✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

ada ke kebetulan ?


dalam dunia ini ada ke yang Allah ciptakan secara kebetulan?

Mamat A lahir pada 12.12.12 dan Mamat B pun lahir pada tarikh yang sama. apakah ia juga dikira satu kebetulan. padahal Mamat A dan B tidak saling mengenali pun. bahkan jauh sekali mereka kembar atau sama ibu yang melaahirkan.

ajaib bukan. 

setiap sesuatu yang Allah cipta itu tiada yang kebetulan melainkan terkandung hikmah-hikmah yang tersendiri.

pasti dalam kalangan kita selalu je melalui perkara-perkara yang dijangka sebagai kebetulan bukan?

~tiba-tiba je terserempak dengan kawan lama dekat shopping mall, padahal baru je tadi hati kita terdetik teringat kat dia. tup tup, terjumpa pulak. ouhhh kebetulan tu.

~terserempak dengan dia lah,  si A lah, si B lah dalam keadaan yang memang tak disangka-sangka. ouhh kebetulan tu..

khilafnya dari Imanku..



air mata yang mengalir diseka
entah berapa kali mata itu membengkak
kadang malu menghadap muka ke cermin
ah tidak comel nya muka bila menangis
tapi lebih rela membiarkan ia mengalir
terasa puas di hati
terasa lepas lelah didada

akukah yang bersalah?
mengapa ukhuwah ini compang camping?
mengapa rabak dan rapuh
puas aku muhasabah
puas aku menyalahkan diri
akulah punca segalanya
bukannya dia bukannya mereka

Meraikan Khilaf



ikhtilaf (perbezaan) atau khilaf (pertikaian) dan berbeza pendapat adalah menjadi 'adi ( kebiasaan) bagi manusia. ianya fitrah.

bercanggah pendapat dalam sesuatu isu atau masalah adalah perkara biasa. dan ianya menjadi lebih biasa dalam kalangan aktivis-aktivis dakwah. bahkan kadang kala dalam bab percanggahan pendapat ini jika tidak diselitkan dengan berlapang dada maka akan berbuahlah nilai-nilai mazmumah seperti bertelagah, bergaduh, bertikam lidah dan saling memburukkan.

tidakkah ia dipandang jegkel jika sekiranya mazmumah yang tersemai ini hasil daripada perbezaan pendapat dalam kalangan daei atau aktivis dakwah. mereka yang memahami Islam.

kalau perbincangan tentang khilaf dari sudut fiqh perbandingan mazhab, maka ia memang menyeronokkan. tapi jika dari sudut perbincangan untuk menghapuskan khilaf dan menyatukan semua pendapat, maka ia satu usaha yang sia-sia dan amat membosankan.

sifar khilaf adalah mustahil. memaksa orang lain mengikut pendapat yang dirasakan betul adalah satu kebodohan. berlapang dada merupakan penyelesaian.


sukarkah berlapang dada dan menghormati pendapat orang lain?

kemusykilan dalam diri ini semakin kuat. rasa aneh dan ganjil terhadap daei yang melabelkan dirinya daei. jengkelnya, mengapa perkara ikhtilaf dan furu'iyah (perkara cabang) dalam sesuatu perkara dijadikan isu dan diperbesarkan. keanehan semakin bertambah bilamana topik dan komen perbincanggan dalam perkara furu'iyyah ini dilihat seperti ingin menjatuhkan sesama sendiri.

lalu, tertampaklah pada butir bicara, penulisan dan gaya ayat seolah mendabik dada, ego dan bongkak!

sombong dengan ilmu yang dimilki. bukankah Allah mengajar kita untuk bertawadhu' pada ilmuNya. sentiasa merasakan ada sesuatu yang lebih hebat dari diri sendiri. Dia yang Maha Hebat dari segalanya. lalu, mengapa harus merendahkan yang lain dengan butir bicara yang kurang enak dan manis untuk dilantun.

dimanakah akhlak yang terpantul? mengapa tidak seiring dengan ilmu yang dituntut..?

akhirnya bila para duat asyik bertelagah maka akan terbantutlah gerak kerja, amal tidak berbuah malah mendatangkan pekerjaan yang sia-sia dan membuang masa.

lebih parah lagi, bila ada yang mula bertindak mengecil atau terkecil hati, lalu tidak bertegur sapa dan kesannya  merapuhkan pula  sebuah silaturrahim. tidakkah ia merugikan.. 


dan bila ada yang cuba menegur..

"ada polis moral lah.."
"ada penasihat lah..."
"jumudddd lah..."
"syadiddddd lah...."

erk! dimana nilaian teguran itu diambil sebagai peringatan. lekeh sangat kah peringatan yang diberi oleh orang lain. terlalu baguskah diri sehingga merasakan teguran itu tidak perlu.

ingat lah semula firmanNya :

وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
"dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat kepada org mu'min."

siapa jua yang datang kepada kita dalam  menyampaikan peringatan perlulah diambil. meskipun seorang hamba habsyi yang datang memberi peringatan kepada pemerintah besar, raja misalnya. 

siapa jua mereka. berpangkat tinggi mahupun rendah. kaya mahupun miskin. tua ataupun muda. apatah lagi sesama daei sendiri. hakikatnya kita semuanya sama. bezanya disisi Allah dinilai pada ketaqwaan. lalu, mengapa harus wujud rasa bongkak dan mendabik dada? wa'iyazubillah.


bagaimana ingin menyelesaiakan masalah ikhtilaf ini?

kita soroti sirah-sirah para daei yang terdahulu. ibrah-ibrah dari ulama'-ulama' agung yang mahsyur pada zaman kegemilangan Islam di sekitar era perkembangan fiqh seketika dahulu. bagaimana 4 mazhab agung (Maliki, Hanafi, Hambali dan Syafei) berbeza pendapat dalam banyak perihal hukum hakam fiqh ketika itu.

dan bagaimana pula mereka menghormati pendapat sesama sendiri. bahkan Imam Syafie yang pernah berguru dengan Maliki sendiri juga berbeza pendapat. sedangkan jika dilihat semula, masakan anak murid boleh ada khilaf dengan tok guru sendiri.

dan pada ketika itu bertapalah mereka menghormati dan berlapang dada dengan ijtihad sesama mereka. dan sepakat pada perkara yang i'tifaq. natijahnya, keempat-empat mazhab ini masih diguna pakai mengikut kesesuaian waqie sesuatu tempat. 

Mursyid haraki, Al Banna juga bukankah telah mengajar agar:

"berlapang dada pada perkara ikhtilaf dan berkerjasama dalam perkara yang disepakati"

~raikan kekhilafan dengan tujuan bersama bukan untuk berpecah.

kurangkan cemuhan, dan perbanyakkan istighfar.

meskipun pendapat kita diterima ramai, perbanyakkan istighfar.

dan sekiranya ditolak, ucapkan hamdalah. barangkali ada hikmah mengapa Allah tidak mengizinkan pendapat kita diterima. mungkin saja terdapat kelemahan disebaliknya.

belajarlah menghormati dan bersifat tawadhu' dalam segala hal. tutuplah lobang-lobang keburukan dalam kalangan daei. tempelkan dengan kebaikan dan kebajikan. jika semua mengamalkan adab-adab dalam berkhilaf, maka Insya Allah perbalahan akan semakin reda dan beransur-ansur selesai. itulah yang dilaungkan para ulama dan du'at zaman berzaman.

mencapai hadaf besar itu perlu lebih dititkberatkan daripada bertelagah dalam perkara cabang yang tidak membuahkan amal.

