✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

“Berjuang memang payah”

“Salam alaik. Kepada sahabat2 ana yang ingin bekerja sebgai guru tasmik di setiawangsa boleh bagi nama pada ana. Gaji untuk kali ini sebanyak rm...bla..bla..bla.. sila respon pada ana.”

Satu masej link telah saya terima daripada seorang teman.

Wahh bestnya, Alhamdulillah boleh2. Segera saya respon masej tersebut. Exited bukan main lagi saya ketika itu. Yeah! Akhirnya ada juga alasan untuk terus tinggal di kl selama sebulan. Selain dapat gaji bulanan dapat juga saya iadah sebulan di situ. Jika dikutkan hati saya ini, tidak berhajat pun bekerja di Bandar kl tu, namun bila memikirkan beban dan taklifat dakwah yang wajib saya pikul ini, maka dengan relanya saya mewaqafkan jasad bersama ruh saya disini. Biarpun saya tahu ujian mahupun mehnah pasti saya akan ditempuhi.

“Kalau uda kerja kat Melaka kan senang, makan, minum, tempt tinggal percuma je. Xyah susah2 kat kl sana.”

Berkali-kali emak menasihati saya sebelum kaki melangkah keluar dari rumah tempoh hari.

Diam. Bagaimana ye nak jelaskan pada mak ni. Kalo kata ada kerja2 dakwah mesti cam komfirm xdapat nak keluar ni.

“Ermm mak, xboleh lah. Nanti nak berulang-alik gi kl setiap muinggu, kan banyak duit nak guna. Duit tambang lagi, ktm lagi, lrt lagi bla..bla.. “ bermacam2 alasan saya utarakan.

Mujur pernah belajar berhelah sebelum ini. Helah bukan menipu yer..

“Hah, apoiment doctor kat selayang lagi. Sapa nak gi hantar uda setiap minggu?.”

Ye! Saya yakin ini alasan yang paling kuat membuatkan mak membenarkan saya bekerja di kl. Tapi memang benar apa. Alhamdulillah.

Focus utama saya untuk terus thabat bekerja disini pada asalnya memang ingin mencari sedikit duit sementara menunggu taklifat-taklifat yang mendatang untuk uruskan itu dan juga ini. Ya, perkara ini perlu untuk keperluan saya. Urusan sambung belajar, duit passport, visa, infaq n banyak lagi perkara2 yang lainnya. Sahabat-sahabat saya yang juga turut sama-sama bertungkus lumus mendapatkan sebarang pekerjaan sebelum mendapat mana-mana tawaran nanti.

Namun siapa sangka, sampai sahaja saya ditempat tersebut lain pula jadinya. System apakah ini? Bermacam-macam persoalan bermain di minda saya. Sebelum saya memulakan pekerjaan esok hari nya pula, pelbagai doktrin halus telah saya terima. Cerita itu dan cerita ini. Rasa ingin angkat beg dan lari sahaja dari tempat itu.

Tak pa, sabar ye. Tunggu apa yang akan berlaku esok.

Mana kelas tasmiknya ni? Sapa yang hafal quran. Wahh takda perkara tu sumer. Yang ada hanyalah adik-adik sekitar taman tersebut. Umur dalam lingkungan 5-12 tahun.

Ooo, mengajar mengaji, fardhu ain , lebih kurang kelas kafa lah ni. Awatlah kata jadi guru tasmik ni.. xpe2, sabar.

“Saya nak hantar kamu berdua kat cawangan lain, rumah anak2 yatim kat titiwangsa. Siap2, petang karang saya amik.”

Pn Anah memberi arahan kepada kami berempat. Oh dia adalah orang yang bertanggugjawab dalam hal ini a.k.a majikan kami.

Apekah ini? Interview saya pun tidak, kelayakan saya pun dia tidak pernah tahu, tiba-tiba nak pisahkan saya ngn kawan2 saya ke tempat lain. Pada hemat saya, dia sangat thiqah pada pelajar lepasan darul quran. Tanpa sebarag interview, dia yakin kami boleh buat dan mengajar apa sahaja. Xpe ikut jelah, at least dapat jalan-jalan kat kl. Kah3.

“ Aku adalah anak panah Islam, campakkan aku kemana sahaja, nescaya aku akan berjuang untuk Islam”
-Saad bin Abi Waqas-

Moga kami lah anak panah tersebut.

*****

Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa

Sampai2 je kat situ, dengan tidak diberi sebarang takilimat, terus sahaja dia minta kami ajar adik-adik di sana. Ok! Ajar saja kan, saya follow jer. Ajar-punya ajar, ok jom kita balik.

Siap jumpa dengan tuan rumah tersebut, kenal-kenal sedikit lalu Pn Anah pun kata:

“Esok dua orang akan mengajar di sini.”

Wahh apakah??

Tanpa minta persetujuan daripada kami, dia telah pun decide siap-siap dengan pengasuh di sana a.k.a Mak Pah (agak garang orangnya, hingga saya pun boleh terjaga dari tidur mendengar teriakan beliau, tapi Mak Pah sangat2 baik hati.)

Actually, rumah tersebut bukan rumah anak yatim sepenuhnya, senang kata, rumah perlindungan. Ye lah dengan mangsa deranya di sana, mangsa rogol, anak yatim, anak luar nikah, oku, sindrom dan macam-macam lagi orang berada di sini.


Meniti hari dengan penuh kesabaran..

