✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

merendam ruhiyyah

terasa hati sepi.
padahal timbunan kerja dan taklifat sudah berlambak di depan mata.
usrah-usrah yang disertai bukan sekadar satu sahaja.
bahkan ditambah pengisian luar dan di dalam bilik kuliah.
mengapa hati masih sepi.?

rasa ingin menangis yang tidak mampu dilepaskan.
barangkali sudah kering air mata yang ingin dirembes keluar.
ah, menangis pun tidak selalu,
mengapa tidak ada air mata lagi?

berdialog sendiri.

keras nya hati. sepinya jiwa.

al quran dibuka satu persatu lembarannya.
dibaca ayat-ayat pilihan.
dilihat satu persatu terjemahannya.
masih tidak enak dan lembutkan hati itu?
apa lagi yang kurang..?
bukankah al quran itu syifa bagi mu'min
rahmat bagi yang beriman.

hati terus dan terus menangis.

panggilan telefon dijawab.
panggilan meeting yang entah kali  keberapa untuk minggu ini.
jasad penat. letih dan layu..


kau kan pekerja Islam.
haruslah itu beban kerja yang perlu ditempuh
mengapa mengeluh?

kaki dihayun melangkah ke daerah keringat.
entah masuk entah kemana fikiran di dalam halaqah itu.
satu pun tidak melekat.
resah nya hati tidak mampu diubat.
rasa ingin segera keluar dari halaqah yang tidak merawat itu.
HATI nya masih sepi..

petang yang mendung itu seolah mengerti burukya hati si hamba.
dipaksa air mata keluar namun gagal.
menangis pun tak berair mata.
pada siapa lagi harus aku luah isi hati yang aku sndiri tidak tahu apa yang dia mahu..
monolognya yang lama tidak juga berhasilkan titisan mutiara.

aku mahu nangis. aku mahu nangis. aku mahu nangis!
diulang ulang ia menjadi zikir.
natijahnya masih gagal!

"engkau pekerja Islam yang sibuk dengan kerja, tapi hancur dengan amalan"

bisikan yang tepat
tepat memanah hati.

bisikan yang berjaya mengeluarkan air mata.
menangis dan teruslah menangis.
rupanya hati telah lama terendam dengan kesibukan dunia.
kesibukan dunia yang  kononya kata bekerja untuk akhirat.

bekerja untuk akhirat apakah itu?
jika amalan hancur.
jika amalan kurang.
jika amalan hampeh.

mengapa merendam ruh pada dunia.
sedangkan ruh itu perlu tempat dan makananya.
makananya Qiam yang menghidupkan malam
menghidupakn hati yang mati
membangunkan hati sepi
makanannya mengingati mati
menginsafi diri.

إلا من أتى الله بقلب سليم
(26:89)


ruh yang direndam ibarat 'sponge' yang direndam
begitu banyak air yang keluar dari perahan 'sponge' itu
begitulah juga dosa noda yang melekat pada hati itu.
jika lama direndam, makin banyaklah air dosa yang terkumpul.
mengalir cair, jatuh ke bumi.
itulah sifatnya ruh yang direndam.

perah lah ia hari-hari.
biar kering dari dosa
kering dari maksiat
bersih dari noda.

yang memberi makan pada hati bukan sesiapa
tapi tuannya sendiri


merendam ruhiyyah ibarat merendam diri di tengah lautan
lemas dan lemas
tenggelam tidak timbul
akhirnya mati menjadi bangkai.


selamat menghidupkan hati yang mati
ruhiyyah kuat, jasmani sihat
kerja smart, natijahnya hebat!  :)


introspeksi: (jawab dalam hati cukup)

agak-agak dalam seminggu berapa kali kita bangun menghidupkan malam?
atau dalam sebulan belum tentu sekali.
atau mgkin dua bulan belum tentu lagi terjaga.?
maka bersedihlah wahai diri
kerana gagal menghidupkan hati!