~salam muhasabah, kredit untuk penulis sendiri..


note: hakikatnya ikhtilaf dan khilaf dalam erti istilahan (terminologi) yang sebenar mengandungi dua makna dan perbahasan yang berbeza. namun, penulis hanya mengambil dari sudut literasi sahaja. nanti kalau rajin, penulis akan post berkaitan khilaf dan ikhtilaf. satu perbahasan yang menarik. :)

filter dalam dakwah


firman Allah Swt dalam ayat 8:37


"supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya ditumpukkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi."



filter. atau bahasa melayunya tapis.

tapisan dalam jalan dakwah dan tarbiyah sentiasa akan berlangsung buat para daei. Proses tarbiyah merupakan satu proses yang panjang, ianya berlaku madal hayah, atau maksudnya sepanjang hayat. Dan disepanjang jalan dakwah itu pasti akan adanya fitnah-fitnah yang bisa menyebabkan kita keciciran atau tertapis.




"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung"


dalam ayat ini Allah menyatakan 'segolongan', bukannya keseluruhan. Ini bermakna di antara kita hanya ada sebahagian yang akan terpilih untuk melalui tugas mulia ini.

Itulah tapisan pertama...yang memilih kita untuk menjadi peserta tarbiyah.

Namun tapisan itu tidak berhenti di situ.

Allah akan sentiasa membuat tapisan demi tapisan buat kita. jangan kita berasa selesa berada di atas jalan dakwah ini. semakin lama di atas jalan ini, semakin banyak pula tapisan yang dibuat.

bagi mereka yang berada di marhalah atau peringkat taarif (pengenalan) berbeza pula tapisannya bagi mereka yang sudah berada di medan amal. di medan tanfiz (perlaksanaan).

begitulah seterusnya. setiap individu dakwah itu memiliki tapisan tersendiri mengikut keadaan mereka. tidak bermakna mereka yang hebat dipentas dakwah akan terus kekal hebat sehingga bila-bila. 

tidak. barangkali saja ia tersungkur terduduk untuk melepasi marhalah-marhalah yang lebih besar.

mengapa perlu pada tapisan? meskipun telah berada dalam lingkungan tarbiyah?

mungkin Allah inginkan sesuatu yang terbaik untuk mengangkat kembali Islam ini. tidaklah ia dipimpin oleh tangan para munafik, pengecut dan si futur.

sebab itu Allah hadiahkan tapisan demi tapisan..

bahkan tapisan itu jugak adalah hadiah ujian dari Allah. pasti ia terkandung hikmah disebaliknya.

~nak tapis air pon banyak stage kan.. apatah lagi nak tapis manusia.. :))

tapi..

BEGINIKAH SIKAP DAEI TERHADAP MAD'U NYA??

pada satu ketika terdapat seorang adik telah menolak ajakan seorang akahwat yang ingin membawanya ke suatu program tarbiyah. setelah ajakan itu ditolak secara baik oleh adik tersebut, akhawat yang bergelar daei ini terus berkata:

takpe lah kalau adik tak nak ikut.
dalam tarbiyah ni memang akan ada tapisan-tapisan.
tapisan dari Allah kan.

gulp! 

patutkah ayat itu dilontar dihadapan mad'u sendiri?

biarpun benar memang ia tapisan dari Allah, tapi tidak wajar ia dilontar sedemikian rupa. 

begitukah sikap daei terhadap mad'u nya. terhadap mad'u yang baru ingin mengenal Islam secara dekat dan hampir. begitukah sikapnya?

menagis adik tersebut mendengar kata-kata akhawat itu.

daei harusnya menjaga sikap dan akhlaknya dihadapan mad'u. jangan kerana dakwah kita gagal dalam mengajaknya, lalu perkataan yang kurang enak dilontorkan sebagai tanda melepaskan lelah kita selama ini. 

tidak bermakna keenganannya dalam menyertai mana-mana program melambangkan kegagalan dakwah kita. bahkan ia sama sekali tidak menjadi kayu ukur keberhasilan dakwah kita tersebut.

kerana hati itu milik Allah. ia diukur dari dalam hati. dari luasnnya hidayah itu terbuka.

dan perlu ingat: pendakwah bukan hadafnya ingin menyeru kepada kumpulan-kumpulan atau jemaah terentu. tetapi menyeru kepda Allah dan Islam.

inilah kesilapan besar yang sering diulangi oleh para daei. bilamana hadaf utama seruan mereka lari dari Allah sebagai tujuannya. 

inginkan ahli bertambah dalam sesebuah gerakan menjadi pokok utama. mengejar kuantiti lebih dari segalnya.

apakah?

awas! anda tersilap.


bilamana kita meletakkan dakwah kita ini bersandar kepada sesuatu selain Allah, maka hasil dan natijahnya adalah lahir dari apa yang kita sandarkan tadi.

ia tidak berkualiti. hambar dan lesu.

maka sia-sialah ukhuwah yang dijalin atas dasar kebersamaan fikrah yang menjadi titik sekufunya. sia-sialah ukhuwah yang terjalin atas dasar mengumpul manusia kepada sesebuah gerakan atau kumpulan semata-mata.

saya katakan sekali lagi: ianya sia-sia.

kembalilah kepada Allah  sebagai tujuan.

baiki niat dari semasa ke semasa agar dakwah kita ini bukan kerana sesiapa atau apa-apa.

tetapi kerana Allah.


tapisan memang akan sering berlaku, maka tidak mustahil saat kita merasa gah dan gencar di atas jalan dakwah ini, pada tika itulah barangkali Allah sedang menapisi kita mengikut acuannya. 

moga-moga kita tergolong dalm golongan yang tertapis. insha Allah.


tertampar dimuka sendiri..


cuba try tampar muka sendiri, sakit tak? 
atau cuba mintak orang lain tolong tamparkan. apa pula rasanya yer??


teringat pesan seorang murabbi:

"adalah menjadi keAIBAN bagi seorang DAEI yang bangun selepas azan subuh!"

PANG PANG PANG!!!

hoho... rasa macam kena penampar lagi sedap berbanding kena sindir demikian.

aduihhh.. malunya DIRI hendak mengaku sebagai Daei..

malu teramat sangat..

kisah yang berlaku di dataran syam ini..

