Bismillah wal hamdulillah
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad, Habibuna, wa Syafieuna, wa Nabina Mustafa Rasulillahi alaihi was
salam. Dengan jerih payah baginda dan para sahabat berjuang menegakkan kalimat
Allah ini, tersampai jualah Islam kepada kita pada saat ini. Dan moga-moga
dengan nafas Islam ini mencambah kebaikan buat ummah umumnya.
Pelik?
Tidak, ia bukan satu perkara yang perlu
dipelikkan. Walhal pada ambang usia dewasa ini, ia harus dibincang secara
matang. Namun, saya akui bahawa ramai diluar sana rasa seronok untuk berkahwin
kerana pada ‘keseronokan halal’ selepas akad perkahwinan semata-mata. Pemikiran
seperti ini tidak memberi matlamat yang jelas tentang asal perkahwinan
tersebut. Sedangkan maqasid ataupun tujuan syariah meletakkan perkahwinan ini
adalah untuk menjaga agama dan nasab keturunan. Demikian itu, perancanagn yang
jelas perlu disusun untuk sebuah keluarga yang diredhai Allah.
Hemat saya, perkahwinan selain menghalalkan apa
yang diharamkan Allah sebelum pernikahan, ia juga tertumpu kepada strategi dan
perkaderan membina generasi dari darah daging yang sama.. Pembinaan generasi harus
dirancang dengan baik agar perkahwinan bukan tempat bermadu kasih semata. Zuriat
yang bakal dilahirkan adalah asset berharga buat masa depan ummah yang
mendatang.
Anehnya, sesetengah anak muda selalu memandang
perkahwinan adalah jalan bersuka dan gembira sahaja. Hingga terlupa persedian
sebelum menjadi pasangan hidup pada orang lain itu jauh lebih penting untuk sebuah
persedian yang tersusun. Masakan seoarng suami kurang ilmunya tentang ilmu
rumah tangga serta mengurus tanggungjawab dengan sempurna? Dan seorang isteri
pula jahil tentang tanggungjawab dan peranan mereka selepas bergelar seorang suri bagi
sang suami? Lalu rumah yang didiami sering sahaja sunyi dari dibasahi degan nur
dan iman sebagai pasangan mukmin. Yang dalamnnya hanya terdapat tawa, hiburan dan
senda gurau yang berlarutan.
Akhawat demand
Akhawat demand
Bila bergelar seorang akhawat, sinonimnya
pada mereka pasti tertampak cantiknya bertudung litup, kemas dengan busana
syariah, bersopan dan berakhlak mulia. Dengan hal itu, tentu sahaja ramai
ikhwah yang tampan lagi bergaya dengan agamanya, datang melamar akhawat demi
menyempurnakan lagi agama mereka. Sama ada mereka melalaui orang tengah,
wasilah murabbi mereka mahupun bertemu secara langsung dengan wali para
akhawat. Sedar dan akui bahawa usia yang mereka lalui ini sudah bersedia untuk
menempuh alam rumah tangga yang lebih mencabar.
Namun di satu sudut lain, rupanya ada
sebilangan akhawat ini terlampau memilih dengan pasangan mereka. Hingga
sering mereka rasakan ikhwah yang hadir melamar mereka itu bukan ‘taste’
mereka. lalu mereka menyenarai panjangkan ciri-ciri lelaki idaman yang mereka
harapkan.
· Anak datuk
· Tinggi dan tough
· Bercermin mata
· Kulit sawo matang, tidak gelap dan tidak putih sangat
· Belajar oversea
· Bukan ustaz, paling kurang doktor
· Gaji mesti 4000 and above
· Bla.. bla.. bla..
Hamboi
demandnya !
Para
Akhawat, anda mahu lelaki / ikhwah sebegitu untuk pasangan hidup anda, lalu
anda pula bagaimana ? Terlalu sempurnakah anda? Rupa paras hanya bentuk yang subjektif
yang kelak nanti berubah-rubah ditelan zaman, bahkan kehidupan berpasangan
adalah kehidupan yang panjang yang perlu dilalui bersama.
Hingga
datang seorang ikhwah yang baik akhlaknya, baik agamanya, cantik rupa parasnya,
cukup ilmu nya datang melamar akhawat, lalu ditolak mentah-mentah. Tanpa sempat
diberi peluang membuat pilihan dan istkharah. Bukankah ini satu perkara yang mejelikkan? Hadis Nabi menyebut:
إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِيْنَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوْهُ، إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيْضٌ“Apabila seseorang yang kalian ridhai agama dan akhlaknya datang kepada kalian untuk meminang wanita kalian, maka hendaknya kalian menikahkan orang tersebut dengan wanita kalian. Bila kalian tidak melakukannya niscaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. At-Tirmidzi no. 1084)
Tolak secara mentah-mentah ini adalah suatu tindakan yang kurang matang. Ia seolah menutup jalan kebaikan dengan tidak menyatakan sebab dan alasan. Bahkan tidak pula memberi peluang melalui jalan istikharah ataupun pilihan.