SK
Mu'tah

Saya masih ada Kaki

alhamdulillah thumma alhamdulillah.

post saya kali ini adalah hasil copy paste dari artikel teman saya, Atien Jieha. artikel yang dihadiahkan buat saya. terharu ye. :') sebab ia berkaitan dengan kaki.  sangat tepat tembakan artikel ini dengan diri saya. terasa bagai dihadiahi sebatang kaki pada malam ini. seolah saya mempunyai 3 kaki! 

bahagia. terasa bagai ingin terbang. sebab saya juga mempunyai sayap-sayap di kiri juga kanan. hamdalah! 

btw, bole kot ye atien sy tukar sikit tajuk artikel ni. "Saya masih ada Kaki"

jemput baca, jangan jemu. :)




Kaki-kaki yang sering memberi pinjam. ^^

Melakar coretan tidak seindah hamparan di taman~ 




"Saya kehilangan sebelah kaki"
"pergi mana kaki sebelah tu?"
"Dia hilang..~"
"Hilang..? macam ne boleh hilang?"
"Dia tinggalkan saya dengan hanya sebelah kaki sedangkan saya tak mampu nak bergerak
jika tiada keduanya"
"Tapi,kamu masih ada sayap..sayap kiri kanan yang selalu mendampingimu"
"sayap?? Mampukah saya bergerak dengan sayap tersebut?"
"Kamu mampu wahai diri..sayap tersebut yang menerbangkan kamu untuk menongkah langit biru
tersebut..sayap tersebut pengganti kepada sebelah kaki kamu yang hilang.Sayap tersebut yang
menjadi sayap perjuangan anda dan menemani kamu walau kamu sering kehilangan" 

"Benarkah sayap2 itu akan ada selalu dengan saya?"
"Melihatlah dengan mata,menilailah dengan hati.
Kamu sendiri dapat merasainya~"

~Ye,saya kembali tersenyum~
[Saya masih ada lagi sayap2 kiri kanan yang menyertai perjuanganku]


Saya,kamu,dia dan anda semua~~

Pemimpin
@
Penggerak
@
Pemikir
@
Pelaksana
@
Da'ie
@
Mad'u
Manusia sering menganggap perkara atau sesuatu masalah kecil itu adalah benda yang remeh..Seperti angin yang berhembus halus.Walhal kadang kala sekecil-kecil perkara atau masalah itulah yang akan mengundang mudharat yang lebih besar pada kita..
[jangan disangka angin halus yang berhembus halus itu tidak mampu menjadi angin taufan yang bakal membinasakan sekelilingnya..]

Saya seringkali suka berlari suatu ketika dahulu..seronok~
Seronok hingga saya tidak mempedulikan sekelilingku..Yang penting saya puas !
Saya mahu menang ..saya mahu ke garisan penamat.
Seketika kemudian saya tersadung dengan batu besar..[malang tidak berbau]
Luka berdarah,sakit,pedih dirasakan..keseronokan berlari terus menghilang~
Walhal saya sendiri yang cuai..
Terimbas kembali~
Saya berlari terlalu banyak dengan mengejar keseronokan berlari..mengejar kemenangan
tidak mempedulikan kanan kiri depan belakang ku..
Seronok memikirkan saya akan menang dan yang lain-lain akan kalah..[saya ego,saya riak]
saya terlalu ingin rasakan kemenangn tersebut sehingga saya tidak memikirkan bahawa saya bakal jatuh bila-bila masa pun..
saya leka..saya alpa..~ saya agak cuai...
saya jatuh kini..berseorangan..sebelah kaki luka dan berdarah..kaki saya sakit.
Saya tidak mampu bergerak..saya punya kaki sebelah sahaja untuk meneruskan langkah.
Tapi saya tidak mampu..
Luka itu menjadi parut,biar..biarkan ia terus berparut..~
Biar menjadi peringatan buat masa hadapan
Jatuhnya saya kali ini membuatkan saya terdiam..saya terkaku..sedar dan berfikir
Tidak selama-lamanya kita akan menang..tidak selamanya kita akan berada di atas
Dan tidak selamanya apa yang kita impikan akan menjadi hak milik kita buat selamanya..
Segalanya Hanya Milik "DIA"~DIA Sang Penganugerah nikmat bahagia dan segalanya
Jatuh ini membuatkan saya sedar
Bahawa jangan terlalu riak dan ego~
Jatuh,,jatuh..jatuh..Jatuh ini beri pengajaran pada ku..


[Hati kuat berbisik~]


Diri...bangun..berdiri dan kemudian berlari lagi..
"perlu ke saya bangun kembali?"
"Perlu,anda perlu bangun untuk diri anda"
"baik~~"
Saya bangun kembali..berdiri..tidak berlari..namun hanya berjalan..walau sakit dirasai.
Cuba praktiskan 'Biar lambat asal selamat'
Kaki sebelah luka berdarah..namun saya cuba gagahkan diri..cuba berjalan untuk ke garisan penamat.walau tahu ia akan mengambil masa yang panjang untuk mencapainya..
"terasa ingin terbang~~"
"Pejam mata,pegang dada anda..rasai hati..ada sayap kiri kanan untuk terbangkan anda..ia ada disamping anda walau tidak dapat dilihat dengan mata kasar.."