(sedang melalui musim sejuk yang sejukkk sangat.. maklumlah firstime jejak kaki ke negara 4 musim, so ini adalah sejuk yang firstime rasa memang tokleh challange ais box kat rumah lah..yang terpaling exited masa mula-mula sejuk haritu, mulut keluar kepulan-kepulan asap..haha. orang kata macam dalam cerita korea kot..  )

aibnya bagi seorang daei bangun selepas azan SUBUH,.. ye memang AIBBBB!!

takkan lah musim sejuk yang menggigit tulang ni mahu dijadikan alasan yang berpanjangan untuk tidak bangun malam?. mahunya musim sejuk yang mencecah 0 degree bakal berterusan sekitar 4 bulan.. 

jika demikian, maka merundum lah amal. berkuranglah kekuatan ruhi.

memang tidak dinafikan, musim sejuk di Jordan ini sangat sangatttttt membuatkan ramai daei tertidur dengan nyenyaknya walaupun alarm henset telah pon berbunyi berkali-kali.

bukannya tidak sedar. bahkan lagu yang berkumandang pada alarm yang telah disetkan itu mampu dihafal setiap bait yang terlantun keluar.

tapi, kesejukan yang mengiggit tulang, sangatttt sangattt lebih diperlukan selimut tebal membaluti tubuh berbanding bangun membersihkan diri, menjejakkan kaki ke bilik air dan seterusnya mengigil-gigil untuk berwudhu' pula..

ye. memang tidak dinafikan..ini benar.

bahkan ramai anak muda agamawan di dataran anbiya' ini syahid tidak berjaga sehingga lah azan subuh berkumandang..

itupon duk fikir dua tiga kali, nak masuk bilik air sekarang ke atau lagi 5-10 minit lagi..

ada yang lebih memalangkan lagi apabila ada juga sesetengah daei terjaga untuk bersolat subuh pada waktu "SUBUH DINASOUR" (mulalah nak kelam kabut masing-masing)

aduhaiiiiii daeii...

lemahnya jasadmu..

lemahnya ruh mu..

dan yang lebih lemah adalah IMANmu..

masakan musim sejuk yang Allah hadiahkan sebagai ujian untuk berjaga malam ini kita tertewas dengannya.

SEDANGKAN RASULULLAH:

"apabila tibanya musim syita' (musim sejuk) baginda memperbanyakkan puasa kerana pendeknya siang dan memperbanyakkan QIAMULAIL kerana malamnya yang panjang.."

lantarann kita pula bagaimana?

sudah lah puasa pon malas.. (sy tahu, time musim sejuk ni kita memang sangat-sanagt lapau..faham faham..asyik nak kunyah jer kan..)

ada orang kata, badan kita perlukan memproses makanan untuk menghasilkan haba--->so nanti badan kita pun panas jugakk.. erkkk.. yeker camtuh..

makan banyak pon masih tetap sejuk jugakkk.. camana tuh?.. (yang berkenaan mungkin buat eksperimen keatas diri sendiri kot.. husnuzhon...)

dan dan dan .... apatah lagi untuk bagun bertahajud di persetiga malam.

maka tepuklah dada tanyalah iman.


malu bergelar daei saat malam yang panjang di musim sejuk tidak mampu bangun membesarkan Allah. siapalah lagi yang ingin memohon maghfirah dari Tuhannya kalau bukan kita. siapa lagi yang ingin menghidupkan malam yang pekat dengan merintih harap kepada Tuhannya..

lalu bagaimana amal kita mahu sejalan dan selari dengan ibadah. kalau dua pertiga malam ini kita gagal hidupkannya. dan bagaimana pula gerak kerja dakwah aka DNT mahu hidup subur menyubur serta segar bugar jika malam pekat yang sunyi itu masih kekal sunyi tanpa suara-suara si hamba..

tidak malukah diri? 


sedarlah wahai daei. Allah mengujimu melalui perubahan cuaca yang tidak menentu. sejuk yang bakal berterusan sejuknya sehingga mencecah ke negative degree..

maka pada saat itu, apakah kita masih gagah untuk bangun di tengah-tengah malam, menyembamkan muka ke bumi sujud dan sujud kepada Nya. 

bimbang dikala itu berguguran air mata mengalir...

mengalir kerana menahan kesejukan.. (sadisnya dikala ini..)

sungguh, Allah merindui tangisan kita.

merindui rintihan hamba-hambanya..

bangunlah malam biarpun sekali dalam seminggu. sementara sejuk yang masih belum mencapai tahap kelampauannya.. 

saat kita bangun bermujahadah melawan nafsu tidur, dugaan sejuk dan berdukacitanya untuk memasuki bilik air, maka pada saat itulah dikira jihad kita yang terbesar untuk berjaga malam membesarkanNya.

alangkah indahnya, tika saat kita bersusah payah melawan kesejukan pagi ketika itu, lantas Allah memerintahkan malaikatnya mencabut nyawa kita. tidakkah itu dikira sebagai nikmat.

Allahu allah.. manisnya jika kita dipilih Allah menghadapNya dikala itu.

tidaklah Allah menciptakan malam itu melainkan memberi ruang kepada hambaNya beribadah dan beristirehat.

beristirehatlah dengan berbicara banyak bersama Tuhanmu..

kan indah saat kita ingat Allah lebih banyak daripada kita ingat menda-menda lain..

~peringatan di kredit untuk diri sendiri...~

terasa macam kena penampar kuat-kuat.. muhasabah-muhasabah.. sobs sobs.

maka bergembiralah kamu yang berada di Malaysia atau negara-neagra yang tidak mengalami musim sejuk sekarang ini. berbahagialah kalian untuk gagah bangun malam tanpa sebarang alasan.. alhamdulillah kan.. :') tiba-tiba rasa nak balek Malaysiaaaa...!!! gagah dan gagak ok!

cik serikandi kaktus harus gagah seperti kaktus ye! kata daei.. yeker? buktikan!

buat penasihat setia HATIKU

"boleh tak awak jangan degil!"

tangan saya ditarik kasar. 

"saya kata naik coster, naik lah! jangan ngada-ngada nak jalan kaki.."

ek eleh.. bukan jauh sangat pon dari jamiah nak ke rumah.. leceh lah dia ni.. aduishhh.. memberontak hati kecil saya.

ni yang payah ni bila balik sekumpulan dengan kawan-kawan yang dah memeng akrab dengan kita. nak buat ni tak boleh. yang tu tak boleh. bak kata seorang teman tu:

"untunglah hang ada penasihat setiaaaaa..."

