✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Apreseiasi buatmu Bonda



Bismillah walhamdulillah.

Allahumma solli ala saidina Muhammad wa habibina wa syafiena wa nabina Rasulillahi Solla Allahu alaihi wassalam. 


Saya sentiasa tiada kata-kata yang terbaik untuk saya ungkap dan aperesiasikan buat dirinya. Kadang malu tidak terkata kerana masih tidak mampu membalas jasa dan pengorbanannya. 

Teringat saya pada Ramadan yang lalu. Usai sahaja berterawih bersama bonda di surau, saya dapatinya lalu mengucup tangan dan pipinya. Bonda pulang terus ke rumah, sedang saya masih kekal di situ meneruskan halaqah tadarus. 

Katanya sebelum pulang: 

Mak teringin nak tadarus bersama. Tapi mak nak kena balik dulu, banyak lagi baju tempahan yang belum habis dijahit. Walaupun mak tak dapat nak bertadarus, uda sertai tadarus ini pun mak dapat rasa tempias pahalanya. 

Allah. Hati saya menangis. Saya mengerti bisikan hatinya. Saat insan lain seusia dengannya  mengumpul ibadah terbaik di malam bulan Ramadan, dia pula berkorban meninggalkan salah satu daripadanya. Samada sertai tadarus dan kerjanya bertangguh atau sebaliknya. Pengorbanan ini dia lakukan demi anak-anaknya. Meneruskan mencari rezeki buat kami adik beradik. 

Jawab saya memujuk: 

Takpa mak, nanti selepas Subuh kita tadarus bersama ya. 

Bonda gigih melakukan aktiviti hariannya. Dari awal pagi dia bekerja mencari rezeki hingga ke lewat malam. Tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Bahkan tidurnya sentiasa kurang dari biasa. Pernah saya terjaga dari tidur jam 2 pagi, hati saya meruntun sayu melihat sosok bonda yang masih kekal di mesin jahitnya. Kepalanya hampir tersengguk menahan mengantuk. Namun dia tetap meneruskan jahitannya yang berbaki. 

Pengorbanannya terlalu besar untuk saya balas. Dari usia kecil saya sehingga hari ini baju dan jubah yang saya sarung hasil dari titik peluh bonda. Dia tidak pernah minta dibayar, tidak pernah minta diupah, bahkan semuanya diberi dengan percuma. 

Kaki saya pernah mendapat suntikan cecair untuk rawan lutut saya yang menipis. Satu suntikan yang bernilai tujuh ratus lebih Ringgit Malaysia itu dibayar penuh oleh bonda. Saya tidak sanggup melihat bonda keluarkan duit sebanyak itu lalu ia masuk ke tubuh saya ini. Usai mendapat suntikan di hospital, bonda memapah saya ke kereta. Sedang saya masih memikir ucapan yang terbaik untuk saya hargai pemberian berharga itu.

“Mak, terima kasih keluarkan duit banyak-banyak untuk kaki uda. In sha Allah, mudah-mudahan dengan pahala kaki uda ini melangkah ke tempat yang baik, mak juga akan turut dapat pahala." 

Bonda tersenyum. Dia mengamenkan doa ringkas saya. Namun di hati saya masih merasa ia tidak cukup sekadar ungkapan itu. Tidak mampu saya sebut jasa dan pengorabanannya yang terlalu banyak dicurah. Kalaulah tanpa bonda, tiada lah saya hari ini. Tiada lah kami adik beradik.

Tinggal saya, harus bagaimana mahu membalas pengorbanannya. Terima kasih bonda. Sungguh kaulah permata berharga yang tiada tandingnya ! 

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 28 buat mak dan abah. Semoga kekal  bahagia hingga ke Syurga. Hanya doa mampu dititip, moga Allah menyanyagimu sebagaimana kau menyayangi kami sewaktu kecil kami hingga saat kami besar dewasa. Juga Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 25 buat Abang Ngah, Mohd Hazwan bin Isa. ♥ 11/04/2013 

Bonda yang dicintai. Penawar hati penyejuk jiwa.  :')


Ayahanda yang kachak. Sentiasa tersenyum dimana jua :)

Hero after abah, merangkap driver yang baik hati.


"Mawaddah wa rahmah"

Mutah, Jorden
11/04/2013 | 6:28pm

Akhawat demand !


Bismillah wal hamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, Habibuna, wa Syafieuna, wa Nabina Mustafa Rasulillahi alaihi was salam. Dengan jerih payah baginda dan para sahabat berjuang menegakkan kalimat Allah ini, tersampai jualah Islam kepada kita pada saat ini. Dan moga-moga dengan nafas Islam ini mencambah kebaikan buat ummah umumnya.