[Saya tersenyum]



Masih belum terlambat untuk memulakan kehidupan yang baru,jika ada kesempatan untuk berlari kembali..perlu lebih berhati-hati~ saya mengangguk..mengiyakan pada hati..mengingatkan pada kelemahan diri,serta menginsafi kekurangan diri.
Saya tidak mampu bersuara..cukup lakaran menjadi coretan~


[p/s: saya sudah ketemu kembali kaki saya yang patah dan hilang itu]

-Atin Jieha-


situasinya agak serupa cuma bezanya kita: 

saya mempunyai kaki yang benar-benar sakit. jalannya lambat, larinya tidak mampu. tapi syukur ia masih lagi gagah menghayun langkah menuju jalan-jalan Tuhan. ^^ 

terima kaseh SKH
Hashinah Rostam: awak pula seharusnya lebih gagah dari saya. derita kita sama tapi berbeza.  :)


apa jua pun: selayaknya pada Allah tempat melafaz dan mengalun SYUKUR. terima Kaseh ya Allah!

pinjam bahu boleh?

:: dengan lafaz bismillah::


inbox ditenung lama.
adik kenalan alam maya itu tidak henti-henti menghantar masej.
katanya bimbang. bimbang masejnya tidak berbalas.

"kakak tolonglah kuat. kakak yang saya kenal bukan macamni."

dia bukan kenalan alam maya yang biasa. dia terlalu istimewa. wajahnya sekali tidak pernah bersua. apatah lagi jasadnya tidak pernah aku rangkul. ada ikatan akidah antara kami.  ada rabitah yang terjalin.

adik. saya cuma letih.
jasad saya kurang stamina.

"ahh yang letihnya bukan jasad kau, tapi Iman kau"

bagai ada yang berbisik.

tangan menaip lambat. perlu dijelaskan situasi agar dia tenang disana.

            "kakak letih sikit. tak kuat lah dik. maaf"

            "kakak kan kaktus gagah"

seGAGAH kaktus

sedikit tersentap. aku ke kaktus? kalau kaktus, aku mana boleh lembik-lembik.

"kakak kaktus lembik"
ada air mata yang jatuh.

"no! kakak, kaktus yang gagah dan kuat" 

kadang-kadang ada masa kita jatuh. dan ada kala kitalah yang membangunkan insan yang jatuh.
indah ciptaan Allah. dijadikan ukhuwah didalamnya saling melengkapi.
saling mengindah. dan saling menguat.

tak tergambar di minda bagaimana saat tiadanya teman disisi. tiada bahu yang ingin ditumpang sandar. tiada rakan yang ingin berkongsi cerita. sepilah dunia tanpa bahagia.

terngiang lagi kata seorang teman. saat dia tidak putus asa memberi harapan dan nasihat. andai akulah menjadi dirinya sudah tentu letih mengulang kalimah yang sama memberi semangat. tapi dia tidak. seolah dia memhami apa yang turut dirasai. kerna derita yang dilalui juga hampir serupa.

"awak memang kaktus yang gagah.
kaktus gagah yang lembik!"

terasa dilanggar lori sampah.
panahan yang tepat.
mahunya jatuh tergolek saat membacanya.

faham saja akan ayatnya.
menangis lagi.

anggota yang sakit itu dipegang perlahan.
duhai makhluk pinjaman Allah, esok kau bakal ke kuliah lagi.
meneruskan amanah disebalik derita.
tak penat kau menghayun langkah.
biar terkadang langkah itu lambat.
selambat kura-kura jalanan.
tak lelah kau mengikut tuan
biar terkadang engkau melawan
tetap juga kau berjalan

nikmat dtarik sebentar
setelah 21 tahun menggunakannya
barangkali ia mahu berehat
setelah penat berkhidmat

bukan kaki kamu yang sakit, tapi ruh kamu yang lemah.

sakit fizikal akan hilang, jika ruhiyyah sihat.
sakit fizikal semakin kritikal, saat ruhi mati.
tiada syifa yang merawat.
tiada iman dituai.

bersedihlah duhai diri kerana ia bisa melembutkan hati.
miliki hati sensitif yang sentiasa peka lebih menjinakkan ruhhi.

tapi bukan merendam ruh terlalu lama hingga melemaukannya.
anda mu'min, bukan sifatnya sedih sentiasa.
perlu dibaja taqwa iman
lebih akrab mendekati tuhan.


Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya
-hilal-


bukan dengan cara merendam air mata terlalu lama.
cukup sekadar engkau tahu diri sebagai pendosa hina.

rupanya RUH yang sakit, tempang dan cacat!

moga bertambah kuat. dan saling menguatkan..

saya nak pinjam bahu boleh?

damainya.
rindu pelukan nya.

kaktus harus gagah. sebab awak ada adikberadik yang perlu awak gagahkan.
dan sebab awak ada mereka yang sering menggagahkan!


SK
Mu'tah

~terima kaseh SKH. sudi teman kaktus lembik malam-malam ni. :)


slap

"bukan kaki awak yang sakit,
tapi ruh awak yang LEMAH"



T_T

teruskan menangis wahai diri..

pembunuh tanzim

::mulakan dengan menyebut namaNya, bismillah.. ::

entri yang baik untuk dikongsi dan haruslah terasa bersama-sama.
namun tak cukup saja sekadar terasa, adalah lebih baik jika rasa dipukul, diketuk dan ditampar.
supaya ia lebih mudah masuk ke dalam hati, serta meninggalkan kesan yang amat..

mencintai organisasi atau tanzim adalah dengan cara membunuhnya.
itukan lebih baik?

kenapa saya kata demikian?


anda melafazkan rasa cinta pada sesebuah tanzim atau organisasi  tetapi anda juga telah membunuhnya secara diam-diam. 


caranya mudah, iaitu dengan anda mengamalkan sikap-sikap ini didalam organisasi anda. :
(sila baca sampai habis)

-Jangan hadiri mesyuarat bila dipanggil.

-Jika datang ke mesyuarat, sentiasalah datang lewat.

-Jika datang mesyuarat carilah kesalahan anggota lain.
-Jika dilantik menjadi jawatankuasa atau diminta sumbangan, jangan bekerjasama, tetapi sentiasalah mengkritik apa yang dibuat oleh organisasi. Jika ditanya oleh pengerusi sebarang cadangan mengenai sesuatu perkara yang penting, katakan no coment, tetapi sesudah itu beritahu semua orang, “ Sepatutnya kita buat begini... begini"
-Bila sesuatu jamuan atau aktiviti dianjurkan, beritahu semua ahli bahawa, “ Kita sebenarnya membazir “.
-Jika tidak dianjurkan sebarang jamuan atau aktiviti, hebohkan bahawa, “ Sebenarnya organisasi kita telah mati “.
-Jika anda dilantik memegang amanah jawatankuasa, tolaklah dengan alasan tidak mampu.
-Selidik setiap sesuatu yang salah, meskipun kecil. Bila anda mendapati kesalahan itu letakkan jawatan.
-Bila menghadiri mesyuarat, sokong semua perkara. Selepas itu jangan berbuat apa-apa.
-Sentiasa lengahkan kerja-kerja organisasi atau mengambil sikap tidak berbuat apa-apa langsung.
-Akhirnya, yang juga tidak kurang pentingnya, jangan letakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan anda, anda tidak berpeluang “ membunuh organisasi “

akhir kata, tahniah jika anda sudah berjaya menjadi PEMBUNUH!

silakan terasa~
check n balance
saya kopi dan saya pasta.

SK
Mu'tah.




"innal amanah annadamah"
sesungguhnya amanah itu satu penyesalan..

kering


apabila menulis dengan hati yang kering, maka penulisannya juga menjadi kering


sebab itu saya dah lama tak menulis. ruh menulis hilang.

dan saya akan terus menyambung tinta saya sehingga saya rasa spirit dan jiwa saya kembali basah seperti dulu.

sebab menulis ini bukan  tujuannya :

ouhh femes org tahu pasal aku
life aku, story aku..



tujuan menulis----->menyampaikan
tujuan menulis-----> menyeru
tujuan menulis-----> berDAKWAH

tujuan menulis-----> KERANA ALLAH


buat para penulis diluar sana. ingat semula tujuan anda menulis. 
moga hasil tinta anda memberi manfaat kepada ummah.


*teringat pesan us Anhar:

banyaknya blogger ni, suka sangat cerita pasal diri sendiri dalam blog dia. cuba jadi DAEI yang matang. cerita tentang ummah dan kesannya kembali kepada ummah. 


oke. ayat ustaz sebenarnya sangat terkesan. sebab saya juga salah seorang blogger. dan rasa kena juga penmapar dengan ayat ustaz.


kenapalah aku tak mampu jadi DAEI yang hebat di medan maya. 




sebok sgt kah diri?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...