"dah sakit nanti, jangan terhegeh-hegeh nak kol saya yer..menangis lah sorang-sorang" (ayat diedit sikit, supaya nmpak lbh cantekkk) - sekali dengan muka-mukanya ditarik sama menunjukkan kemarahnnya kepada saya.

langkah kaki diatur. merentasi medan pertempuran peperangan Mu'tah. first time kot jalan kaki. so rasa macam sangat zuqqqqq lalui kawasan yang menjadi laluan utama ke jamiah..

jauh jugak jalan kaki ni. dan boleh tahan penat jugak yer.. jasad tak penat. tapi si kaki yang bekerja untuk menggerakkan jasad ni sangat penat dan letih..

kesian dia.. dalam hati pun cakap: HAHA padan muka kau, gatal sangat nak jalan kaki. kan dah sakit..

kali ni kalau kaki ni sakit: terpaksa lah pendam sorang-sorang dan muka biar nampak cool. bak kata orang: buat-buat ok dan sihat.. so, saya dah tak pening kan kepala sesiapa termasuk penasihat saya. :P

** jarak jamiah ke rumah lebih kurang macam jauh asrama banat kat dq nak ke pekan koboi KKB. jauh tak?? dekat ke kan.. lebih kurang 30-40 minit lah.

awak sakit ke, tak ke lepas ni, saya dah tak nak amik tahu dah!
saya kecewa. saya dah penat. saya dah habis daya. terpulang awak. semoga bahagia..

komen dari fb ini sangattttttttt buat saya terduduk sedih.
dari nada yang bergurau senda, tiba-tiba saya tersentak.
rasa macam kena ragut hati ni. disentap kuat. 

butir bicara ini seakan saya tidak percaya keluar dari hati sahabat yang saya sayangi. 
sahabat yang sering memberi saya semangat meneruskan langkah di bumi Mu'tah ini. 
sahabat yang tidak henti-henti menasihati saya akan kesihatan saya. 
sahabat yang saya sering berkongsi rasa atas kesakitan ini. 
sahabat yang menjadi juru cakap saya berhadapan dengan doktor disini.
sahabat yang menjadi bahu ketika saya perlu.
sahabat yang itu... dialah sahabat yang ini... 
segala macam tentang dia kerana menjadi sahabat saya...

lama saya duduk bermuhasabah.

betul ke saya ni memang degil. berkali kali saya menyalahkan diri saya.

awak...

saya tak tahu nak terang cara yang bagaimana.
masakan saya sengaja memilih jalan kemudaratan untuk diri saya sendiri.
masakan saya sengaja mencari kesusahan atas diri saya dan orang lain.
masakan saya sengaja membiarkan sakit saya berlarutan.

siapa yang tidak sedih bila diatasnya Allah timpakan segala macam ujian.
siapa yang tidak ada ikhtiar untuk rawat ujian-ujian yang melanda.

dan saya sekali tidak mahu menyusahkan sesiapa atas ujian ini.

awak tahu kenapa saya memilih untuk berjalan kaki?
sengajakah saya nak memberi mudarat tambahan keatas kaki saya.
sengajakah saya nak bersusah payah menapak sendiri.
sengajakah?

banyak saya fikir.

apa yang saya fikir ini, saya tidak mahu nyatakan disini. 
tapi cukuplah awak tahu, saya bukan sengaja memilih jalan ini. 

dannnnnnnn....

saya tahu awak sayang saya. sebab tu awak marah kan. sebab tu awak membebel macam mak tiri kan. sebab tu awak buat semua kat saya sebab tak moh saya sakit kan..?

saya tahu!

so, saya mintak maaf. saya akan buat lagi untuk berjalan kaki ke jamiah untuk masa yang seterusnya..HAHA.

apa pon: saya nak bagitahu kat sini: 

SAYA SAYANGGGGGGGGGGGGGG AWAK! 


fullstop!

marah lah saya lagi. saya suker.

saya suker ada penasihat setia dan doktor tidak terlatih disisi. hehehe.

~awak jangan marah saya lagi ye. saya ikut cakap awak, cume kadang-kadang cubalah sekali sekala awak dengar pulak cakap dari HATI saya ni ye.. saya takde ayat bermadah lagi puitis buat awak saya tak pandai macam 'Abidah. maaf yer.. just want to say: Iam SORRY!

~awak dan saya!~


moga Allah menjadikan ukhuwah ini sebagai ibadah dalam mendekatkan cinta kepada Nya. ameen!

awak: adalah dia yang menjadi penasihat saya di bumi Mu'tah ini.. 

musafir di Irbid

          

Alhamdulillah selamat kembali ke dataran Mu'tah semula setelah dua hari bermusafir di Irbid. sayu hati saat ingin meninggalkan acik Madihah, teman seperjungan di kampus dq dahulu keseoranagn di bumi itu. bukannya dia tiada kawan, tapi pasti rasa asing saat dia sendiri harus menongkah hidup tanpa sahabat seperjuanagn yang lain di bumi arab itu.

menitis juga air mata akhirnya. 

hanya doa mampu mengiringi agar dia tabah lalui hidup disana.

kalau bukan kerana Allah, bukan kerana atas nama sebuah ukhuwah antara saya dan juga acik, mana mungkin kaki saya mampu berpijak di bumi itu. mana mungkin saya dapat rasai nikmat pengalaman sepanjang perjalanan tanpa senior bersama kami.

segalanya diatur sendiri. dipandu petunjuk dari Allah.

pengalaman yang mengajar. yang penuh seribu satu ibrah.

dan tanpa disangka saya bertemu dengan naqibah saya di Irbid. Along Asmaq Mazalan. kebetulan tempat kami bermalam adalah dalam sebuah rumah yang sama

Allah sahaja tahu bagaiamana tika itu perasaan saya.

saya peluknya eratttttt.. setahun berpisah tidak bertemu dengannya. 

akhirnya jasad yang terpisah antara bumi Mafraq dan Mu'tah menemukan kami di medan Yarmouk, Irbid.

taujih dan nasihat dikongsikan dalam satu halaqah sebelum along (naqibah saya) bertolak balik ke Mafraq. rindunya saat lutut ini bertemu dengan lututnya dalam sebuah halaqah. dialah insan yang banyak mendidik dan mentarbiyah ruhi dan jasadi kami adik beradik. indahnya saat kami mula dibentuk dan ditakwinkan dalam satu proses pentarbiyahan..

kami diingatkan tentang pentingnya penerusan dakwah dan tarbiyah di bumi arab ini. pentingnya perjuangan ini diteruskan. tiada noktah mahupon koma dalam agenda tarbiyah ini.

satu pesanan yang sangat membuatkan saya rasa perghhhhhhhhh... zapppppp gilerr (Allah, tak tawadhu nya ayat ni..) :

pernah seorang murabbi ditanya oleh seorang mahasiswa:

ustaz, bagaimana ye jika seorang itu yang dia sangat aktif dan hebat di Malaysia dahulu, dan tiba saat dia tiba di negara arab ini, dia ingin meng'khalikan' dirinya dalam perjuangan'? bolehke?

ok. minta dia beri tarikh kematiannya bila. kalau dia tahu bila, silalah khalikan diri bila bila masa dia mahu..

perghh.. sangattttt zappppp lah.. masuk terus dalam hati. hingga menitis air mata saya mendengarnya.

sedarlah kami bahawa perjuangan ini tiada R&R mahupon chalet untuk merehatkan diri. ia berterusan, mustamirran dan harus istiqamah. saat baiah kepada Allah diungkapkan untuk mewaqafkan diri pada jalan ini, maka sehingga bila-bila lah ia tiada perhentian. harus dan mesti diteruskan. mati dan ajal yang dirahsiakan Allah tarikh dan masanya adalah sangat besar hikmahnya. 

jika dimaklumkan masa dan tarikhnya (ajal dan juga kematian) sudah pasti tiada siapa yang mahu lakukakan kejahatan. sudah pasti mereka akan berlagak alim mengalahkan ulama'. dan sudah pasti tiada yang akan bergoyang kaki memeluk tubuh sahaja. pasti mereka berlumba-lumba mengejar kebajikan dan kebaikan.




tidak sia-sialah permusafiran kami ini. alhamdulillah

ertanya ukhuwah, bertambahnya thaqafah, banyaknya ibrah.

moga Allah merahmati permusafiran kami semua. ameen..

