✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

~tidakkah engkau menyaksikan!

salam 10 syaaban buat semua. 

alhamdulillah BERSIH 2.0 dapat berjalan dengan baik pada sabtu yang lepas, biarpun provokasi dan keganasan pihak polis jelas menjegkelkan mata-mata yang melihatnya.  dan meskipun siaran televisyen Malaysia mengatakan bahawa perhimpunan haram itu gagal dan menggugat keamanan negara. hoho bagai nak tergelak mendengar pembohongan liputan berita  siaran tv kerajaan itu. kali ini saya benar-benar meluat!

teringat saya pada sebuah demonstrasi ISA yang pernah saya sertai 2 tahun yang lepas. kiranya, ketika itu tidaklah sesyadid dan seteruk himpunan rakyat pada kali ni. kali ini, jelas sekali kekejaman serta kezaliman si penguasa yang zalim lagi angkuh!

wahai si penguasa yang zalim! setakat water canon dan ledakan peluru pemedih mata itu hanyalah ibarat terkena semburan sheildtox sahaja. rakyat tidak gentar untuk berjuang!

jujurnya, saya sendiri sudah benci dan meluat pada kerajaan BN sebegini. sudahlah, tiba masa untuk kamu turun dari memerintah. rakyat sudah pun membuka mata,, mereka tidak lagi bodoh wahai kerajaan!

saya tahu, biarpun ramai lagi anak muda Islam yang gencar dalam aktiviti dakwah dan tarbiyah tidak menyokong perhimpunan Bersih ini, namun saya kira tidaklah salahnya jika mereka berlapang dada pada pandangan ilmuan Islam dan tokoh-tokoh ulama' yang telah memberi pandangan perihal ini.

teringat pesan al banna:

berlapang dada pada perkara ikhtilaf, dan berkejasama dalam perkara disepakati.

dan beberapa hari lepas, rakan alam maya saya kerap membuat provokasi perihal status di wall fb saya. saya kira, tidak salah jika 'dia' ingin kekal pada pandangannya, namun janganlah butir bicara ayatnya itu seolah menghukum serta memburukkan sesama kumpulan jemaah yang lain. bukankah itu tidak melambangkan akhlak seorang daie.


mereka yang memburukkan kumpulan BERSIH ini dengan menggunakan nama S.AMBIGA adalah sebagai provokasi yang sengaja menyentak dan membantutkan semangat anak muda Islam untuk menyertai perhimpunan ini. dan saya jelas pada sokongan dan dokongan saya terhadap BERSIH. melalui bacaan dan penerangan ilmia para ilmuan Islam dan tokoh ulama, ternyata BERSIH tidak melanggar syara', malah ia adalah harus kerana matlamatnya murni.

boleh rujuk disini  dan disini.

perjuangan ini bukan TAQLID! anda harus jelas.

p/s: mohon maaf kepada saudara yang mengomen, jika anda tersinggah di blog saya dan membaca tentang ini.

koleksi gambar-gambar himpunan BERSIH yang menyentuh hati saya:

selamanya bumi itu milik Allah, 
selagi itu kamu bebas solat dimana sahaja di atas muka bumi ini.

takutkah kamu pada kumpulan umat Islam yang ingin menegakkan kebenaran??

"dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang melarang di dalam masjid Allah untuk menyebut nama-Nya dan berusaha untuk merobohkannya? mereka itu tidak layak memasukinya kecuali rasa takut kepada Allah. mereka mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat mendapat azab yang berat"
[2:114]

peserta himpunan bersih yang tidak lalai dari mengerjakan  solat fardhu.

dimana sahaja.

 inilah jiwa-jiwa ruhi perjuang Islam

واركعوا مع الركعين
saat rumah Allah dihalang dari dimasuki untuk mengerjakan solat. dimanakah keadilan??
sehingga rumah Allah yg suci ini ditutup, di'lock'. apekah ini ??

inilah bezanya antara oranag Islam dan bukan Islam. ada kekuatan iman yang menyelubungi diri mereka. solatlah kamu dimana sahaja, bumi ini milik Allah, Tuhan sekalian semesta.

