✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Di sini Lahirnya sebuah cinta ~



Di sini lahirnya sebuah Cinta ~


Konvokesyen Darul Quran kali ke 20, 2011. 

Tiga tahun sudah berlalu. 

Muga Allah Redha

****

Hadiah ini mungkin yang paling besar buat ibu & ayah aku.

Graduasi dari bumi Quran, Darul Quran.

Dengan selesai menghafaz 30 juzu' al Quran.

Bersama dengan CGPA yang membahagiakan. 

Tapi semuanya ini tiada erti.

Bahkan satu pelabuaran yang rugi.

Kalau-kalau aku calitnya dengan debu-debu dosa.

Aku warnainya dengan lumuran leka.

Aku bajaianya dengan baja-baja murka dari Tuhan Pencipta.

Aku biarkan ia.

Tidak menjaga dan tidak pelihara.

Tidak mengulang dan tidak murajaah.

Tidak mengamal da tidak beramal.

Maka segalanya tiada lagi erti.

Hanya tiggal nama yang aku banggakan.

Terbang bagaikan debuan.

Yang ruginya aku.

Yang deritanya aku.

Yang jahilnya aku.

Kalau aku tidak berusaha menjaga nya.

Tuhan thabatkan aku.

Tuhan jadikan aku ahli Quran.

Hingga hari aku dibangkitkan.



Mu'tah Jordan
31 Ogos 2014.

eh eh. Merdeka rupanya.
Di sini lahirnya sebuah Cinta ~



Pakcik Mat'am yang Ohsem !

Bismillah.

Balik dari meeting tadi aku menapak menuju ke Pekan. 

Hari ini singgah di Mat'am Zumir. 

Lama juga aku tidak pergi ke Mat'am ini. Rasanya sebelum Ramadan lalu mungkin yang terakhir. 

Setiap kali masuk ke kedai ini pasti ucapan salam perlu didahulukan. Sebab dahulu aku pernah ditegur oleh pakcik mat'am ini. Dan memang ianya satu tuntutan kan. 

Tadi aku masuk melangkah dengan memberi salam. 

Mungkin pakcik dibahagian hadapan mendengar salam aku. Segera aku ke kaunter menempah makanan.

Pakcik kaunter memandang aku dengan pandangan yang tajam dan memberi salam pada aku. Seolah isyarat nya bagai satu teguran.

Aku senyum menjawab salamnya dan berkata :

Aku dah beri salam di pintu tadi ammu.

Lantas dia juga turut tersenyum.

Kiranya kalau mahu ke Mat'am Zumir kena hulur dua kali ucapan salam. Satu di pintu masuk. Kedua di hadapan kaunter.  Tak salahkan mengucap salam berulang kali.

Oh indahnya Islam. Saling menjaga adab dan akhlak.



Pakcik ini antara pakcik-pakcik yang ohsem di Mu'tah ini.
Barangkali mereka antara yang mewarisi para Syuhada' yang syahid di sini.
Bahagianya aku berjiran kan para Syuhada'.


Mu'tah Jordan.
Summer Holiday.

Apps Android : Pro & Cons dalam gerakan Jamaah

Bismillah.

Wahai Sang Nabi,
Kalau lah kau masih ada di sini,
Aku juga tidak pasti bagaimanakah perasaan mu melihat Ummatmu kini. 


Kalau dulu, ketika mana aplikasi-aplikasi Whatsapp, Viber, Tango dan seangkatan dengannya masih belum wujud, pemimpin dan ahli hanya menggunakan medium aplikasi Message yang biasa untuk berhubung selain panggilan telefon. Apa-apa sebaran maklumat adalah melalui mesej, kemas dan padat, memandangkan aplikasi Message ini akan dikenakan caj setiap kali penggunaan. Namun begitu, tidak berlaku pula salah faham dalam menyampaikan maklumat, tidak terjadi juga maklumat tidak sampai keada ahli. Kerana masing-masing tahu keterbatasan medium yang ada untuk berkomunikasi, maka digunakan medium yang ada sebaiknya.

Kesan daripada itu, izzah pemimpin terjaga dengan asbab kurangnya berbicara (mesej) perkara yang kurang keperluannya. Dan juga dengan asbab berhati-hati dalam sebaran maklumat (kalau salah send message, kena resend, guna duit lagi). Dan juga dengan asbab kepekaan mereka untuk menyampaikan setiap maklumat penting kepada ahli. Izzah pemimpin begitu terasa.

