✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

ada ke kebetulan ?


dalam dunia ini ada ke yang Allah ciptakan secara kebetulan?

Mamat A lahir pada 12.12.12 dan Mamat B pun lahir pada tarikh yang sama. apakah ia juga dikira satu kebetulan. padahal Mamat A dan B tidak saling mengenali pun. bahkan jauh sekali mereka kembar atau sama ibu yang melaahirkan.

ajaib bukan. 

setiap sesuatu yang Allah cipta itu tiada yang kebetulan melainkan terkandung hikmah-hikmah yang tersendiri.

pasti dalam kalangan kita selalu je melalui perkara-perkara yang dijangka sebagai kebetulan bukan?

~tiba-tiba je terserempak dengan kawan lama dekat shopping mall, padahal baru je tadi hati kita terdetik teringat kat dia. tup tup, terjumpa pulak. ouhhh kebetulan tu.

~terserempak dengan dia lah,  si A lah, si B lah dalam keadaan yang memang tak disangka-sangka. ouhh kebetulan tu..

khilafnya dari Imanku..



air mata yang mengalir diseka
entah berapa kali mata itu membengkak
kadang malu menghadap muka ke cermin
ah tidak comel nya muka bila menangis
tapi lebih rela membiarkan ia mengalir
terasa puas di hati
terasa lepas lelah didada

akukah yang bersalah?
mengapa ukhuwah ini compang camping?
mengapa rabak dan rapuh
puas aku muhasabah
puas aku menyalahkan diri
akulah punca segalanya
bukannya dia bukannya mereka

Meraikan Khilaf



ikhtilaf (perbezaan) atau khilaf (pertikaian) dan berbeza pendapat adalah menjadi 'adi ( kebiasaan) bagi manusia. ianya fitrah.

bercanggah pendapat dalam sesuatu isu atau masalah adalah perkara biasa. dan ianya menjadi lebih biasa dalam kalangan aktivis-aktivis dakwah. bahkan kadang kala dalam bab percanggahan pendapat ini jika tidak diselitkan dengan berlapang dada maka akan berbuahlah nilai-nilai mazmumah seperti bertelagah, bergaduh, bertikam lidah dan saling memburukkan.

tidakkah ia dipandang jegkel jika sekiranya mazmumah yang tersemai ini hasil daripada perbezaan pendapat dalam kalangan daei atau aktivis dakwah. mereka yang memahami Islam.

kalau perbincangan tentang khilaf dari sudut fiqh perbandingan mazhab, maka ia memang menyeronokkan. tapi jika dari sudut perbincangan untuk menghapuskan khilaf dan menyatukan semua pendapat, maka ia satu usaha yang sia-sia dan amat membosankan.

sifar khilaf adalah mustahil. memaksa orang lain mengikut pendapat yang dirasakan betul adalah satu kebodohan. berlapang dada merupakan penyelesaian.


sukarkah berlapang dada dan menghormati pendapat orang lain?

kemusykilan dalam diri ini semakin kuat. rasa aneh dan ganjil terhadap daei yang melabelkan dirinya daei. jengkelnya, mengapa perkara ikhtilaf dan furu'iyah (perkara cabang) dalam sesuatu perkara dijadikan isu dan diperbesarkan. keanehan semakin bertambah bilamana topik dan komen perbincanggan dalam perkara furu'iyyah ini dilihat seperti ingin menjatuhkan sesama sendiri.

lalu, tertampaklah pada butir bicara, penulisan dan gaya ayat seolah mendabik dada, ego dan bongkak!

sombong dengan ilmu yang dimilki. bukankah Allah mengajar kita untuk bertawadhu' pada ilmuNya. sentiasa merasakan ada sesuatu yang lebih hebat dari diri sendiri. Dia yang Maha Hebat dari segalanya. lalu, mengapa harus merendahkan yang lain dengan butir bicara yang kurang enak dan manis untuk dilantun.

dimanakah akhlak yang terpantul? mengapa tidak seiring dengan ilmu yang dituntut..?

akhirnya bila para duat asyik bertelagah maka akan terbantutlah gerak kerja, amal tidak berbuah malah mendatangkan pekerjaan yang sia-sia dan membuang masa.

lebih parah lagi, bila ada yang mula bertindak mengecil atau terkecil hati, lalu tidak bertegur sapa dan kesannya  merapuhkan pula  sebuah silaturrahim. tidakkah ia merugikan.. 


dan bila ada yang cuba menegur..

