✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Aku kini dalam Islam ?

Langkah kakinya girang.
Melompat-lompat comel keanakan.
Dari jauh teriakannya memecah, melaung-laung sekuatnya.
Sekelilingnya hairan, gilakah dia. 

Hussaian Ibnu Salam. 'Anak kuda kecil' maksudnya.
Anak muda Rahib yahudi itu tidak henti-henti dengan teriakannya.
Ceria sekali wajahnya.

"Sang Penyelamat sudah sampai...! " diulang-ulang sepuasnya.

Tangan Si Penyelamat itu dikucup lembut. Bagaikan bapanya insan itu. 

"Wahai pemuda yang mulia, siapakan nama kamu ?" Muhammad bertanya.

"Aku Hussain Ya Rasullullah. Hussain Ibnu Salam."

Girang wajahnya tidak tergambar. 

Baginda meneruskan kalamnya :

"Wahai pemuda, nama mu bukan lagi Hussain, nama mu kini Abdullah ibnu Salam."

Sang Nabi  menukar nama anak muda yahudi itu. Dari maksud 'anak kuda kecil' kepada Abdullah, si hamba Allah. 

Dia terharu. Ada nada sebak yang ingin dilantun.

"Wahai Muhammad, apa aku kini dalam Islam? "

Baginda melemparkan senyuman manisnya. 

"Ya, kau kini saudaraku dalam Iman. "

Mereka berpelukan. Air mata hiba mengalir. Bahagianya dia saat sang Nabi itu mengiktirafnya sebagai Islam. Lafaz syahadah diungkap. Kini bahagialah dia dalam dakapan Iman dan Islam.

~seerah yang sering mendapat tempat di hati. Muhammad, dirimu terlalu mulia ! 

Dalam dakapan ukhuwah, kisah dan seerah di zaman baginda sangat banyak mengajar. Menyantun ummat menauladani maksud persaudaraan yang sebenar. Benar, baginda sebaik-baik tauladan.



Nota SK:
Dilakon semula kisah ini dalam pementasan teater Karisma ( Karnival Sukan se Jordan) pada April yang lalu. Sungguh, ia mendapat tempat. Ya rasulullah, Habibuna.

SK
Bustanul Hubb, Mu'tah.

Murabiyyah yang dirindui.

[repost]
hampir setahun penulisan saya ini. saya 'repost' semula tulisan saya ini yang bertarikh 1 Julai 2011, dan saya dedikasikan buat 'Murabbiyah' saya. Pendidik luar biasa yang telah mentarbiyah jasad ini ketika di bangku sekolah. dan hingga kini, kesan tarbiyahnya masih segar dalam darah yang mengalir di jasad saya ini !

::bismillah thumma alhmadulillah::

fikiran melayang laju membawa satu kenangan di sekolah menengah dahulu.

SMK Tun Perak. terpahat dikalbu.

rupanya di laman itulah detik awal saya ditarbiyah. namun perjalanan tarbiyah yang saya lalui itu tidak saya sedari. "ouhh, aku di zon tarbiyah rupanya."

disinilah saya ditarbiyah. jumpa badge je.

istilah tarbiyah pula jarang-jarang sekali saya dengar di kawasan sekolah. apatah lagi istilah-istilah arab yang sinonim dalam kalangan orang tarbiyah yang lain seperti tanzim, liqo, halaqah, tamrin dan syura. jauh sekali istilah ini saya dengar apatah lagi keluar dari mulut ini. bahan bacaan seperti 'mazayani', fiqh sirah, raheeq makhtum. sungguh tidak pernah kenal pun buku-buku demikian.

kerana saya tidak mendewasa dalam halaqah tarbiyah. mujur saya sempat mengenali usrah, itupun usrah yang sekadar mengejar dan memuntahkan silibus kementerian. sekadar memenuhi syarat kementerian pelajaran. sungguh tidak merarasai zuqnya sebuah halaqah usrah.