Namun begitu, pemimpin hari ini begitu teruji dengan pelbagai aplikasi yang ada. Aplikasi-aplikasi percuma ini yang sepatutnya membantu melicinkan gerak kerja bertukar menjadi sebaliknya. Tersalah maklumat, maklumat tidak tepat, maklumat tidak sampai pada ahli, maklumat celaru, haru, biru dan sebagainya. Yang paling terkesan adalah apabila izzah pemimpin dirobek rakus oleh aplikasi-aplikasi percuma tadi, terutama apabila wujudnya group-group mesej yang melibatkan ajk sesuatu program. Hancus!

Perkara yang tiada keperluan jadi bualan, dalam 100 notifications, hanya 20 yang berkaitan dengan kerja, bakinya adalah emoticon-emoticon dan simbol-simbol yang tiada ahli dapat mengambil manfaat darinya. Dari simbol bayi comel kepada simbol hantu nakal, dari emoticon 'smiley face' kepada 'satan face', dari simbol anak ayam kepada hidung bab*, semuanya jadi bahan mainan.

Walhal, dengan medium-medium inilah pemimpin dapat menyalurkan ilmu, pengalaman dan buah fikiran kepada ahli-ahli yang akan menggantikan mereka suatu hari nanti. Medium-medium inilah yang sepatutnya menjadi lapangan perbincangan, mengasah pemikiran kritis dalam kalangan ahli dan akhir sekali membantu kumpulan membuat keputusan yang tepat bersama. Tarbiyah yang dilupakan oleh pemimpin.

Pemimpin tidak akan selamanya berada di atas. Satu ketika, mereka akan digantikan dengan yang lain. Maka apakah tarbiyah yang kita tinggalkan pada bakal-bakal pelapis kita yang akan datang? Atau hanya mewariskan ayam, lembu, naga, kokedai, kereta, kapal terbang, 'hati-merah-hidup' dan lain-lain yang tidak real. Justeru tarbiyah bukan hanya didikan dalam program-program, tidak juga hanya bersifat gerak kerja teknikal memasang banner atau memasak lauk dalam kuantiti yang banyak.

Tarbiyah yang paling utama adalah kefahaman dalam bergerak kerja untuk Islam, kefahaman untuk bergerak dalam keadaan teratur dan berorganisasi, kefahaman untuk sentiasa meningkatkan kualiti kerja dan tidak hanya mencetak idea warisan turun-temurun. Tarbiyah akal adalah yang paling utama. Maka adakah kita sudah melakukan perkara-perkara tersebut, sebelum kita bercanda dan galak bertukar-tukar emoticon bersama ahli?


Dengan izin tuan punya status, maka ianya dikongsi di sini.

Jiran Para Syuhada'
Mutah Jordan.

Mansoura Egypt.

Kena tolak tu biasalah.

Bismillah.

Ramadan lalu masa aku mengedar pek berbuka puasa kepada penduduk arab Mutah, aku hulur satu pek pada seorang perempuan arab. Dia menolak tanpa memandang aku sedikit pun dan berlalu pergi. Hati hampa.


Aku terfikir..

Kalau makanan pun ada orang menolak.
Ini kan pula dakwah. 

Biasala tu orang tolak dakwah kita.
Kita, kena terus usaha. 
Jangan putus asa. 

muhasabah di hujung Ramadan. 



#kullunaGhazzah.

Sheikhuna.

Bismillah. 

Sebelum berakhir muhadarah Tilawah 3 pagi tadi, guru kami yang kami hormati dan kasihi meminta kami mengeluarkan sekeping kertas dan menulis tentang perkara ijabiah (positif) dan salbiyah (negatif) sepanjang belajar dengan beliau soifi ini.

Kagum.

Sifat tawadhuk nya terpamer. Antara guru yang terbuka dan bersedia menerima teguran dari anak didknya sendii. Subhana Allah.

Bahkan guru kami ini juga menghantar kami (akhawat) belajar al Quran bersama dengan sheikhah yang disediakan olehnya di luar waktu kelas. Agar kami sentiasa mentahsin dan memperbaiki tilawah kami sehari harian.

Alhamdulillah.

Moga Allah rahmati sheikh kami ini. Guru yang tidak jemu mendidik dan berusaha memahamkan kami tentang ilmu al Quran. Tidak letih dan tidak pula penat belajar dengan beliau.

Esok imtihan Nihaei Tilawah 3 bermula, moga Allah permudah !

* Saya mencadangkan ikhwah akhawat yang berkesempatan untuk mengambil madah tilawah bersama beliau. Sheikh Muhammad Ja'afarah



Mutah, Jordan.

Enta Ghassh !

Bsmillah.

Tadi peperiksaan terakhir untuk semester musim panis (soifi) ini.

Dalam bilik peperiksaan tadi , pemuda arab yang duduk di barisan hadapan meniru dengan melihat jawapan di telefon bimbitnya. Duduk aku dari tadi tidak senang. Gelisah dengan jenayah yang dilakukan oleh pelajar Syariah tersebut.