"ada polis moral lah.."
"ada penasihat lah..."
"jumudddd lah..."
"syadiddddd lah...."

erk! dimana nilaian teguran itu diambil sebagai peringatan. lekeh sangat kah peringatan yang diberi oleh orang lain. terlalu baguskah diri sehingga merasakan teguran itu tidak perlu.

ingat lah semula firmanNya :

وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
"dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat kepada org mu'min."

siapa jua yang datang kepada kita dalam  menyampaikan peringatan perlulah diambil. meskipun seorang hamba habsyi yang datang memberi peringatan kepada pemerintah besar, raja misalnya. 

siapa jua mereka. berpangkat tinggi mahupun rendah. kaya mahupun miskin. tua ataupun muda. apatah lagi sesama daei sendiri. hakikatnya kita semuanya sama. bezanya disisi Allah dinilai pada ketaqwaan. lalu, mengapa harus wujud rasa bongkak dan mendabik dada? wa'iyazubillah.


bagaimana ingin menyelesaiakan masalah ikhtilaf ini?

kita soroti sirah-sirah para daei yang terdahulu. ibrah-ibrah dari ulama'-ulama' agung yang mahsyur pada zaman kegemilangan Islam di sekitar era perkembangan fiqh seketika dahulu. bagaimana 4 mazhab agung (Maliki, Hanafi, Hambali dan Syafei) berbeza pendapat dalam banyak perihal hukum hakam fiqh ketika itu.

dan bagaimana pula mereka menghormati pendapat sesama sendiri. bahkan Imam Syafie yang pernah berguru dengan Maliki sendiri juga berbeza pendapat. sedangkan jika dilihat semula, masakan anak murid boleh ada khilaf dengan tok guru sendiri.

dan pada ketika itu bertapalah mereka menghormati dan berlapang dada dengan ijtihad sesama mereka. dan sepakat pada perkara yang i'tifaq. natijahnya, keempat-empat mazhab ini masih diguna pakai mengikut kesesuaian waqie sesuatu tempat. 

Mursyid haraki, Al Banna juga bukankah telah mengajar agar:

"berlapang dada pada perkara ikhtilaf dan berkerjasama dalam perkara yang disepakati"

~raikan kekhilafan dengan tujuan bersama bukan untuk berpecah.

kurangkan cemuhan, dan perbanyakkan istighfar.

meskipun pendapat kita diterima ramai, perbanyakkan istighfar.

dan sekiranya ditolak, ucapkan hamdalah. barangkali ada hikmah mengapa Allah tidak mengizinkan pendapat kita diterima. mungkin saja terdapat kelemahan disebaliknya.

belajarlah menghormati dan bersifat tawadhu' dalam segala hal. tutuplah lobang-lobang keburukan dalam kalangan daei. tempelkan dengan kebaikan dan kebajikan. jika semua mengamalkan adab-adab dalam berkhilaf, maka Insya Allah perbalahan akan semakin reda dan beransur-ansur selesai. itulah yang dilaungkan para ulama dan du'at zaman berzaman.

mencapai hadaf besar itu perlu lebih dititkberatkan daripada bertelagah dalam perkara cabang yang tidak membuahkan amal.

~salam muhasabah, kredit untuk penulis sendiri..


note: hakikatnya ikhtilaf dan khilaf dalam erti istilahan (terminologi) yang sebenar mengandungi dua makna dan perbahasan yang berbeza. namun, penulis hanya mengambil dari sudut literasi sahaja. nanti kalau rajin, penulis akan post berkaitan khilaf dan ikhtilaf. satu perbahasan yang menarik. :)

filter dalam dakwah


firman Allah Swt dalam ayat 8:37


"supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya ditumpukkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi."



filter. atau bahasa melayunya tapis.

tapisan dalam jalan dakwah dan tarbiyah sentiasa akan berlangsung buat para daei. Proses tarbiyah merupakan satu proses yang panjang, ianya berlaku madal hayah, atau maksudnya sepanjang hayat. Dan disepanjang jalan dakwah itu pasti akan adanya fitnah-fitnah yang bisa menyebabkan kita keciciran atau tertapis.




"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung"


dalam ayat ini Allah menyatakan 'segolongan', bukannya keseluruhan. Ini bermakna di antara kita hanya ada sebahagian yang akan terpilih untuk melalui tugas mulia ini.

Itulah tapisan pertama...yang memilih kita untuk menjadi peserta tarbiyah.

