✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

BARU BERMULA..

sangat cantikkan maratiib amal ini.. flow yang sangat munazhommah untuk mencapai sebuah khilafah Islam.


"Kemudian akan kembali khilafah di atas manhaj kenabian"
-hr Ahmad-


ِAlhamdulillah. Segala pujian layak untuk Allah. Dengan nikmat iman dan Islam, hambamu masih lagi bernafas dikala ini.

Baru je habis dq beberapa hari yang lalu. Sisa-sisa merindukan bumi itu masih lagi berbaki dalam jiwa. Namun terubat juga dengan perjalanan si musafir yang mencari erti kehidupan, menggapai makna keredhaan. Membudayakan biah dq di dalam jiwa dan menjadikan ia ibadah harian. Mudah-mudahan Allah memberi peluang untuk terus istiqamah.

Sejuk rasa hati melihat saff solat berjemaah fardhu ketika itu. Saff qiam di awal pagi memulakan kehidupan, sahur dengan dua keping roti dan secawan radix , tazkirah-tazkirah dan peringatan yang tidak lekang dari bibir mengisi kekosongan jiwa. Sungguh jiwa mereka tenang. Terisi dengan penyuburan tarbiyah yang sering dirindui.

Moga mereka itulah kami!

Namun,

Panjang lagi perjalanan dakwah ini. Perjuangan baru sahaja bermula. Onak, duri, besi dan paku yang tajam bakal dilalui juga kelak. Mungkin ini adalah muqadimah untuk benteng pertahanan jiwa menghadapi dunia luar yang penuh pancaroba.

Hakikatnya, bersediakah aku??

Ingin menjadikan dunia ini benar-benar pentas perjuangan aku yang sebenar. Hingga kelak bumi yang aku pijak ini mampu mencapai daulah. Menggapai KHILAFAH!

اللهم يا مقلب القلوب ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

ya Allah, pilihlah kami untuk IKHLAS!

ia baru BERMULA!
-al faqierah ila ALLAH 09-

1 comments:

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...