Digagahkan diri, bangun dan menegur dia sebelum menghantar kertas jawapan. 

Enta Gyassh! (Kau meniru)

Dia panik sedikit.

Aku yang berdiri dibelakangnya membuat isyarat pada Doktur (baca: lecturer) bahawa dia meniru. Doktur mungkin tidak berapa faham. Tapi Dokter telah memindahkan tempat duduknya betul-betul dihadapan Doktur.

Hensetnya disimpan dalam kocek seluar.

Jenayahnya terhenti di disitu.

Aku keluar dari kelas. 

Mendoakan Moga dia diberi hidayah. 

***

Moga moga pelajar Maliziy tidak terlibat dengan jenayah seperti ini. Bahaya untuk masa depan agama terchenta.



Nabi saw Bersabda :


من غش فليس مني
Sesiapa yang berdusta bukan dalam kalangan ku. 
(HR Musim)




dengan meniru dalam peperiksaan,
akan mesiakan masa depan anda.


Salam permusafiran, fii amanillah.
 


Skuad Tabah,

Dataran Syuhada' Mutah Jordan.

Rehlah Imaniyyah # Makka al Mukarramah

Bismillah wal Hamdulillah. 


Catatan ini catatan ringkas. Travelog hamba saat menjadi Tetamu Nya. 

Menjadi tetamu Allah di Haramaian adalah saat dan detik yang paling ditunggu. Menanti bertemu Tuhan di Rumah AgungNya di Makka al Mukarramah. Hari itu, pada malam  27 Januari kami bertolak dari perkampungan Mutah menuju Ke Makka melalui Saudi Arabia dan Medina Munawarah. Perjalanan yang memakan masa selama sehari lebih di dalam bas tidak begitu memenatkan bila saat memikirkan sebuah kerinduan yang agung buat Tuhan Rabul Jalil.



Dalam perjalanan yang jauh itu, ayahannda Dr Qois merangkap Musyrif yang bertanggugjawab dalam rehlah umrah ini memberi taujihat. Usai membaca doa musafer ayahanada menambah kata-katanya : 

Ini adalah rehlah Imaniyyah.
Rehlah menuju Allah.



Bagai disentap jantung hati ini. Air mata merembes keluar. Tidak pernah saya rasakan sebuah rehlah yang membawa bersama hati dan iman demi menghadap Allah RAbbul Izzati. Ya sebuah perjalanan menuju Tuhan. Perjalanan hamba si pendosa menuju Tuhan dalam memebersihkan jiwa ~


Jam 1.30 pagi Saudi Arabia kami tiba di hotel penginapan di Makka Mukarramah. Jam 2.30 pagi kami memulakan perjalanan umrah di Masjidel Haram. Bagai kan sebuah mimpi nan indah saaat kaki melangkah masuk ke ruang legar Masjid al Haram. Ribuan manusia yang membanjiri ruang luar masjid sibuk dengan amalan masing-masing.

Pintu masuk King Fahd menyambut kami dengan sebuah ihtirom. Tanda mengalu kedatangan si hamba demi menghadap Tuhan. Dari jauh bangunan berselimutkan kain kiswah hitam yang tersergam indah itu melambai-lambai. Marilah. Hampirlah !

Kaabah nan suci ! Bagaikan mimpi ! Lafaz tahmid diulang-ulang tanda bersyukur yang tidak bertepi. 

Bersyukur kerana Allah memilih kami.
Bersyukur kerana Allah izinkan kami meihat Kaabah.
Bersyukur kerana Allah pertemukan kami
Pertemukan dengan kesan tinggalan Nabi.
Bersyukur kerana Allah beri peluang kepada kami untuk umrah pertama ini. 

Lafaz ta'zhim kami ucap buat Kaabah. Agung. 
Buat Tuhan Maha Agung.

Kaki disusun teguh untuk melangkah. 
Di dalam banjiran ribuan umat Nabi.
Niat dimulai. Perlahan. Semangat.
Mengelilingi kaabah 7 kali pusingan.
Tawaf dengan kerendahan hati.
Menyesali dan menginsafi.
Bertaubat dan membersih hati. 

Selesai umrah pertama dengan diikuti saei dan tahallul. 

Allahu Akbar wa Lillah Ilhamd !

Yang mampu aku ucap hanya lafaz syukur
Kerana aku hamba yang lemah dalam menilai erti syukur ! 
Syukur kerena bersyukur ! 

Aku buka mata. Malam itu mimpi indah. 
Aku harap aku masih di sana. 
Masjid al Haram,
Makka al Mukarramah.
Rupanya tidak. 
Aku masih di bumi Syam. 
Di sini. 


Gambar dari atas kawasan tawaf, Masjid al Haram.
Samsung Mini Pocket 4.0MP


Al Faqeerah, 
10 Feb 2014 | Mutah Jordan. 