mari kita saksikan kezaliman si penguasa.

dan ini, apekahh??
 tidakkah dilihat kezaliman itu dihadapan mata.
ditendang bagaikan haiwan! dimanakah ehsanmu wahai manusia?


 walaupun gambar ini dah banyak di upload dalam fb, namun saya tetap ingin menunjukkannya juga. moga ia menjadi lipatan sejarah anak cucu saya apabila mereka membesar nanti. 
inilah Malaysia di bawah pemerintahan si kuku besi!






syabas, peserta BERSIH, sesungguhnya Allah bersama kalian. bersama gema laungan takbir, moga ia diangkat menjadi ibadah di sisi Allah. kerajaan langit dan bumi menyaksikan peristiwa ini.

TAKBIR!!


dan tadi  termenitik air mata saya membaca diari BERSIH nukilan presiden SIGMA GAMIS 10/11. sungguh menyentuh hati. jika anda juga ingin baca, klik disini.

tafsirlah melalui pandangan mata hati dan kepala anda sendiri. 

wallahu'alam. kerana Dia Maha Mengetahui segalanya.

muhasabah lagi: mengingati MATI...

bismillahirrahmanirrahim. salam muhasabah, mengintrospeksi diri~

alhamdulillah masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. thumma alhamdulillah.

pintu bilik dikunci. sejak dari maghrib tadi saya membisukan diri. senyap tanpa sebarang suara. penguzlahan kecil barangkali. usai solat fardhu isya' saya teruskan dengan dua rakaat solat sunat taubat. sedang asyik sujud berdoa kepada Allah, emak saya masuk.

kaget dan terkejut.

"ni uda ni dah lama ke sujud camni, kenapa tak bangun-bangun ni. uda, uda!"

aduii, sebijik-sebijik butir bicara mak masuk dalam kotal fikiran saya. kurang sedikit rasa khusyuknya

tanpa sempat saya menghabiskan bacaan doa, emak lantas mengangkat kepala saya dan menolak bahu saya perlahan. dan saya memaksa diri untuk turut ikut gerakan tangan emak. lantas saya menghabiskan bacaan tahiyat akhir.

bagaikan dalam drama tv rasanya. huh, lega hati emak. mulut saya terkumat kamit membaca bacaan tahiyat. lalu, emak pergi tinggalkan saya yang masih di tikar sejadah itu.  tapi, masih lagi terdengar  nada cemasnya ketika keluar tadi.

sedar-sedar, saya masih lagi hidup. dan tiba-tiba air mata saya menitik. basah dan laju. alangkah indahnya jika dapat mati sedemikian rupa. saat asyik bersujud mengharap keampunan dan menghina diri di hadapan Allah. ya Allah matikanlah aku dalam husnul khatimah, sebaik-baik pengakhiran.

[3:145]

وما كان لنفس أن تموت إلا بإذن الله كتابا مؤجلا
dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditetapkan.

 [hanya dengan izinnya sahajalah ditentukan saat kematian kita, tiada siapa dapat menjagkanya.]
dan saya kerap memikirkan soal kematian. memikirkan bagaimana keadannya sekiranya saya mati. malah kerap juga memikirkan dalam keadaan apa saya mengakhiri hidup ini. pada setiap helaan nafas, saya menjadi kecut perut bila memikirkannya.

bahkan jika ingin melangkah keluar dari rumah samada bermotor atau berkereta, sering soal kematian itu bermain-main di kotak fikiran saya. apatah lagi saat saya bersendirian menaiki motor menuju ke tempat kerja atau di mana sahaja. 

pernah terlintas di hati saya: 

ya Allah, bagaimana ye jika tiba-tiba ni aku mati eksiden kat selekoh ni. amal aku, dosa pahala bagaimana ye. banyak lagi tak settle.
kalau aku mati ni, apa yang aku dah tinggalkan untuk agama aku? apa yang aku dah tinggalkan untuk jalan dakwah ini? apa bakti aku?

 ketika itu segala macam doa keluar di bibir..

nauzubillah, mohon dijauhkan dari sebarang malapetaka. akhirnya saya selamat sampai ke destinasi.alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, Allah beri keizinan kepada saya lagi untuk menghirup nikmat iman dan Islam serta membaiki amal dan terus menerus bertaubat.

