✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

masihkah lagi RETORIK?

Muhammad kekasih Allah.

malam itu terdengar esakan kecil dari mereka. hati yang menjiwai watak Yahudi buta itu agak keras berbanding hari-hari latihan sebelumnya. apa benar aku menjiwai sungguh watak Yahudi itu. Allahu Allah. 

lakonan singkat itu berjaya membawa hati-hati itu turut hanyut dibuai rasa cinta kepada Rasulullah. air mata yang mengalir seakan jujur merindui jasad dan peribadi baginda. sungguh, dialah empunya akhlak persis Quran!

kesejukan sejuk yang mencengkam tulang belulang merelakan jiwa kami teus menerus menghidupkan pagi itu dengan mengingati nabi. sepucuk surat diminta untuk ditulis buat junjungan besar Muhammad kekasih Allah itu.  

ah, pagi yang penuh retorik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...