dan tika itu karat jahiliyah masih berbekas di dalam hati. kehidupan seorang pelajar biasa. tiada beza dengan yang lain. tapi saat itu tidak terlintas di kepala saya untuk memikirkan tujuan kehidupan ini dengan lebih matang. hanya melalui perjalanan kehidupan bagi memenuhi fitrah dan norma manusia biasa. pergi sekolah, balik asrama, belajar, solat, puasa sunat bila free, wajib hadir 'prep' petang dan malam, dengar tazkirah wajib, mengaji. full stop. cuma itu??

alangkah ruginya saya jika kehidupan alam remaja ketika itu hanya lah cuma itu. sekadar itu. selebihnya bergembira dengan rakan-rakan yang lain. menghabiskan belajar di bangku sekolah dan mengejar cita-cita dunia semata! hanya kerana saya tidak tahu.

namun alhamdulillah, saya merasai kekuatan melalui ruh solat jemaah yang diwajibkan di sekolah berasrama seperti saya. syukur tidak terhingga. kerana melalui solat jemaah itulah mendidik secara perlahan rohani saya. hingga Allh mendatangkan rasa kenikmatan melalui kekuatan solat jemaah.

dan saya sempat merasai santunan dan hangatnya kasih dari seorang murabbiyah. dikala itu saya di tingkatan lima. biarpun saya juga tidak pernah dengar istilah 'murabbiyah' ini sewaktu itu. apatah lagi murabbiyah pula ingin menggelarkan dirinya sebagai 'murabbiyah' kepada kami. jauh sekali. tidak pernah terfikir.

MURABBIYAH

dia hanya dikenali sebagai seorang guru biasa. seorang warden yang tinggal di kuarters asrama. seorang guru add math. dan juga seorang pendidik.

saya tidak pernah tahu dia itu bertindak sebagai murabbiyah. apatah lagi dia ingin menggelarkan dirinya sebagai murabbiyah kepada kami semua. tidak sama sekali.

tapi hari ini saya memberi pengi'tirafan MURABBIYAH kepada guru yang berjiwa pendidik itu. layaknya gelaran ini untuk dirinya.

seorang warden yang tugasnnya meronda asrama. memastikan para pelajar mengikuti peraturan asrama. memantau keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar. cuma itu. cuma itu di mata pandangan rakan-rakan saya.

rupa-rupanya dia telah bertindak dan memainkan peranan sebagai murabbiyah tanpa kami sedari. pemantauan nya sepanjang menjadi warden adalah berbeza dengan warden-warden yang lain. pada setiap tindak tanduk kami dipantau kemas. segala permasalahan yang kecil dapat ditangkapnya. lalu pelajar itu akan diberi nasihat dan kauseling percuma di rumahnya. dia mendidik seperti anaknya sendiri.

dan saya dahulu selalu diajak bermalam dirumahnya. pada mulanya saya juga tidak pasti atas tujuan apa dia mengajak saya bermalam di sana. mungkin mintak teman cikgu kot. rupanya, tanpa saya sedar dia telah memberi suapan tarbiyah melalui ajakan kerumahnya itu. pada butir bicaranya penuh dengan inzar dan tazkir atas tanggugjawab sebagai seorang hamba. setiap perkataan darinya mengandungi tuntutan kebesaran terhadap Allah. dan paling menyentuh hati, murabbiyah pernah mengutuskan surat 'cinta' kepada semua anak didiknya. surat itu ditaip kemas dan dipos ke setiap rumah. teringat lagi, ketika tu tengah cuti penggal persekolahan. subhanallah, besarnya pengorbanannya.

tapi saat itu, saya cuma merasakan, "ouhh.. biasalah, cikgukan."