~mula lah bersejuk-sejukan di bumi Mu'tah ini.. acik madihah, hg doakan kami yek!

*terima kasih kepada ustaz muraqib pergi dan juga balik.. bertapa pentingnya muraqib sepanjang bermusafir. ingat tu akhawat, jangan main redah jer nak keluar mana-mana kat negara arab ni. ingat, ni bukan Malaysia, ok. even, memang kita yakin pon Allah ada bersama kita, masyi cakap arab dan otak mapping sekalipun, tapi harus ingat lelaki arab, malang mahupon bala tidak mengenal siapa. HAZAR itu PENTING!

wallahu'alam.

DQ versus MU'TAH.

~moga3 Allah memberkati penulisan saya ini. Alhmdulillah kesempatan yang lama ditunggu, akhirnya Allah izinkan saya untuk menulis sesuatu di belog saya ini.


~mencari barakah al quran..~


saat ini jika ditanya kepada saya:

yang mana lebih kamu cintai antara DQ dan MU'TAH?

yang mana lebih kamu inginkan? kembali semula ke DQ atau teruskan musafir di MU'TAH ini..

pasti jawapan saya : DQ lebih saya cintai dari segalanya..!

saya rindukan tarbiyah DQ.. ! serius, saya sangat merindui detik detik di sana satu masa lalu. tapi pasti ia mustahil untuk saya kembali pada saaat itu. pasti mustahil.

apa kurangnya Mu'tah? bukankah ia lebih barakah dari DQ yang hanya satu daerah kecil dipelusuk hujung Selangor. yang rata rata masyarakat bandar di sana langsung tidak pernah mengenali penduduk DQ. malah mereka merasakan satu nama baru dalam kamus institut pengajian tinggi dalam kepala mereka. 

ye, DQ memang tidak semegah UIA, UKM, UM dan IPT IPTS tempatan yang lain. ia hanya dikenali oleh masyarakat agama sahaja. ada yang langsung tidak mengetahui kewujudannya.

tapi apa yang istimewanya Dq bagi saya.

Ia sangat istimewa. tiada tandingan yang lainnya.

awal kemasukan kami, kami ditarbiyah secara direct oleh para murrabi dan murrabiyah disana. seminggu bersama mereka. tarbiyah yang disentuh oleh mereka yang menghafal al Quran dan mereka yang mengamalkan al quran dalam kehidupan. kemudian diteruskan pula tarbiyah secara khusus oleh pimpinan di sana. generasi al quran ini terus menerus mentarbiyah kami tanpa meninggalkan kami terkapai kapai di daerah barakah itu.

tangan yang mentarbiyah itu juga lahir dari golongan huffazul quran, meskipun mereka hanya senior kami yang beza hanya 2 3 tahun. tapi kandungan tarbiyah yang mereka terapkan tidak lari dari acuan al quran. manhaj nya tersibghah oleh sibghah Allah.

pembawakan mereka memang syadid. (baca: keras) sesyadid yang tidak pernah terbayang oleh akal fikiran saya. kami laluinya dengan tabah kerana saya tahu itulah peringkat awal pentarbiyahan. lalu, pakaian pakaian jahiliyah dididik untuk ditanggalkan sebelum memulakan kehidupan realiti di bumi itu. 

masakan sesuatu yang batil bercampur aduk dengan sesuatu yang hak ? pasti tidak! masakan al quran yang suci terletak di hati yang kotor.? pasti tidak mampu.

ولا تلبسوا الحق بالبطل وتكتموا الحق وأنتم تعلمون 

kami tidak seperti yang lain. memang wajar tekanan dan tarbiyah yang diberikan sekeras yang pernah saya lalui. kerana apa saya katakan ianya wajar??

kerana kami datang ke DQ untuk menanggung satu amanah yang besar. yang mana tanggungan ini terletak di bahu kami sehingga kiamat. sehingga saat kami dibnagkitkan nanti. Al Quran yang dihafal bukan hanya sekadar silibus kampus, bahkan ia mendarah daging dan dipersoalkan di akhirat kelak. 

maka, mereka bergelar huffaz layak dan sewajarnya merasakn tarbiyah ini. 

proses pembentukan dan pembinaan ruhi dipasak semahunya tika itu. saat itulah halaqah dan liqo menjadi makanan rohani yang tidak putus. saat saya merasa lemah dan hampir futur pada mehnah dugaan ini, tiada tempat lain yang dapat mengembirakan hati melainkan memenuhi majlis ilmu, menghadiri usrah, liqo liqo tazkirah, kuliah kuliah tafaquh dan paling utama kekuatan solat jemaah yang sentiasa menguatkan saya ketika itu. hamdalah. 

dan saat saya rebah sakit dan derita melalui onak liku perjuangan tika itulah banyak bahu-bahu yang sudi menjadi tempat saya bersandar. tempat saya meminta nasihat dan inzar. mereka dan kami seperti adik beradik. bahkan lebih dari itu.

DQ dunia tarbiyah buat saya. syurga ilmu dan taman taman al quran buat jiwa saya. tiada yang setanding dengannya. saat biah slolehah mahu dijaga sebaik nya, tika itulah iltizam dan penghayatan al quran dan sunnah nabi menjadi sandaran. tiada satu pon bertentangan dengan syarak. masyarakat al quran yang mahukan tarbiyah, dahagakan ilmu dan tegukan mahabbah.

segalanya bermula di dq.

lalu saat saya dicampak Allah kesini (dataran Syam ini) apakah saya tidak mensyukurinya.

bahkan dataran ini pernah menjadi saksi pertempuran hebat para syuhada' tentera tentera Islam berlawan mengalahkan kerajaan Rom Byzantyne suatu masa lalu. tanah ini pernah dibasahi titisan titisan darah para syuhada'. siapa yang tidak kenal Zaid b Harithah, Abdullah b Rawahah dan Jaafar Thayyar. panglima panglima Islam yang dilantik nabi sebelum pertemuran bermula. bahkan ketiga-tiga mereka diangkat syahid disisi Allah.

alangkah bertuahnya bumi ini. bumi para anbiya dan para syuhada.

zuqnya lebih hebat dari wilayah DQ yang hanya kecil di mata dunia.