-tak suker naik motor lagi- :(
dan membonceng motorsikal adalah perkara yang menggerunkan saya. biarpun kadang-kadang saya merelakan juga hati untuk tetap membawanya apabila  keadaan yang mendesak. gerun dan kecut perut bila motor saya bonceng itu berselisih dengan lori atau bas atau segala macam jenis kenderaan yang besar-besar di jalanraya. 

berita-berita kematian orang sekeliling banyak yang telah memuhasabahkan saya. pernah saya terdiam dan kaget melihat sebuah motor dirempuh oleh sebuah lori ulat yang besar. si pembonceng tadi meninggal dunia, menamatkan hidupnya di atas jalan raya. manakala lori ulat itu hanya cedera sedikit sahaja. dan si pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

innalillahi wainna ilahi rajiun..

kepada Allah sebaik-baik tempat kembali.



mengingati mati itu bagaimana?

apakah dengan seperti kita menggambarkan saat kita mati itu bagaimana, dalam keadaan apa, bersama sapa, atau dimana. begitu kah?

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w:
siapakah yang paling bijak??Baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah. dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala. 

begitulah hebatnya kuasa dalam memikirkan dan mengngati perihal kematian. kerana kematian itu pasti. kematian adalah peristiwa besar dan gempar yang hebat lagi dahsyat. oleh kerana dahsyatnya peristiwa itu, sewajarnya kita mengambil peringatan, memberi perhatian sepenuhnya dan melakukan persediaan.

mengingati mati sebagai suatu yang pasti bererti kita menerima ketentuan dengan penuh rela dan bersedia.   sedia menghadapi dengan penuh pengertian dan kesedaran walaupun ada rasa bimbang dan khuatir, namun ia dapat diatasi dengan adanya persiapan, pengharapan, sangka baik dan keyakinan terhadap rahmat dan keampunan Allah.

Al Imamul Ghazali rahimahullah menyatakan manusia terbahagi 2 golongan didalam berhadapan dengan mati:
PERTAMA: Golongan yang tengelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan. mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. sehingga lupa yang dunia ini adalah tempat persinggahan sementara waktu sahaja. Waktu mereka lebih banyak dihabiskan dengan hiburan dunia semata-mata.


KEDUA: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah berkaitan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. pada masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia sebagai bekalan di akhirat kelak.. ingat akan mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.


lalu ikhwah dan akhawat sekalian, cuba kita check n balance diri kita. moga-moga kitalah dari golongan yang kedua itu.


tips mengingati mati:

salah satu cara bagaimana mengingati mati mampu membangunkan sikap positif ialah dengan sering menziarahi orang sakit. makin ramai kita melawat orang terlantar, maka semakin terasa betapa kerdilnya diri kita. semakin banyak kita menyaksikan peristiwa kematian di depan mata, maka semakin terasa betapa lemahnya diri kita.   

begitu juga semakin kerap kita mengiringi jenazah maka semakin bertambah pula keinsafan dan usaha kita untuk meninggalkan jasa terbaik di dunia untuk dibawa pulang ke akhirat. inilah yang diajarkan Rasulullah supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa kematian. dengan itu, hati kita menjadi lembut dan insaf lalu dapat menghakis sifat negatif seperti menipu, menganiaya, takbur,malas, khianat, rasuah dan sebagainya.

moga-moga kematian kita diratapi oleh seluruh penduduk dan kerajaan langit dan bumi akan hilangnya permata dakwah yang berharga untuk umat manusia dan Islam khasnya.

كثروا من ذكر هاذم اللّذات 

perbanyakkanlah mengingati perkara yg menghancurkan kelazatan(iaitu mati)

kepada Allah dia kembali. peserta BERSIH 2.0 yang meninggal ketika berarak membawa suara rakyat menuntut keadilan dihadapan penguasa yang zalim. 
moga matinya dalam sebaik-baik pengakhiran. 
al-fatihah buat pakcik Baharuddin.