Ya Allah, kenapa saya tidak tahu bahawa guru saya itu adalah wasilah Allah kepada saya untuk membaiki diri, mengislah jiwa. sayang seribu kali sayang. namun, tika itu masih di fasa 'jahil kebudak-budakan'.

dia hanya saya anggap sebagai seorang guru biasa. tidak lebih dari itu.

hanya kerana saya tidak mengetahui perihal tarbiyah itu bersifat bagaimana. tarbiyah itu datang dalam bentuk apa. tarbiyah itu untuk siapa. kerana saya tidak tahu.

hari ini, Allah telah memberi kenikmatan atas nikmat sebuah tarbiyah yang telah saya hirup sepanjang perjalanan ini. kefahaman terhadap sebuah tarbiyah. merubah dan membaiki diri daripada biasa kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. dan proses pembentukan tarbiyah yang saya lalui ini juga panjang dan sukar. . masih hijau dan muda. alhamdulillah. moga Allah memberi peluang untuk terus hirup udara segar sebuah tarbiyah ini.


dan saat ini, baru saya merasakan sentuhan tarbiyah bermula dari bangku sekolah lagi. baru saya sedar bahawa saya pernah memiliki seorang murabbiyah. saya pernah dididik melalui halaqah yang tidak formal. saya pernah dipantau peribadi dan akhlak tanpa disedari. tapi saya laluinya tanpa sedar. tanpa saya tahu yang saya lalui itu adalah perjalanan sebuah tarbiyah. dan saya telah dididik secara khusus melalui guru add math saya sendiri, seorang murabbiyah.

maka hari ini, dengarkanlah wahai MURABBIYAH ku,
bahawa saya sangat bersyukur atas kehadiran dirimu menyantuni kami semua. atas curahan kasih dan suapan tarbiyah di bangku sekolah dahulu. sehingga aku terbentuk sedemikian ini pada hari ini. dengan ini, aku mengangkat dirimu dan meletakkanya di dalam hatiku untuk selama-lamanya. jazakillah kheir ya murabbiyah..
inilah murabbiyah saya. :)
syukran alaiki teacher haspiah, guru add math semasa form 4 & 5.
bekas pendidik SMK Tun Perak.


Hari ini, 16 Mei 2012 :

Selamat Hari Guru Cikgu ! Trima kasih menjadi murabbiyah yang terbaik buat diri saya. Semoga Allah merahmati  dan memudahkan segala urusan cikgu. :')

Juga buat seluruh tenaga pendidik di SMK Tun Perak. Jazakumullahu kheiran jaza' ! Allah jua yang dapat membalas jasa kalian !

doakan anak didikmu ini.


para pendidik SMK Tun Perak

anak didikmu,
Hazirah binti  Isa
Mu'tah Jordan.


kamus:
murabbiyah : pendidik/guru
tanzim : organisasi
halaqah : bulatan
liqo' : perjumpaan
syura : mesyuarat
tamrin: latihan
mazayakni : sebuah buku yang bertajuk "mazayakni lil intima'il Islam" (Apa erti saya menganut Islam)
raheek makhtum & Fiqh Sirah: sebuah kitab sirah


taman hati yang berbicara

:: bismillah thumma alhamdulillah ::

[tiada kena mengena dengan sesiapa, ini cerita sebuah persahabatan]

temannya itu umpama TAMAN hatinya.. 
kredit to kak cik~


"ukhti, saya ada kabar gembira nak kongsi ni"

ye raut wajahnya kelihatan berseri, meskipun ada kekaca mutiara di anak matanya. fikirnya terharu mungkin. berita yang membahagiakan. itulah yang difikirnya.

tangan ukhti itu digenggam erat. rasa bahangnya kedua  tangan itu meresap hingga ke hati. kedengaran degupan kencang jantung yang berirama. seolah mengerti luahan yang bakal diterjemah. ada sesuatu yang pasti, tetap akan dilalui.

kepala disandarkan dibahu teman karibnya itu. entah bila kepala ini dapat lagi bersandar di bahu kecil itu. menumpang kasih di taman hati yang bahagia. 

"ukhti tahu,  saya sentiasa ada dalam taman hati ukhti" 

ayat itu dipegang sungguh. umpama digigit dengan gigi garham. cengkamannya kuat. tak terlepas.

adakah hanya sekadar ayat kosong yang tiada erti? sia-sia sajalah ukhuwah yang terjalin andai sekadar omongan dan buahan retorik semata. rugilah masa bersama yang tiada nilaian biarpun sedikit cuma. 

tumpang berteduh di  hati manusia bukan lah berteduh di bawah pepohon rendang yang rimbun buahnya. berkicau burung-burung bersiul riang di atasnya. ditiup angin lembut yang menguis pipi. gambaran yang indah~

namun hakikatnya, hati manusia adalah hati yang dimilki tuannya. dicipta untuk merasai pelbagai 'rasa'. dikurnia aneka irama dan nyanyian sebuah pentas hati yang berkerajaan. ianya pelbagai~  hadirnya melengkapi yang kurang, mendamaikan yang gelisah, membahagiakan yang duka dan  menenangkan yang resah. itulah 'teduhan' di dalam hati insan. bernaung menghela nafas.