Yusuf Qaradhawi dan Rashid Redha nukilkan: 

jika ingin melihat nilai-nilai Islam lihatlah di barat dan jika ingin melihat umat Islam lihatlah di negara arab.
dan inilah yang saya lihat di dataran Syam ini. meskipun buminya penuh barakah dan sirah para anbiya' namun malangnya masyarakat di sini tidak menggambil ibrah tentangnya. ia seolah olah sama seperti negara-negara yang bukan Islam yang lain. bahkan ada beberapa insiden yang saya perhati ia lebih teruk dari itu. 

saat Allah telah memilih saya untuk berhijrah dan bermusafir di dataran ini, sudah pasti ia mengandungi hikmahnya tersendiri. masakan Allah sengaja meletakkan saya di daerah ini sedangakan ia tahu yang terbaik buat hambanya mengikut kemampuan yang diaturkan.

mungkin berbeza tarbiyah di DQ dan di sini. sudah pasti.!

saya dikelilingi sahabat sahabat yang berbeza latar belakang dan corak pendidikan. maka, saya tahu bahawa ini adalah medan amal yang harus dipraktikkan hasil  tarbiyah yang pernah saya hirup di DQ dahulu. adik adik yang bersama saya ini adalah mad'u saya. sahabat sahabat saya adalah mad'u saya.

wajiblah kami menunjukkan qudwah hasanah yang baik untuk mereka contohi. moga moga hasil pentarbiyahan yang pernah saya lalui ini, tidak keras membeku dan statik. agar ia mengalir laju sederas air dan sekencang angin yang bertiup. 


kerana ...

di mana jua saya dicampakkan, maka disitulah medan amal saya. !


jazakillah ustaz ustazah yang telah mentarbiyah kami. juga abang abang dan akak akak DQ. jazakumullahu khairan jaza'.

adik adik yang ingin masuk ke DQ, jagan rasa gentar dengan apa yang diceritakan di atas. jika mahukan ruhi dan jasadi gagah dan hebat, maka bersedialah untuk ditarbiyah. pasti kamu tidak akan menyesal berada di daerah itu ! 


~setiap sudut bumi itu~

~madrasah tarbiyah~


syukur!

alhamdulillah thumma alhamdulillah

segala syukur dan nikmat dipanjatkan kpd Allah.

kenapa?
mesti ada sbb kan..
tapi kena ada sebab ke nk syukur pada Allah??
sebabbb Allah lah Tuhan yang maha luas nikmat rezki dan maghfirahnya
dan segala sifat sifat nya yang tidak terhitung agung dan azim nya..

 subhana Allah..

saya takde kata kata dan kalimah lain yang mampu dipanjatkan, melainakan lafaz tahmid tahmid dan tahmid
hamdalah hamdalah dan hamdalah..

bersyukurlah kpd Allah atas segala nikmat yang diberikannya.
meskipun diuji dengan pelbagai ujian, ucaplah tahmid
mungkin itulah nikmat menambah keimanan dan kesabaran untuk hamba-hambanya..


لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد

~mari kita bersyukur!


maafkan saya~


maafkan saya.
maafkan saya.
maafkan saya.


saya mohon maaf kepada awak awak semua.
yakinlah, siapa jua saya selepas dari ini,
sayang dan cinta saya kepada kalian tetap 
KERANA ALLAH..

bukan kerana sesuatu yang lain.

maafkan saya... :'(

saya lakukan ini kerana Allah..!


sekali lagi, MAAfkan sAYA!

R.A.B.I.T.H.A.H~

رجلان تحابا في الله, اجتمعا عليه وتفرقا عليه
dua orang yang mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.


saudaraku, kuhadirkan wajahmu dalam doaku..






doa rabitah yang dialun seusai solat sangat memaknai dalam jiwa. meresap dalam hati.
moga tautan hati aku dan saudara seaqidah ku ini diikat mati tanpa terurai ikatannya.
begitulah doa yang dititip buat kamu saudara seaqidah ku.
tidak kira siapa jua kamu.
meski berlainan wadah perjuangan,
berbeza fikrah,
berbeza jemaah,
maka kamu tetap saudara seaqidah ku.
tetap bersama menyelusuri jalan dakwah ini.
tetap bersama inginkan khilafah itu terbina.
tetap bersama membawa panji agung ini.

Allah lah tujuan kita.
Islam lah hadaf kita.
Quran dan sunnah lah manhaj kita.
kita serumpun.
kita semua SATU!

travelog UKHUWAH.

alhamdulillah, Allah hadirkan rasa yang sangat mendalam bagi sekeping hati.
hebatkan Allah..
kuasanya dalam mentautkan hati manusia itu tanpa disangka sangka.
meskipun proses taaruf itu sangat singkat.
namun, tautannya mampu mengikat hati manusia yang lain.

Dia hadirkan rasa sayang.
Dia hadirkan rasa kasih.
Dia hadirkan rasa mahabbah
Dia hadirkan rasa mawaddah.
Dia hadirkan rasa itu dan ini.
segala macam rasa.
hingga aku mersakan ajaibnya ukhuwah ini.
aku mampu menyayangi mereka mereka itu biarpun eddah perkenalannya sangat singkat!

kerana hadirnya tautan itu melalui setangkai doa.
kemudian ia membentuk rimbunan rimbunan kasih
mekarlah ia menjadi jambangan jambangan bunga cinta
dan cintanya itulah kerana Allah.

tidaklah dapat merasai nikmat ini melainkan segalanya disandarkan kepada Allah.


jordan
bumi yang mengajar saya mencintai dan dicintai.
bumi yang mengajar saya lebih dari satu ibrah.
bumi yang mengajar saya sebuah kehidupan.

Allah hadirkan insan insan ini dalam hidup saya.
melalui wasilah wasilah yang cantek aturannya.

MHS (minggu haluan siswa)
minggu orentasi yang mungkin dianggap biasa
namun disitulah sebuah jalinan berpadu.
disitulah tarbiyah hati disantun.
disitulah sebuah robitoh disatu.

akak2 adik2 dan sahabat PERMATA
kalian membuatkan saya jatuh cinta pada jalan ini..

rumate BARU saya-sarah sadida
seorang adik yang istimewa. :)
(saya & Allah sj thu kenapa istimewanya dia)-hehe

housemate saya-fatin, kak qila, syu
saya suka sangat duduk dgn kamu semua. alhamdulillah!

kak fathiyah liyana dan atikah-
akak fasi yang tersemat dihati saya. :')

awak awak awak awak dan awak semua
tak mampu saya nak senaraikan.
sangat ramai.
kenalan baru saya
yang membuatkan saya
juga turut jatuh hati pada kamu semua!

terima kaseh atas ukhuwah ini
moga ia kekal hingga ke syurga
moga ia sampai dan bersandar kepada yang Maha Mencipta..

kamu sentiasa dalam bisikan doa saya. insha Allah.
TERIMA KASIH YA ALLAH.. :)

[49:10]

~ini versi jordan, tak bermakna saya melupai kamu semua yang berada di Malaysia. :)

soal thabat: mampukah aku?