“Astagfirullahalazim….”

Beristighfar panjang saya ketika itu. Ya Allah… Betulkan niat semula. Tajdid niat. Moga-moga kami ikhlas.

Saya tidak berhajat ingin ceritakan keadaan di sana, namun saya amat optimis pasti ada hikmah mengapa Allah campakkan kami di rumah perlindungan ini.

Soal gaji, penat mahu pun lelah telah ditolak tepi. Sekarang ini, aku memang berada dalam lapangan masyarakat. Ditengah-tengah bandaraya kl. Adik-adik yang terbiar ini perlu didikan, perlukan tarbiyah. Kalau aku lari dari tempat ini, maka aku telah tiggalkan tanggugjawab dakwah aku disini. Adik-adik yang pelbagai ragam ini adalah mad’u aku. Maka ini lah medan praktikalnya.

Berdakwah, membuat pengislahan pada masayarakat tidak perlu pada gaji. Ini adalah tanggungjawab yang wajib di galas. Mengikut pada pendapat Yusuf Qaradhawi, beliau mengatakan bahawa dakwah ini WAJIB bagi yang mengetahui tentangnya. Aku? Ye, wajib ke atas aku.

*****

Alhamdulillah Allah memilih kami. Segala macam buah fikiran telah dilontarkan. Puas memikirkan cara yang bagaimana yang terbaik untuk mentarbiyah dan menyantuni jiwa adik-adik yang masih terkapai-kapai bersama derasan arus jahiliyah. Mujur mereka sempat diselamatkan. Cuma, kedegilan mereka sahaja kadang-kadang mencabar kesabaran saya.

Jerkahan demi jerkahan sering membuat mereka terkejut dari semasa ke semasa. Mujur pernah ada pengalaman dalam Mafatih (program tarbiyah adik2 di dq dulu). Pengalaman menjadi DNI dahulu benar-benar berkesan. Kini, saya mampu mempraktiknya di rumah titian kasih =) Dengan wajah yang sedikit syadid, dan suara yang agak tinggi, dan dengan kekuatan yang ada, segera saya memberi arahan untuk mereka membuat halaqah quran bersama. Berlari-lari anak mereka lantas duduk dan membentuk halaqah. Berkesan juga cara begini, mungkin mereka sedikit gentar barangkali. Tarbiyah tidak semestinya bersifat tegas, dengan cara yang lembut pun mereka boleh terimanya. Asalkan ia benar-benar lahir daripada hati. Maka, ia turut sampai ke dalam hati juga . Mudah-mudahan.

“Ustazah marah lagi nampak comel lah. Hehe..”

Dengan tersengeh-sengehnya, dia mengambil quran dan segera duduk membentuk halaqah.

Ish budak ni.. xjadi aku nak marah.

Dan ada beberpa lagi situasi lucu yang membuatkan saya kadang-kadang geli hati sendirian. Lantaran hati saya pula makin tertaut dengan mereka. Mudah-mudahan kesan tarbiyah yang sedikit ini meresapi ke dalam jiwa muda mereka.

Dan setiap kali usai sahaja marah, segera saya beristighfar. Mudah-mudahan marah saya kepada mereka bukanlah marah hasil daripada bisikan syaitan. Tapi tujuan pendidikan, tujuan tarbiyah. (doa2kan lah hati mereka lembut, menerima cara hidup Islam dalam kehidupan mereka. Amin..)
Begitulah kisah perjalanan saya di Bandar metropolitan, Kuala Lumpur ini. Lain yang saya rancang, lain pula yang Allah tentukan.

ومكروا ومكرالله والله خير المكرين
(Ali Imran: 54)

Yang pasti, ianya tentu sekali penuh tersirat dengan pelbagai hikmah. Dan barangkali, inilah dinamakan tarbiyah dari Allah. Didikan buat hambanya yang sering selesa dengan kehidupan sementara. Padahal hidup sebagai seorang pejuang bukanlah begini andai tidak dihidangkan dengan kesengsaraan, ujian mahupun dugaan. Hari ini saya tersenyum, meskipun saya tahu hari yang mendatang telah pun tersedia buat saya ujian yang saya sendiri tiadak ketahui bagaimana bentuk yang akan datang. Yang pasti, bersedia!

Moga Allah meredhai perjalanan si hamba hina ini. Ouh ya, taklifat telah pun datang, telah pun berbaris menyusunkan diri mereka. Maka, saya pula ada perjuangan yang masih tidak selesai. Para kader Islam itu perlu juga didikan untuk membentuk mereka menjadi generasi Rabbani, jilul quranul fariid.. =)


~ masih ada lagi kah proses campak mencampak? Mudah-mudahan dicampakkan aku pada tempat yang lebih besar maslahahnya di sana. Terima kasih pada individu yang terlibat espc. my siblings.. uhibbukunna fillah wa lillah. Kerana sudi bersama ku menyelusuri jalan perjuangan ini..

2 comments:

Anjang... ewah2..
nak tergelak akk..
meme dah gelak pun. x dpt bygkan anjang mare budak2 tu..mesti klakar sgt kan..hehe
nasib baikla bkn akk yg accept keje kt situ..
kalau dak, melayang dah pinggan mangkuk kat rumah tu..
bekeng wo kakak sorg ni.
all da best anjang in your dakwah mission!

 

hu.......~

yang terbaik untuk yang terbaik..

ALLAHHU A'LAM

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...