✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

pulang ertinya berjuang!

bismillah walhmdulillah.

[ini adalah sebuah kisah kehidupan, yang baik boleh diambil, jika ada. ((: ]

sabar kata nabi umpama dhiya'
cahaya yang terang-menderang.

erti pulang pada sebuah perjuangan.

begitulah makna pulang bagi saya. 'perjuangan' pada sebuah kehidupan juga 'perjuangan' bagi sebuah pulangan untuk kemenangan Islam. sejak dari awal bulan tiga lagi saya sudah menempah tiket kapal terbang untuk pulang ke tanah air Malaysia, itulah erti dua 'kepulangan' bagi saya. maka pulang saya pada tahun pertama kali ini, bukanlah sebuah kepulangan yang suka-suki, ingin berseronok dan bergembira. pulang bagi saya adalah berjuang!

kaffarah eksiden Ramadan yang lalu sangat mengintrospeksi diri. kalau dulu saya katakan ianya kaffarah atas dosa-dosa saya yang sebelum ini. barangkali saat itu, Allah ingin menyucikan ruhiyyah saya sebelum terbang bermusafir di dataran penuh barakah itu, bumi Syam, dataran para anbiya menyubur dakwah. lantas saya bersyukur, Allah memilih saya melalui ujian kesakitan untuk men'sufi'kan rohani saya yang kian tenat. hamdalah. 

setahun berlalu~
dosa-dosa lalu jika dihitung bagaikan debu-debu berterbangan. banyaknya tidak mampu dibilang. begitulah kehidupan hamba, adakala mereka sedar pada dosa yang dilakukan, adakala tidak. bahkan, pernah juga ada hamba yang merasakan tidak berdosa pada dosa yang dilakukan. dan ini adalah perkara malang bagi sang hamba! moga kita dijauhkan.


an apple a day, keeps the doctor away~

doktor

sekeping filem xray saya keluarkan.

muka doktor perempuan yang sangat kiut itu berubah wajah. sambil keningnya dikerutkan, lantas dia meletakkan filem itu di kotak cahaya dalam biliknya. faham saja saya kalau-kalau hatinya mengomel dan komen tentang filem xray yang saya bawa. sungguh tidak kemas dan semberono punya xray. biasalah, kerja orang arab~  sekali lagi saya diarahkan untuk membuat xray yang baru.. errr, berapa kali dah mahu xray. hati saya merungut.

kata doktor, ligament saya koyak. dan dia juga mengiyakan kata  pakar dari Jordan bahawa cartilage  (baca: rawan) saya sudah menipis. akhirnya saya dihantar ke pakar tulang, orthopedic. temu janji dibuat.

pernah saya bertanya pada seorang akhawat perubatan dari JUST tentang sakit saya.

apa kena mengena eksiden dengan menipisnya cartilage?
katanya: apabila berlakunya eksiden, tisu-tisu kita akan mengalami trauma. ohoo, tisu pun boleh trauma-trauma ye (: tersenyum saya, padahal tak faham!

sedikit mengecewakan apabila temu janji yang ditetapkan untuk saya adalah sebulan yang akan datang. hati saya berdengus. saya mahu balik Jordan lagi dua bulan lah mak cik, tak kan tak boleh consider kasi awal sikit kot.

kata doktor, saya mampu bertahan selama 10 bulan, makanya dia mengklasifikasikan kaki saya masih gagah dan kes ini tidak berat. berbanding dengan kes kecemasan yang lain seperti patah kaki, tercabut kaki, terputus dan sebagainya. erk rr!

hmm betol jugak tu. hati saya dibawa untuk berhusnuzhon. ramai lagi kes yang lebih parah dari saya.

masih lagi ada nada yang tidak puas hati di hati.
masih lagi berbunyi bisiskan-bisikan syaitan.

errr, sedap lah doktor cakap. ingat 10 bulan tu sekejap nak tanggung derita ni.

astaghfirullah. apa lah hati ni. tadi kata dah husnuzhon. lapang dada jelah kan.

hadis nabi disemat cepat,

kata nabi sabar itu umpama dhiya' 

wah, bagai cahaya yang terang tuh! sapa tak nak! cahaya yang nabi sebut bukannya lampu, lampu pendaflor ke lampu pelita ke.tak tak. cahaya. yakni, NUR!

hati kembali tenang.

sabar itu indahkan!  terngiang-ngiang suara seorang ukhti yang selalu berpesan tentang erti sabar. ahh, terpukul rindu kepadanya! moga kheir dan dalam redha Allah hendaknya. ^_^




pulang saya adalah berjuang.

untuk ummat dan juga kesihatan saya.

bulan depan berderet aktiviti yang perlu saya hadir.

lepaskan rindu pada adik-adik-adik (sebab banyak sangat adik) usrah saya. rasa rindu nak berhalaqah dan memberi pengisian pada mereka.

akhawat-akhawat yang hampir setahun saya tinggalkan. rindu nak dengar potpet potpet mereka. potpet mereka bukan sekadar bualan kosong yang tiada manfaat. ianya sarat dengan ibrah! pasti banyak yang ingin dikongsi.

seorang lagi adik akhawat yang saya rindui. tak sabar ingin memeluk dia. rindu nak dengar cerita itu ini dia. setiap kali berbual dengannya, tentu isu fikrah menjadi topik kami. paling kurang dia akan berkongsi perihal tarbiyah yang sedang dia ikuti. (: sweet! sebab dia sangat different dengan akhawat lain. masih muda tapi matang! saffana~

murabbi yang saya harap dapat bertemu dengannya bersama zaujahnya. sangat berharap!

lastly, usrah sekolah dan adik-adik Melaka yang perlu disentuh dari segi tarbiyah & dakwah. pasti saya akan sedia membantu. biiznilah!




 proses melapor diri yang perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang pulang ke tanah air. 
saya sudah, anda bila lagi??


ada yang kata: errr buat apa nak lapor-lapor ni?? 

jika balik untuk bergoyang kaki, silakan tidak melakukan apa-apa. tapi jika pulang dan ingin selamatkan ummah, segeralah melaporkan diri di mana-mana kawasan lokaliti anda. faham-faham jekot ((:

usaha yang sedikit, moga-moga memberi impak besar pada kemenangan Islam!


Nota SK:
2 bulan yang berbaki,
sumbangan yang paling besar adalah buat mak & ayah saya.
moga dua bulan terakhir ini memberi seribu erti
untuk merawat rindu 3 tahun yang mendatang!
Allahu yusahhil~

bila saya sudah memilih Jordan, beerti saya sudah rela menanggung rindu ini kan! :))
mohon doa kalian.

1 comments:

mujahidah ummah..sgt rindu sama kamu :)

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...