Qaf: 16
Baqarah: 286


benarlah..
dataran syam ini adalah ubat pahit yang mujarab..
mujarab bagi sebuah kehidupan..
kehidupan si kembara pengembara (blog k.dibah ni)
si musafir ibnu sabil..

kenapa aku tegar memilih Mu'tah sebagai medan juangku?
kenapa tak ukm? kenapa tak uia? kenapa tak DQ je?
sedangkan aku tahu, dataran ini penuh onak dan liku..
sedangkan aku tahu jalan aku pilih ini akan sentiasa menguji aku..
perlukah persoalan persoalan ini belegar legar sedangkan saat ini aku telah pun berpijak di bumi anbiya' ini.
keraguan apakah yang harus timbul?

perjuangan kah?
tarbiyah kah?

seminggu melalui detik detik resah yang melibatkan hati..
hati yang lama dahagakan tarbiyah akhirnya berbicara..
hebat sangatkah tarbiyah yang pernah aku hirup.?
hebat sangatkah tarbiyah yang pernah aku lalui..?
tarbiyah boleh dipilih pilih?
jika tak mahu yang ini, ada cara yang ini..?
persoalan demi persoalan..
menjadikan aku sepi meminta petunjuk dr Tuhan..

bangga sangatkah dengan apa yang pernah dilalui..
muhasabahlah diri..
muhasabahlah..

kenapa jalan perjuangan ini boleh ditanya untuk sertainya ataupun tidak..?
aku musykil..
perjuangan hanya di medan kampus kah?
hanya sementara..?
akukah yang kurang memahami atau akukah yang tidak memahami..

Allah, janganlah Engkau paling aku pada jalan perjuangan ini..
jangan pula Engkau membelakangi aku untuk turut sertai perjuangan ini..
janganlah Engkau bolak balikkan hatiku pada kethabatan perjuangan ini..

sungguh, meskipun aku tidak layak menyertainya,
janganlah aku terpinggir untuk turut sama memperjuangkan agama Mu..

aku telah berbaiah kepada Mu wahai Allah
untuk mewaqafkan segala jasad dan tulang belulang aku ini kepada Mu..
maka, aku bersedia untuk waqafkan diriku hartaku dan segala kepunyaan sementara milikku ini untuk agama ku!

pilihlah kami..
peliharalah kami..
thabatkan hati hati kami..
ameenn..

adikberadikku, aku tidak akan meninggalkan kalian selagi mana kalian tidak meninggalkan perjuangan ini..

matlamat kita besar, jalannya panjang, masih lagi hijau, penuh kesukaran, penuh kesulitan dan penuh kesusahan. tegur dan nasihatilah aku seandainya aku silap.

bersama-sama lah aku andai jalan yang aku pilih ini benar dan tepat.

medan juang ini adalah medan amal, sekalipun diceruk dunia mana pun kalian tercampak.
subur dan bajailah benih benih Islam disitu.
biarkan ia melingkar membaluti jiwa jiwa mad'u.
santuni ruh ruh itu dengan iman
belailah mereka dengan taqwa..


aku tidak akan berganjak meskipun rintangan ini hebat!
peliharalah hati-hati kami ya Allah!

segala apa yang aku coretkan ini adalah segala yang bermain tari menari dalam hati.
saat hati dan iman perlukan tumpuan
saat inilah aku diuji..
alhamdulillah, ujian ini mematangkan aku
mendewasakan aku..
terima kaseh ya Allah.. :')

kamu kamu semua: berilah kepercayaan kepada saya.. (err, boleh ke ckp cmni..?) =.=

Mu'tah, Jordan
12.00 pm.

Update dari bumi Syam



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Pejam celik celik sungguh saya telah pon berpijak di bumi anbiya, urdu kinanah, Urdun.  Bagaikan mimpi saat kaki ini mula menjejak kaki di sini. Langit tebentang luas tanpa sekepul awan sekalipon. Matahari terik memancar ke mata. Angin yang sejuk mengalahkan penghawa dingin menyapa ke muka, membalut tubuh yang masih berjasadkan iklim Malaysia.

 
Akak-akak dan pimpinan PERMATA (persatuan Jordan) siap sedia menunggu kami di Amman, Queen Alia (airport Jordan) Lalu kami serombongan yang menaiki Royal Jordanian berpisah ke tempat pengajian masing-masing. Ada yang ke Yarmouk, Mu’tah dan al Bayt. Bermulalah kembara hidup kami di bumi arab ini.  Bas yang kami naiki  membelah laju padang pasir sepanjang perjalanan ke perkampungan Mu’tah. Pemandangan padang pasir yang gersang yang dipenuhi debu-debu tanah mengakibatkan pernafasan saya kurang selesa sepanjang perjalanan itu. Bangunan petak-petak yang tidak bercat, tidak pula berbumbung dan  bahagian atasnya tidak pula kelihatan sempurna telah menarik minat saya. (macam rumah pangsa kot). Itulah rumah masyarakat arab  di sini.
 rumah petok petok~

Kami di bawa melawat ke dalam kawasan kampus. JAMIAH MU’TAH. Pintu gerbang jamiah menyambut kedatangan kami. Berdiri gagah dua orang pengawal di bahagian pintu masuk jamiah. Teruja melihat tempat pengajian sendiri. Bangunan-bangunan coklat yang kelihatan tua masih berdiri gah menunujukkan keizzahan jamiah tersebut. Sebayak 12 fakulti disini. Bertentangan dengan kawasan university, terbentang luas medan peperangan Mu’tah.

~kawasan jamiah~

Subhana Allah Subhana Allah Subhana Allah..
Maha suci Allah, Dia memberi kesempatan kepada kami melihat tempat ibrah yang penuh kisah sirah para anbiya’. Medan pertempuran peperangan Mu’tah menyaksikan kedatangan kami. Air mata menitik keluar. Memang tidak disangka, bagaikan mimpi indah saat  kami dipilih Allah untuk menunutut ilmu Nya di bumi para nabi dan rasul ini. Maka, tempat ini bukan lagi medan bersuka ria mahupon riang gembira tentang perihal dunia, akan tetapi inilah medan jihad kami dalam mengembara ilmu Sang Pencipta. Meneroka alam serta mengutip mutiara-mutiara tarbiyah disini.
Thumma Alhamdulillah.

Kejutan budaya aka culture shock? 

Bagi saya ia suatu perkara yang biasa. Bumi Malaysia jika dibanding dengan bumi para anbiya, sudah pasti jauh bezanya serta terlampau banyak pro dan kons tersendiri. Maka bagi saya, ini adalah perkara biasa bilamana kita berhijrah ke tempat yang baru, apatah lagi waqie dan biah nya yang semakin jauh dari tempat kelahiran di bumi sendiri. Waqie dan biah yang berbeza bukanlah menjadi asbabnya. Ia tidak menjadi masalah. yang penting adalah diri sendiri. sejauh mana iman dan jasad mampu berdiri teguh ketika diri menghadapi medan amal yang sebenar. ikhlaskan niat pada setiap amal. itulah pokoknya.!