"ingat tau, ukhuwah kita hingga ke Syurga." 

ada nada sebak dalam ucapan. gengaman kali ini lebih erat dari sebelumnya. 

lain macam~

jangan kata awak sakit, then hidup tak lama, dan bla... bla... bla... nauzubillah!

ouhh, itu ayat drama.. jangan mengarut. bentak hati kecilnya. mustahil mustahil. temannya itu sihat jasadanya, kuat fizikal dan ceria orangnya. sila campak jauh-jauh.. tarik nafas dan dengar lagi apa yang nak dicakap. (memujuk hati barangkali)

"ukhti, saya bakal nikah tau dengan seorang ikhwah. insha Allah hujung tahun ni" 

gulppp..!! nak suka ke nak menangis.. nak senyum ke nak masam.. 

kenapa rasa bagai ada yang menampar pipinya. sakit yang tidak berbekas. rasanya ada tapi tiada kesan. kenapa perasaan ni bagai bercampur yang sukar diasingkan. entah apa yang dia rasa.

ada air mata yang mengalir. setitik dua cuma. seketika kemudian, berjujuran membasahi pipi. kolam matanya penuh dengan mutiara. kenapa menangis? 

jasad ukhti dipeluk erat dan seeratnya.. ada rasa yang membungkam. kelu lidah untuk menutur kata yang sepatutnya. ada yang merobek perasaan dan hati ketika itu. menangis dia semahunya dalam dakapan hangat seorang teman. rabak dan sebak barangkali. 

kenapa dia merasakan kasihnya itu dirampas oleh seorang ajnabi yang tiada kaitan dengannya. dia kah perampas? mengapa terasa ukhuwah ini terputus atas nama sebuah pernikahan? nafsu apakah yang bermain dihati? amarah apakah yang tidak mampu dia kawal?

fitrah~ sesuatu yang halal telah pun hadir dalam hidup temannya. penciptaan yang tidak mampu dinafikan manusia akan kehidupan berpasangan yang dijadikan Allah. ketentuan apa lagi yang mahu diafikan.  

jauh disudut hati yang tidak mampu berkata:

teman, kau dahulu tempat aku melepas kasih, menumpang bahagia. di hatimu, aku teduh berkongsi rasa. bahumu tempat aku sandar dikala hiba. tanganmu aku gengam dikala jatuh yang tidak berbangun. siangku kau seiring berjalan di taman. malamku kau teman dengan doa. sakit jatuh ku kau ubat dengan harapan. hati yang aku beri, aku semai hingga syurga. jiwa yang aku kongsi, aku adili bahagia.

kini, atau bakalnya nanti, aku seolah hilang bahu tempat aku duduk bersandar. masih ada kah ruang di hatimu untuk aku? menumpang teduh seperti dulu. bermanja bahagia berkongsi cerita. 

itukah yang difikirnya. ?

kawan karibnya bakal bernikah. meninggalkan zaman bujangnya.  melangsungkan perkahwinan bersama seorag ikhwah. salah satu sunnah yang ditauladani. bahkan pahala buat mereka. akhirnya dia tersenyum bahagia. sunnah nabi yang kau contohi bakal menjamin ke syurga yang abadi. bahagia buat temannya. 

sahabatnya bakal ke syurga! sesuatu yang bahagia. mengapa masih lagi bersedih. 
membina baitul muslim idaman.
melahirkan jundi tentera Islam..
perjuangan mereka tidak terhenti disitu.
bahkan sudah pun mereka sediakan generasi harapan.
harapan sebuah ummah ! 

kerana Allah, akhirnya dilepaskan lembut tangan yang digenggam. 
bukan beerti lepas buat selamanya. 
cuma, kini fahamlah dia situasi baru itu. tidak seperti dahulu.
tanggugjawab temannya ada yang baru. 
penyeri 'taman hati' yang dulu.

ukhuwah hingga ke syurga, walau apa jua terjadi.

nikah bukan beerti kita berpisah kan.. :)

~geram jugak dengan ikhwah ni, rampas kasih hati saya ye.. ish3! ~
monolong nakal seorang teman.. maksudnya apa? 