~al fatihah juga buat emak kepada sahabat (adik) saya yang telah kembali ke rahmatullah pada jumaat petang, 8 julai tempoh hari. yang mana, perihal kesihatan ibu beliau telah saya post dalam entri saya yang lepas.


~introspeksi..

alhmadulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.
[rasa tak lengkap bila tidak panjatkan syukur pada Allah pada segala macam nikmat yang diberikannya ini]

harini masuk hari ketiga saya melakukan perkara yang tidak berapa baik ini. apedia??

tidur lewat dari yang selalu. jam tiga pagi masih tak tidur. apakah? insomnia kah? huhu. moga-moga tidak dan dijauhkan. harapnya dengan tidur lewat ni dapat juga lah kejut my little anak anak binaan tu untuk bangun tahajud. ameen. mintak-mintak diorang sedar.

alhamdulillah sebelum on laptop tadi, sempat saya menyiapkan latihan tahriri quran. semacam nak exam quran kat dq pulak ye. oleh kerana ketidak 'masysi'an, maka inilah inisiatif yang saya ambil untuk mudah mengingat. de whole quran tu, mahu mengigit jari nak kasi ingat dan lekat duk dalam hati dan kepala ni.. masha Allah masha Allah. sungguh berat amanah yang dipikul.


[tahriri: dibaca sbg latihan menulis, editorial]
[masyi: dibaca sbg mantop, lancar hafazannya]-istilah pelajar DQ. :)

bila jalan ini yang saya pilih (nak hafal quran), maka sesuailah tanggungjawab dan taklifan amanah ini dijaga sebaiknya. sape kata senang nak menjaga? Allahu Akbar! 

[al ahzab: 72]  see, betapa Allah dah jelaskan bahawa amanah ini berat, hatta gunung ganang, bumi juga langit tidak mampu memikulnya, lalu diberi pada manusia yg lagi zalim plus jahil ini.

muhasabahlah. muhasabahlah.


tadi dapat masej dari seorang sahabiah. semacam masejnya ini sangat meruntun jiwa. hingga menitik air mata membacanya. pandai juga dia buat esei ringkas dalam text masej ni. huhu. anda memang budak sastera yang tiptop lah!

"semalam kami lewat sampai dari perancangan yang asal. sebaik kami sampai, mata kami meliar mencari dia yang kami rindui. tapi pandangan kami terhenti pada sekujur tubuh yang sedang terbaring bertarung nyawa. segera kami mendekatinya. ada air mata yang tumpah. tapi siapa kami untuk menahannya. lebih 3 hari ibunya berkeadaan begini. sejam kami menanti insan yang kami rindui. sebaik sahaja kami ingin pulang, dia muncul tiba-tiba. ya Allah, adik.. dia terus ke katil ibunya dan kami hanya memerhati dari tepi. oh, air mata tumpah lagi. tenang wajahnya tetap terpamer sisa duka yang pernah merajai. seusai dia mendekati kami dan merangkul hiba. dia memohon maaf. ...."

:'(
 rasa nak nanges lagi. 

seorang akhawat saya yang sedang diuji keimanan dan ketabahan hati bagi melalui kehidupan yang realiti ini. emaknya sedang bertarung nyawa. akibat kanser yang dihidapinya. 4 hari lepas saya dapat masej dari akhawat tadi. lebih selesa saya menggelarkannya adik. 

"adik". seorang akhawat yang sangat saya merindui diriniya. bahkan bukan saya sahaja, malah lebih ramai yang merinduinya. 'kehilangan' nya membuat kami tertanya, mengapakah dia berkeaadan demikian. penguzlahan yang saya kira lama untuk menahan beban rasa rindu di hati terhadapnya. langsung kabar berita tidak kami terima. panggilan telefon yang mustahil sekali untuk dia menjawabnya. resah dihati semakin kuat bila adik bertindak diam menyepikan diri dari kami.

seolah jeritan batin yang menahan kerinduan terhadap dirinya tidak langsung diendah.

rasa putus asa? biarlah..

tidak. saya tidak akan melakukan demikian.

tak disangka, dengan kuasa Allah, 4 hari lepas adik menghantar masej kepada saya. rasanya ingin menjeritttt sekuat hati... dia yang saya rindui! namanya naik di skrin enset murah saya itu. rasa gembira, sedih, haru, hiba. segalanya diadun semua pada rasa yang terbit ketika itu.