Bumi arab ini sangat mudah dimainkan dengan soal hati. berbolak balik pula dengan soal niat. lain dan terpesong niatnya, maka tersasar lah matlamatnya. tiadalah harapan lain yang menggunung tinggi bagi si pengembara hina ini pada saat pulangnya nanti bersama izzah Islam dan sebuah kejayaan. maka doakan kami disini anak anak musafir di bumi anbiya'.

 ~menanti saat diri ditajmik dan di folow up kmbali seperti satu zaman dahulu.. jangan tinggalkan aku terkapai-kapai di dataran musafir ini..

biarkan segalanya berbicara

*alhamdulillah, berjaya update belog.
aku biarkan segalanya berbicara*

"uda sambung jelah dalam Malaysia, emak takde duit nak tanggung uda belajar ke Jordan."

diam. air mata dari tadi ditahan. 

"mak, urusan duit tu mak jangan risau, insha Allah ada rezeki Allah akan beri nanti"
"ustaz uda pesan: orang yang belajar agama ni jangan risau soal duit, rezeki Allah ada di mana-mana"

ingat lagi saya diolag ini. sekitar awal bulan 3 tak silap saya. saat itu saya sendiri masih taradud dalam urusan menyambung pelajaran. ye, sambung Malaysia memang tak jadi masalah. tapi sudah pasti biah dan waqienya berbeza. bumi Malaysia yang gersang ini jika dibanding dengan bumi anbiya' bukankah jauh bezanya. saya yakin, pilihan saya ke Jordan adalah tepat. malah Allah pula sentiasa memberi rezekinya 
tanpa disangka-sangka.

"kenapa dia nak susahkan mak ayah pergi belajau jauh-jauh"

terkilan hati ini mendengar. sungguh, saya jauh sekali tidak ingin menyusahkan mereka. salah ke saya ingin belajar jauh sedikit dari negara sendiri. salahkah saya mengembara mencari ilmu Allah ini.? salah ke saya berkorban demi jihad ilmu ini?

mengapa sukar benar orang sekeliling hendak memahami. 

hanya doa sahaja sumber kekuatan. dan Allah lah segalanya tempat saya memohon pertolongan.

alhamdulillah, hari ini 12 september saya akan berangkat ke bumi Anbiya, Urdun.  Allah itu  memang maha pemurah dan maha mengasihani sifatnya. rezeki yang diberikannya tidak putus-putus bermula dari saya tamat Darul Quran sehingga hari ini.


allah.. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.


(sesuatu yang diluar sangkaan terjadi petang tadi, rezeki yang tidak disangka. menitis air mata saya saat saya mengetahuinya. sungguh, saya tidak layak sebenarnya.)

yakinlah dengan ayat Allah ini!


lama abah sujud. sujud terakhir abah pada solat fardhu tadi benar-benar menyentuh hati saya. saya yakin, pasti tiadalah lafaz kalimah agung yang terungkap dibibir abah melainkan 'alhamdulillah' atas segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan tanpa putus-putus.

bergenang air mata saya.
mereka yang bertahkhta di hatiku~

sungguh saya tidak termampu membalas jasa kedua ibu bapa saya. Emak adalah insan istimewa di hati saya. saya lah anak yang paling banyak menangis kerana emak. (anak yang *baik kan). dan mungkin emak juga banyak menangis kerana anak seperti saya. sebab tu Allah pilih saya untuk belajar jauh dari emak, supaya saya boleh jadi lebih baik dari yang biasa. dan mungkin inilah wasilah dalam mentarbiyah saya menjadi anak yang solehah. 

saya tahu, segalanya yang Allah tetapkan adalah tepat! 

dan abah pula adalah insan yang sangat gigih membantu saya dalam urusan menyambung pelajaran ke Jordan. meskipun abah terlalu teliti orangnya (yang kadang-kadang saya agak tidak selesa: sebab semua urusan saya kalau boleh abah nak selesaikan segalanya) - bayangkan, dari potostat ic, isi borang, buat check up-segalanya abah yang selesaikan. alhamdulillah. abah sangat prihatin. dan kadang-kadang abah menjadi reminder yang terbaik buat saya dalam pelbagai urusan. abah memang  baik hati <3. moga Allah merahmati abah.  dan tahnks a lot buat kak long, bang ngah, iqah, kakak n adik. (adik beradik yang menjadi kan saya selalu di buli dirumah, tak kurang juga buat saya banyak menangis. kan kan? )

jazakumullah kepada semua yang membnatu saya dari segala macam aspek. tidak mampu untuk saya membalasnya. hanya kiriman doa yang mampu saya utuskan, agar Allah merahmati dan melindungi kalian di dunia jua akhirat. segala jasa baik kalian hanya Allah sahaja yang dapat m,embalasnya.


~perpisahan ini perit~

ye, memamng sungguh memeritkan. sudah puas air mata saya gugur sepanjang Ramadan yang lalu. tika itu pudar rasa semangat ingin belajar jauh,. entah apa yang menggangu fikiran. barangkali jiwa rasa gelisah, takot dan gundah memikirkan perihal duniawi. 

Jika dunia yang dicari, mak dunialah yang akan diperolehi.
Tapi jika akhirat yang dikejar, sudah pasti dunia turut mengikuti.

fasa pentajdidan dan pentazkiyahan ruhi saat itu sungguh mengetuk jiwa. lalu termuhasabahlah seketika pada ujian Allah yang silih berganti. saat itu pintu futur terbuka luas. namun digagahkan kaki agar bertahan kuat selagi mampu. mujur Allah itu sayang kepada hambanya. diberikannya peluang untuk bertaubat dan terus bertaubat.

akhawat yang saya cintai,

moga perpisahan ini adalah sementara di antara kita. saya pasti akan rindui kalian. 

kawan kawan sekolah lama saya: ex sk serkam, ex tun perak-terima kasih atas kenangan yang dicipta di antara kita.

akahawat Melaka saya: saya pasti rindu nak berhalaqah dengan kalian. juga para ikhwah-liqo ilmiah yang sungguh basah, dan Murabbi-terima kaseh sentuhan tarbiyah yang diberikan.

akhawat DQ saya: kakak2, sahabat seperjalanan (para ex-ex DQ), adik-adik saya: jaga diri baik2 ye. saya pasti rindu untuk berpijak di bumi tempat saya ditarbiyah!

akahwat special di HATI saya: jangan lupakan anjang. jaga Malaysia baik-baik ok. dan terima kasih atas nasihat doa dan kenangan di antara kita. i'll miss you!

ADIK saya: kakak rindu kan awak. jaga diri baik-baik.  jaga Quran dan jaga Iman!

"Aku tinggalkan kamu kepada Allah, nescaya Dia tidak akan mensiakan kamu!"

serikandi kaktus:

Alhamdulillah, saya tidak membebankan emak dan ayah saya. Allah lah segala-galanya buat kita. mohon dan pohخnonlah pertolongan dari Nya. yakin dengan janji Allah, rezekinya di seluruh alam ini.
~FI AMANILLAH YA HABIBATI!

فإذا عزمت فتوكل على الله

~doakan saya yang nak bermusafir jauh ini. moga pulang dengan izzah Islam dan sebuah kejayaan. :')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...