::maksudnya: "temannya itu sayang sungguh dengan kamu"::

selamat pengantin baru..
barakallahulakuma ! 



kerana kasihkan mu kerana Allah, aku serahkan aturan ini kepada yang lebih Hak ! 
uhibbuki fillah~

nota SK:
tak kahwin lagi saya dah sedih, kalau dah kawin mahunya banjir saya ni.. 
ukhuwah tetap ukhuwah, yang kahwin teruskan perkahwinan.
ia tidak akan terputus jika hadafnya capai keredhaan Allah.
sebab tu saya janji nak jumpa kat syurga.
sebab kat dunia, masing-masing ada syurga yang nak bernaung nantikan (:

saya juga nanti bakal lalui seperti itu, ^_^ insha Allah ! 

si bodoh yang zalim !

"Telah pun diberikan amanah atau tangungjawab itu kepada kerajaan langit dan bumi serta gunung ganang yang lainnya, namun sesekali mereka tidak mampu untuk memikulnya, lalu diserahkan amanah ini kepada manusia yang jelas zalim serta bodohnya mereka !" 
[Al- ahzab]
ada tangan yang mengenggam erat. memberi kata semangat yang tidak putus. 
ada juga jasad yang merangkul kuat. sambil tangan kiri dan kanannya mengusap lembut belakang temannya. 
ada juga tepukan pada bahunya, seolah memberi keyakinan pada taklifat baru yang disandang.
ye, mereka semua ada disitu. 
kata-kata yang dilantun keluar bukan lagi lontaran retorik,  bahkan terpancar sinar ikhlas dan tulus di mata mereka. ada kekaca dalam anak mata mereka. seolah mengerti ! 

"Innal Amanah Annadamah"

Sesungguhnya amanah itu satu penyesalan

tertunduk menangis.
yang jatuh saat itu bukan sekadar air mata kosong yang tiada erti, dibawa nya bersama sebuah hati hamba yang hina di hadapan Khaliqnya. merima taklifan sebagai pemimpin bukanlah sesuatu yang dibanggakan, bukan sesuatu yang dimuliakan,  bahkan satu penyesalan yang tiada sudah. T_T

andailah mereka tahu, sudah pasti amanah ini tiada siapa yang ingin mengenggamnya.
andailah mereka tahu, sudah pasti jalan ini sudah lama ditinggalkan.
maka saat itu, hancurkah sebuah tanzim.
hancurlah jiwa-jiwa kepimpinan.
hancurlah ruh Al Fateh yang dinukil .
hancurlah sebuah kota tawanan.
hancurlah sebuah khilafah yang diidam !
mimpi !

tugas pemimpin bukanlah memimpin sekumpulan binatang ternakan, ini adalah jalan memimpin manusia ! memimpin hati hamba ! memimpin hati rakyat !

apakah dia mampu !

pimpinlah hati hamba dengan membawa bersama mencari keredhaan Allah, mengembara mengejar akhirat.  nescaya dunia dan lainnya akan turut serta tanpa dipinta. pimpinlah hati mereka bersama ruh iman. bertindak adil dan saksama. jujur serta amanah. dan  menyayangi mereka dengan tali ukhuwah ! 

tiadalah contoh yang terbaik Pemimpin Dunia melainkan baginda Nabi, Muhammad s.a.w. 

Nota SK:
pengakhiran yang menakutkan. 
antara dua.
syurga Allah, atau neraka Jahim !
moga kamilah di dalam syurganya itu~
doakan yang terbaik.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...