Usia dewasa sering orang kaitkan dengan perkahwinan. Hingga pada satu-satu masa dalam satu bulatan diskusi, topic pernikahan dan perkahwinan sering penjadi topic utama. Saya yakin ia tidak berlangsung dalam kalangan wanita atauapun akhawat sahaja, bahkan ia tentu lebih rancak dibincang di sebelah ikhwah atau lelaki.

Pelik?

Tidak, ia bukan satu perkara yang perlu dipelikkan. Walhal pada ambang usia dewasa ini, ia harus dibincang secara matang. Namun, saya akui bahawa ramai diluar sana rasa seronok untuk berkahwin kerana pada ‘keseronokan halal’ selepas akad perkahwinan semata-mata. Pemikiran seperti ini tidak memberi matlamat yang jelas tentang asal perkahwinan tersebut. Sedangkan maqasid ataupun tujuan syariah meletakkan perkahwinan ini adalah untuk menjaga agama dan nasab keturunan. Demikian itu, perancanagn yang jelas perlu disusun untuk sebuah keluarga yang diredhai Allah.

Hemat saya, perkahwinan selain menghalalkan apa yang diharamkan Allah sebelum pernikahan, ia juga tertumpu kepada strategi dan perkaderan membina generasi dari darah daging yang sama.. Pembinaan generasi harus dirancang dengan baik agar perkahwinan bukan tempat bermadu kasih semata. Zuriat yang bakal dilahirkan adalah asset berharga buat masa depan ummah yang mendatang.

Anehnya, sesetengah anak muda selalu memandang perkahwinan adalah jalan bersuka dan gembira sahaja. Hingga terlupa persedian sebelum menjadi pasangan hidup pada orang lain itu jauh lebih penting untuk sebuah persedian yang tersusun. Masakan seoarng suami kurang ilmunya tentang ilmu rumah tangga serta mengurus tanggungjawab dengan sempurna? Dan seorang isteri pula jahil tentang tanggungjawab dan peranan mereka selepas bergelar seorang suri bagi sang suami? Lalu rumah yang didiami sering sahaja sunyi dari dibasahi degan nur dan iman sebagai pasangan mukmin. Yang dalamnnya hanya terdapat tawa, hiburan dan senda gurau yang berlarutan.

Akhawat demand

Bila bergelar seorang akhawat, sinonimnya pada mereka pasti tertampak cantiknya bertudung litup, kemas dengan busana syariah, bersopan dan berakhlak mulia. Dengan hal itu, tentu sahaja ramai ikhwah yang tampan lagi bergaya dengan agamanya, datang melamar akhawat demi menyempurnakan lagi agama mereka. Sama ada mereka melalaui orang tengah, wasilah murabbi mereka mahupun bertemu secara langsung dengan wali para akhawat. Sedar dan akui bahawa usia yang mereka lalui ini sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga yang lebih mencabar.

Namun di satu sudut lain, rupanya ada sebilangan akhawat ini terlampau memilih dengan pasangan mereka. Hingga sering mereka rasakan ikhwah yang hadir melamar mereka itu bukan ‘taste’ mereka. lalu mereka menyenarai panjangkan ciri-ciri lelaki idaman yang mereka harapkan.

·        Saya nak dia mesti macho
·        Anak datuk
·        Tinggi dan tough
·        Bercermin mata
·        Kulit sawo matang, tidak gelap dan tidak putih sangat
·        Belajar oversea
·        Bukan ustaz, paling kurang doktor
·        Gaji mesti 4000 and above
·        Bla.. bla.. bla..


Hamboi demandnya !

Para Akhawat, anda mahu lelaki / ikhwah sebegitu untuk pasangan hidup anda, lalu anda  pula bagaimana ? Terlalu sempurnakah anda? Rupa paras hanya bentuk yang subjektif yang kelak nanti berubah-rubah ditelan zaman, bahkan kehidupan berpasangan adalah kehidupan yang panjang yang perlu dilalui bersama.