"salam. anjang, mak kita sedang nazak. mohon doa. jzkk."

rasa nak menangis bila membaca masej adik! tak tahu nak kata apa. bibir cuma melantun kalimah innalillahi wa inna ilahi rojiun..

sekian lama saya mengharap adik merespon masej saya, tapi tadi... masej pertamanya berkedaan demikian. sungguh, saya boleh menggambarkan air muka adik. pasti dia sedang sedih. tidak kuat hadapi semua ini. saya perlu ada disisinya. tapi, jarak dan lokaliti kawasan yang menjadi penghalang. moga-moga, doaku ini sampai kepada ibumu adik.

dan semalam saya terima masej dari adik lagi:

"anjang,.. kita tahu mak kita akan pergi jua, tapi kita tak tahu macamana nak terima kenyataan tu.. mak kita semkin teruk.. anjang..."

ya Allah.... bertambah pilu dan hibanya hati saya.

saya merasakan dikala itu adik sungguh tidak kuat hadapi kenyataan yang bakal adik lalui. jika saya berada di kondisi adik, saya pasti berkeadaan demikian. cuma Allah. cuma Allah. kita hanya miliki Allah sebagai yang Maha Hebat.

kun fayakunn.. segalanya dibawah percaturanNya.

adik, doa kami sentiasa mengiringi setiap helaan nafas emak adik. moga adik tabah hadapi ujian keimanan ini.

sebaik sahaja saya terima masej dari adik, lantas saya mengforwadnya kepada akhawat yang lain. tidak sampai satu minit, lebih kurang 6 masej masuk merespon semula masej saya.

anjang, adik kol anjang ke?
anjang tahu mana berita ini?
anjang, adik masej anjang ke?

nada terkejut semua plus risau. betapa mereka ini turut rasa concern terhadap adik tadi. mereka merindui adik! dengarnya, beberapa orang akhwat telah datang melawat emak adik di hospital. alhamdulillah. cuma saya sahaja yang tidak sempat lagi kesana.

*****

apakah saya ingin melaporkan berita semasa kehidupan ini? atau ingin memberitahu tentang jejak kasih yang berbulan-bulan antara akhawat yang tercinta.

tidak.

cukup besar ibrah yang saya perolehi hasil dari cerita di atas.

pada hangatnya kasih dan mahabbah seorang akhawat terhadap akhawatnya yang lain. yang merindukan rangkulan erat serta tangisan hiba berkongsi suka duka bersama.

dan pada hampirnya saat dan detik kematian itu. kerana mati itu pasti.

كل نفس ذائقة الموت
setiap bernyawa itu pasti akan mati.

saatnya, tempat, bila atau dimana, itu semua dibawah penguasaan Allah. yang pasti mati itu pasti. malaikat Izrail tidak pernah mengenal usia saat dia diperintah Allah untuk mencabut nyawa si anak adam. demikian juga kita. tapi bagaimana bekalan nya pula? apakah kita bersedia?

moga dimatikan kita dalam husnul khatimah. sebaik-baik pengakhiran. ameen.

sungguh, berita tentang ibu adik yang sedang nazak sangat memuhasabahkan diri saya. hanya Allah sahaja tahu bagaiamna keadaan hati saya ketika ini. seseorang yang datang mengadu perihal ibunya yang sedang nazak, memohon sekudus doa agar ibunya dipermudahkan samada untuk pergi atau sembuh.

jika kita, bagaiamana agaknya?

jika emak kita berkeadaan demikian. pasti tiada ucapan yang dapat melantun keluar melainkan doa-doa dan bacaan quran untuk menjadi penguat si ibu yang sedang bertarung nyawa. tidak sempat lagi bergurau senda, bertawa ria.

adik, anjang doakan moga Allah mempermudahkan segala urusan yang sedang adik lalui ini. hasbuna Allahu wani'mal wakeel..