Bila kau kasihi, katakanlah !

Semalam.
Dihujung talian.
Awak ada nak cakap apa-apa lagi ?

Tak ada dah.
Cuma saya malu nak cakap sebenarnya,
Kak anjang, i love you sangat-sangat.

Gelak besar.
Speechless.
Terharu. :'D

Hanya mampu balas :
May Allah love you too,
Because you love me because of Him ~

Kata Nabi :
Bila kau dapati kau kasihi kepada saudaramu itu,
Maka ucapkanlah " Aku kasihi kamu kerana Nya"
[HR Abu Daud]


Di tahun-tahun akhir pengajian,
Ada kasih yang perlu disemai,
Untuk memupuk Cinta berTuhan.
Barangkali ~

Kauthar,
22/1/2014

Metodologi Dakwah Nabi Yusof AS # 1



Bismillah walhamdulillah. 


Masih dipertengahan Tahun baru masihi, ahlan wasahlan.


Dalam al Quran, Allah menceritakan perihal nabi Yusof alaihi salam dalam surah khas yang diberi nama dengan namanya sendiri iaitu Surah Yusof. Menagndungi 111 ayat dan diturunkan di Mekkah. Sebahagian ulama' menamakan surah ini juga dengan surah ad Dakwah. Kerana terdapat padanya beberapa metodologi dakwah Nabi Yusof alaihi salam yang diceritakan di dalam Surah ini.

Kata Allah dalam muqadimah surah ini : 


Kami menceritakan kepadamu Muhammad kisah yang paling baik dengan mewahyukan al Quran ini kepadamu.. (12:3)


Metodologi dakwah Nabi Yusof alaihi salam :


Yusof : 36 

[Dan bersama dia masuk pula dua orang pemuda ke dalam penjara. Salah satunya berkata, "Sesungguhnya aku bermimpi memeras anggur," dan yang lain berkata : " aku bermimpi membawa roti diatas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung". Berikanlah kepada kami takwilnya. Sungguh kami memandangmu termasuk orang yg berbuat baik]


Taktala nabi Yusof dibawa masuk ke dalam penjara bersama mereka berdua (ahli sijn) Mereka sudah meminta nabi Yusof mentafsir mimpi mereka. Dan mereka melihat nabi Yusof ini seorang yg berbuat baik. 



Bagaimana bisa mereka mengetahui nabi Yusof seorang yang baik ? 

Ayat ini menunjukkan bahawa nabi Yusof alaihi salam sudah dimakrufi sifat baiknya semenjak sekian lama iaitu sebelum dibawa masuk ke dalam penjara. Dengan dakwah bil-hal (akhlak dan sahsiah) baginda nabi sebelum ini, telah membuat dua orang ahli sijn ini mempercayai baginda dengan meminta nabi Yusof mentafsir akan mimpi mereka. Dan ini adalah muqadimah dakwah yang baik buat nabi Yusof alaihi salam. 

**

Taktala Nabi Muhammad saw didatangi Jibril (dalam bentuk asalnya) ketika wahyu Iqra pertama diturunkan di gua hirak, Nabi segera pulang menemui Khadijah dalam ketakutan dan berkata :

إني خشيت نفسي .

Khadijah ketika itu bertindak menenangkan nabi dan berkata :

Allah tidak akan mencela kamu selama-lamanya. Lantas Khadijah menyebut kebaikan2 nabi sebelum ini : 

إنك لتصل الرحم (Engkau bersilatur rahim)
وتصدق الحديث (Engkau berkata benar)
وتكريم الضيف(Engkau memuliakan tetamu)
وتكسب معدوم (Engkau mencari harta buat org yang tidak punya) 

Hal ini menunjukkan nabi SAW juga sudah lama memulai kehidupannnya sebagai seorang yang baik dengan miliki sahsiah terpuji dan mahmudah semenjak dahulu lagi iaitu sebelum baginda diutus menjadi seorang Rasul lagi. 

** 

Mulakan dakwah dengan dakwah bil-hal (akhlak , tingkah laku juga sahsiah yang baik)  . Kata doktor Tholib dalam muhadarahnya Qosas Qurani, dakwah bilhal yang digunakan oleh Nabi Yusof alaihi salam lebih aqwa (kuat) dari dakwah bil-lisan (berkata) . Wallahualam. 

Allahumma solli ala Muhammad.

# Sudah lama tidak update kerana kepadatan masa serta musibah hilangnya sebuah aset dakwah iaitu cik ansar si laptop merah akibat kes kecurian sebulan yang lalu. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Menaqal dari yang didengari.

Alfaqerah,
SK.
Bayt Kauthar | 18/1/2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...