Hingga datang seorang ikhwah yang baik akhlaknya, baik agamanya, cantik rupa parasnya, cukup ilmu nya datang melamar akhawat, lalu ditolak mentah-mentah. Tanpa sempat diberi peluang membuat pilihan dan istkharah. Bukankah ini satu perkara yang mejelikkan? Hadis Nabi menyebut: 


إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِيْنَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوْهُ، إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيْضٌ
“Apabila seseorang yang kalian ridhai agama dan akhlaknya datang kepada kalian untuk meminang wanita kalian, maka hendaknya kalian menikahkan orang tersebut dengan wanita kalian. Bila kalian tidak melakukannya niscaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. At-Tirmidzi no. 1084)

Tolak secara mentah-mentah ini adalah suatu tindakan yang kurang matang. Ia seolah menutup jalan kebaikan dengan tidak menyatakan sebab dan alasan. Bahkan tidak pula memberi peluang melalui jalan istikharah ataupun pilihan.

Walaupun fakta menujukkan nisbah lelaki lebih banyak daripada wanita iaitu dengan nisbah 106:100 bersamaan 14.56 juta orang lelaki berbanding 13.77 jumlah wanita. Namun perkiraan ini merangkumi jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada dua tahun yang lalu seramai 28.3 juta penduduk. Ia tidak termasuk pecahan peratus penduduk Islam yang belum berkahwin.  (Sumber : BH / 30 Julai 2011)

Wanita banyak pilihan


Tidak kurang juga selain demand dengan ciri-ciri yang ditetapkan, akhawat sering merasa diri mereka muda untuk memikirkan  perihal rumah tangga dan alam perkahwinan. Dan lebih pelik, ada juga merasakan mereka masih kanak-kanak biarpun usia sudah mereka pun menjengah ke angka puluhan tahun. Ia suatu yang ironi !

Meski pun kita masih belum bersedia untuk semua itu, namun paling tidak kita harus meyediakan diri kita untuk memikir soal itu. Harus matang dalam membuat satu-satu keputusan yang mendatang. Berfikir  menggunakan rasional akal bukan nafsu dan perasaan yang sering merosakkan. Akhirnya, natijahnya akhawat sering menjadi andartu akibat terlampau merasakan diri mereka masih muda untuk berfikir sejauh itu.

Walaupun kita masih belum bersedia menghadapi ranjau alam rumah tangga yang mendatang, lalu apa usaha kita untuk mendepaninya? Apakah kita mahu duduk bersahaja? Melayan rasa kanak-kanak kita ? Atau menanti satu keajaiban yang bakal diturunkan ? Bukankah akhawat harus persiapkan diri mereka menjadi wanita solehah yang nanti bakal menyejukkan rumah tangga yang bahagia. Persiapkan diri dengan ilmu sebagai isteri dan ibu buat anak-anak yang bakal dilahirkan. Dan ini adalah perlu. Jika kita tiada persedian ini, maka selamanya kita sentiasa tidak akan bersedia untuk menghadapi satu lagi tangga kehidupan, berumahtangga dengan acuan dan didikan Islam.

Saya bimbang, kelak usia akhawat melewati usia tiga puluhan, kita mula rungsing memikirkan soal masa depan kita. Sedang di suatu sesi kehidupan teman-teman kita yang lain, mereka sedang gembira  membina dan mencetak generasi mereka untuk meneruskan rantai perjuangan agama ini. Sedang kita masih menunggu di tangga pintu rumah, menanti si dia datang melamar kita. Entahkan esok, entahlan lusa. Entahkan bila, kita juga yang derita!

Namun yakinlah, jika kita benar-benar ikhlas dengan perjuangan kita ini, sentiasa mengadu dan mengharap pada Allah, tentu Dia sudah ada rencana yang terbaik buat masa depan kita !  In sha Allah, Biiznillah. Itupun bila kita berusaha dan melakukan perobahan pada diri kita.

Nota SK:

Akhawat fillah,

Saya bukan seorang isteri yang punya pengalaman berumah tangga, bahkan saya juga bukan seorang ibu yang punya cara mendidik anak beragama. Saya cuma seorang akhawat yang sering mendapat tempias ibrah dari kisah pengalaman akhawat yang lain. Sedang di suatu sudut saya masih memikirkan diri saya, datang beberapa akhawat mengadu perihal diri mereka. Apakah masa itu saya akan kekal memikir tentang diri saya, sedang akhawat saya rungsing mencari jalan keluar kehidupan mendatang mereka. Dan dari situ saya sering diajar Allah melalui jalan cerita mereka.

Saya tidak nafikan kita perlu bijak memilih pasangan, namun Bersederhana lah kita !
Nota ini juga buat para ikhwah yang budiman, jangan terlalu demand memilih akhawat. ^_^

Post ini bukan bertujuan meggalakkan perkahwinan dalam usia muda, tetapi memudahkan pernikahan. Moga bermanfaat. 

Dataran Syam, Mutah.   
6 April 2013/ 6:14pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...