Allahu yashfi. syafakillah untuk anda yang sedang diuji ujian kesihatan.
 moga sakit menjadi kaffarah.


teringat kata-kata yang pernah murabbi sampaikan dalam satu majlis ilmu bersamanya:

"jika aku khabarkan kepada engkau tentang dua perkara ini, sudah pasti kau tidak lagi ketawa dan bersuka ria: iaitu dihadapanmu malaikat maut dan dibelakangmu neraka."


salam mengintrospeksi diri~
yang masih tak menangis, menagislah!
menangislah atas perihal dirimu terhadap Tuhanmu...

merindukan murabbiyah..

harini merupakan 1 Julai bersamaan 29 Rejab. beerti lebih kurang sebulan lagi menyambut Ramadhan Kareem. pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. sedar-sedar madrasah tarbiyah sudah mula mengintai ingin memunculkan diri. lalu amalan-amalan lepas dihisab, ditambah tolak, layakkah aku mneruskan perjalanan di madrasah ramadan itu nanti. [muhasabah]


fikiran melayang laju membawa satu kenangan di sekolah menengah dahulu.

SMK Tun Perak. terpahat dikalbu.

rupanya di laman itulah detik awal saya ditarbiyah. namun perjalanan tarbiyah yang saya lalui itu tidak saya sedari. ouhh, aku di zon tarbiyah rupanya.

disinilah saya ditarbiyah. jumpa badge je. gambar sekolah xjumpa pulak.

istilah tarbiyah pula jarang-jarang sekali saya denagar di kawasan sekolah. apatah lagi istilah-istilah arab yang sinonim dalam kalangan orang tarbiyah yang lain seperti tanzim, liqo, halaqah, tamrin dan syura. jauh sekali istilah ini saya dengar apatah lagi keluar dari mulut ini. bahan bacaan seperti 'mazayani', fiqh sirah, raheeq makhtum. sungguh tidak pernah kenal pun buku-buku demikian.

kerana saya tidak mendewasa dalam halaqah tarbiyah. mujur saya sempat mengenali usrah, itupun usrah yang sekadar mengejar dan memuntahkan silibus kementerian. sekadar memenuhi syarat kementerian pelajaran. sungguh tidak merarasai zuqnya sebuah halaqah usrah.

dan tika itu karat jahiliyah masih berbekas di dalam hati. kehidupan seorang pelajar biasa. tiada beza dengan yang lain. tapi saat itu tidak terlintas di kepala saya untuk memikirkan tujuan kehidupan ini dengan lebih matang. hanya melalui perjalanan kehidupan bagi memenuhi fitrah dan norma manusia biasa. pergi sekolah, balik asrama, belajar, solat, puasa sunat bila free, dengar tazkirah wajib, mengaji. full stop. cuma itu??

alangakah ruginya saya jika kehidupan alam remaja ketika itu hanya lah cuma itu. sekadar itu. selebihnya bergembira dengan rakan-rakan yang lain. hanya kerana saya tidak tahu.

namun alhamdulillah, saya merasai kekuatan melalui ruh solat jemaah yang diwajibkan di sekolah berasrama seperti saya. syukur tidak terhingga. kerana melalui solat jemaah itulah mendidik secara perlahan rohani saya. hingga Allh mendatangkan rasa kenikmatan melalui kekuatan solat jemaah.

dan saya sempat merasai santunan dan hangatnya kasih dari seorang murabbiyah. dikala itu saya di tingkatan lima. biarpun saya juga tidak pernah dengar istilah 'murabbiyah' ini sewaktu itu. apatah lagi  murabbiyah pula ingin menggelarkan dirinya sebagai 'murabbiyah' kepada kami. jauh sekali. tidak pernah terfikir.