Namun tapisan itu tidak berhenti di situ.

Allah akan sentiasa membuat tapisan demi tapisan buat kita. jangan kita berasa selesa berada di atas jalan dakwah ini. semakin lama di atas jalan ini, semakin banyak pula tapisan yang dibuat.

bagi mereka yang berada di marhalah atau peringkat taarif (pengenalan) berbeza pula tapisannya bagi mereka yang sudah berada di medan amal. di medan tanfiz (perlaksanaan).

begitulah seterusnya. setiap individu dakwah itu memiliki tapisan tersendiri mengikut keadaan mereka. tidak bermakna mereka yang hebat dipentas dakwah akan terus kekal hebat sehingga bila-bila. 

tidak. barangkali saja ia tersungkur terduduk untuk melepasi marhalah-marhalah yang lebih besar.

mengapa perlu pada tapisan? meskipun telah berada dalam lingkungan tarbiyah?

mungkin Allah inginkan sesuatu yang terbaik untuk mengangkat kembali Islam ini. tidaklah ia dipimpin oleh tangan para munafik, pengecut dan si futur.

sebab itu Allah hadiahkan tapisan demi tapisan..

bahkan tapisan itu jugak adalah hadiah ujian dari Allah. pasti ia terkandung hikmah disebaliknya.

~nak tapis air pon banyak stage kan.. apatah lagi nak tapis manusia.. :))

tapi..

BEGINIKAH SIKAP DAEI TERHADAP MAD'U NYA??

pada satu ketika terdapat seorang adik telah menolak ajakan seorang akahwat yang ingin membawanya ke suatu program tarbiyah. setelah ajakan itu ditolak secara baik oleh adik tersebut, akhawat yang bergelar daei ini terus berkata:

takpe lah kalau adik tak nak ikut.
dalam tarbiyah ni memang akan ada tapisan-tapisan.
tapisan dari Allah kan.

gulp! 

patutkah ayat itu dilontar dihadapan mad'u sendiri?

biarpun benar memang ia tapisan dari Allah, tapi tidak wajar ia dilontar sedemikian rupa. 

begitukah sikap daei terhadap mad'u nya. terhadap mad'u yang baru ingin mengenal Islam secara dekat dan hampir. begitukah sikapnya?

menagis adik tersebut mendengar kata-kata akhawat itu.

daei harusnya menjaga sikap dan akhlaknya dihadapan mad'u. jangan kerana dakwah kita gagal dalam mengajaknya, lalu perkataan yang kurang enak dilontorkan sebagai tanda melepaskan lelah kita selama ini. 

tidak bermakna keenganannya dalam menyertai mana-mana program melambangkan kegagalan dakwah kita. bahkan ia sama sekali tidak menjadi kayu ukur keberhasilan dakwah kita tersebut.

kerana hati itu milik Allah. ia diukur dari dalam hati. dari luasnnya hidayah itu terbuka.

dan perlu ingat: pendakwah bukan hadafnya ingin menyeru kepada kumpulan-kumpulan atau jemaah terentu. tetapi menyeru kepda Allah dan Islam.

inilah kesilapan besar yang sering diulangi oleh para daei. bilamana hadaf utama seruan mereka lari dari Allah sebagai tujuannya. 

inginkan ahli bertambah dalam sesebuah gerakan menjadi pokok utama. mengejar kuantiti lebih dari segalnya.

apakah?

awas! anda tersilap.


bilamana kita meletakkan dakwah kita ini bersandar kepada sesuatu selain Allah, maka hasil dan natijahnya adalah lahir dari apa yang kita sandarkan tadi.

ia tidak berkualiti. hambar dan lesu.

maka sia-sialah ukhuwah yang dijalin atas dasar kebersamaan fikrah yang menjadi titik sekufunya. sia-sialah ukhuwah yang terjalin atas dasar mengumpul manusia kepada sesebuah gerakan atau kumpulan semata-mata.

saya katakan sekali lagi: ianya sia-sia.

kembalilah kepada Allah  sebagai tujuan.

baiki niat dari semasa ke semasa agar dakwah kita ini bukan kerana sesiapa atau apa-apa.

tetapi kerana Allah.


tapisan memang akan sering berlaku, maka tidak mustahil saat kita merasa gah dan gencar di atas jalan dakwah ini, pada tika itulah barangkali Allah sedang menapisi kita mengikut acuannya. 

moga-moga kita tergolong dalm golongan yang tertapis. insha Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...