari-hari mereka mohon untuk saya mendoakan mereka.

dan yang ketiga, baru lah saya jawab untuk keinginan diri saya.

"saya nak ke syurga, adikberadik saya ke syurga, sahabat-sahabat saya ke syurga, muslimin muslimat lain juga ke syurga."

"dan yang terakhir, saya nak ke baitullahil haram, mengerjakan ibadah hajisementara saya masih hidup" 

rindu ingin mengucup penjuru kaabah yang wangi itu. tawaf mengelilingi Kaabah, berlari-lari anak antara saei dan marwah. dan alangkah indahnya kalau saya dapat melakukan semua ini bersama mak dan ayah saya. saya teringin benar membawa mereka ke sana. Allahu allah.. 

dua ini saya benar-benar inginkan. 

mudah-mudahan Allah mememudahkan urusan untuk mncapai semuanya. ameen.

tidak sabar menunggu panggilan agung itu, lambaian Kaabah.

"Labbaika Allahhumma labbaik. Labbaikalah  syarikala kalab baik."


"Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan sesiapa sahaja yang memasuki rumahku dengan beriman, dan semua orang beriman laki-laki dan perempuan. dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran." 
(71:28) 


Mutah, Jorden.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...