MURABBIYAH

dia hanya dikenali sebagai seorang guru biasa. seorang warden yang tinggal di kuarters asrama. seorang guru add math. dan juga seorang pendidik. she is not more than that.

saya tidak pernah tahu dia itu bertindak sebagai murabbiyah. apatah lagi dia ingin menggelarkan dirinya sebagai murabbiyah kepada kami semua. tidak sama sekali. 

tapi hari ini saya memberi pengi'tirafan MURABBIYAH kepada guru yang berjiwa pendidik itu. layaknya gelaran ini untuk dirinya.

seorang warden yang tugasnnya meround asrama. memastikan para pelajar mengikuti peraturan asrama. memantau keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar. cuma itu. cuma itu di mata pandangan rakan-rakan saya.

rupa-rupanya dia telah bertindak dan memainkan peranan sebagai murabbiyah tanpa kami sedari. pemantauan nya sepanjang menjadi warden adalah berbeza dengan warden-warden yang lain. pada setiap tindak tanduk kami dipantau kemas. segala permasalahan yang kecil dapat ditangkapnya. lalu pelajar itu akan diberi nasihat dan kauseling percuma di rumahnya. dia mendidik seperti anaknya sendiri.

dan saya dahulu selalu diajak bermalam dirumahnya. pada mulanya saya juga tidak pasti atas tujuan apa dia mengajak saya bermalam di sana. mungkin mintak teman cikgu kot. rupanya, tanpa saya sedar dia telah memberi suapan tarbiyah melalui ajakan kerumahnya itu. pada butir bicaranya penuh dengan inzar dan tazkir atas tanggugjawab sebagai seorang hamba. setiap perkataan darinya mengandungi tuntutan kebesaran terhadap Allah. dan paling menyentuh hati, murabbiyah pernah mengutuskan surat 'cinta' kepada semua anak didiknya. surat itu ditaip kemas dan dipos ke setiap rumah. teringat lagi, time tu tengah cuti penggal persekolahan. subhanallah, besarnya pengorbanannya.

tapi saat itu, saya cuma merasakan, ouhh.. biasalah, cikgukan.

ya Allah, kenapa saya tidak tahu bahawa guru saya itu adalah wasilah Allah kepada saya untuk membaiki diri, mengislah jiwa. sayang seribu kali sayang. namun, tika itu masih di fasa 'jahil kebudak-budakan'.

dia hanya saya anggap sebagai seorang guru biasa. tidak lebih dari itu.

hanya kerana saya tidak mengetahui perihal tarbiyah itu bersifat bagaimana. tarbiyah itu datang dalam bentuk apa. tarbiyah itu untuk siapa. kerana saya tidak tahu.

hari ini, Allah telah memberi kenikmatan atas nikmat sebuah tarbiyah yang telah saya hirup sepanjang perjalanan ini. kefahaman terhadap sebuah tarbiyah. merubah dan membaiki diri daripada biasa kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. dan proses pembentukan tarbiyah yang saya lalui ini juga panjang dan sukar. . masih hijau dan muda. alhamdulillah. moga Allah memberi peluang untuk terus hirup udara segar sebuah tarbiyah ini.


dan saat ini, baru saya merasakan sentuhan tarbiyah bermula dari bangku sekolah lagi. baru saya sedar bahawa saya pernah memiliki seorang murabbiyah. saya pernah dididik melalui halaqah yang tidak formal. saya pernah dipantau peribadi dan akhlak tanpa disedari. tapi saya laluinya tanpa sedar. tanpa saya tahu yang saya lalui itu adalah perjalanan sebuah tarbiyah. dan saya telah dididik secara khusus melalui guru add math saya sendiri, seorang murabbiyah.

maka hari ini, dengarkanlah wahai MURABBIYAH ku, bahawa aku sangat-sangat bersyukur atas kehadiran dirimu menyantuni kami semua. atas curahan kasih dan suapan tarbiyah di bangku sekolah dahulu. sehingga aku terbentuk sedemikian ini pada hari ini. dengan ini,  aku mengangkat dirimu dan meletakkanya di dalam hatiku untuk selama-lamanya. jazakillah kheir ya murabbiyah.


syukran alaiki tecer haspiah, guru add math semasa form 4 & 5.
bekas pendidik SMK Tun Perak 2006-2008.

para pendidik SMK Tun Perak

serkandikaktus:

sayangilah murabbiyah anda biarpun siapa jua mereka. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...