Walaupun fakta menujukkan nisbah lelaki lebih banyak daripada wanita iaitu dengan nisbah 106:100 bersamaan 14.56 juta orang lelaki berbanding 13.77 jumlah wanita. Namun perkiraan ini merangkumi jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada dua tahun yang lalu seramai 28.3 juta penduduk. Ia tidak termasuk pecahan peratus penduduk Islam yang belum berkahwin. (Sumber : BH / 30 Julai 2011)
Walaupun fakta menujukkan nisbah lelaki lebih banyak daripada wanita iaitu dengan nisbah 106:100 bersamaan 14.56 juta orang lelaki berbanding 13.77 jumlah wanita. Namun perkiraan ini merangkumi jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada dua tahun yang lalu seramai 28.3 juta penduduk. Ia tidak termasuk pecahan peratus penduduk Islam yang belum berkahwin. (Sumber : BH / 30 Julai 2011)
Tidak kurang juga selain demand dengan ciri-ciri yang ditetapkan, akhawat sering merasa diri mereka muda untuk memikirkan perihal rumah tangga dan alam perkahwinan. Dan lebih pelik, ada juga merasakan mereka masih kanak-kanak biarpun usia sudah mereka pun menjengah ke angka puluhan tahun. Ia suatu yang ironi !
Meski
pun kita masih belum bersedia untuk semua itu, namun paling tidak kita harus
meyediakan diri kita untuk memikir soal itu. Harus matang dalam membuat satu-satu
keputusan yang mendatang. Berfikir menggunakan rasional akal bukan nafsu dan perasaan yang sering merosakkan. Akhirnya, natijahnya akhawat sering menjadi andartu
akibat terlampau merasakan diri mereka masih muda untuk berfikir sejauh itu.
Walaupun
kita masih belum bersedia menghadapi ranjau alam rumah tangga yang mendatang,
lalu apa usaha kita untuk mendepaninya? Apakah kita mahu duduk bersahaja? Melayan
rasa kanak-kanak kita ? Atau menanti satu keajaiban yang bakal diturunkan ? Bukankah
akhawat harus persiapkan diri mereka menjadi wanita solehah yang nanti bakal
menyejukkan rumah tangga yang bahagia. Persiapkan diri dengan ilmu sebagai isteri
dan ibu buat anak-anak yang bakal dilahirkan. Dan ini adalah perlu. Jika kita
tiada persedian ini, maka selamanya kita sentiasa tidak akan bersedia untuk
menghadapi satu lagi tangga kehidupan, berumahtangga dengan acuan dan didikan
Islam.
Saya bimbang, kelak usia akhawat melewati usia tiga puluhan, kita mula rungsing memikirkan soal masa depan kita. Sedang di suatu sesi kehidupan teman-teman kita yang lain, mereka sedang gembira membina dan mencetak generasi mereka untuk meneruskan rantai perjuangan agama ini. Sedang kita masih menunggu di tangga pintu rumah, menanti si dia datang melamar kita. Entahkan esok, entahlan lusa. Entahkan bila, kita juga yang derita!
Saya bimbang, kelak usia akhawat melewati usia tiga puluhan, kita mula rungsing memikirkan soal masa depan kita. Sedang di suatu sesi kehidupan teman-teman kita yang lain, mereka sedang gembira membina dan mencetak generasi mereka untuk meneruskan rantai perjuangan agama ini. Sedang kita masih menunggu di tangga pintu rumah, menanti si dia datang melamar kita. Entahkan esok, entahlan lusa. Entahkan bila, kita juga yang derita!
Namun
yakinlah, jika kita benar-benar ikhlas dengan perjuangan kita ini, sentiasa
mengadu dan mengharap pada Allah, tentu Dia sudah ada rencana yang terbaik buat
masa depan kita ! In sha Allah, Biiznillah.
Itupun bila kita berusaha dan melakukan perobahan pada diri kita.
Nota SK:
Akhawat
fillah,
Saya
bukan seorang isteri yang punya pengalaman berumah tangga, bahkan saya juga
bukan seorang ibu yang punya cara mendidik anak beragama. Saya cuma seorang
akhawat yang sering mendapat tempias ibrah dari kisah pengalaman akhawat yang
lain. Sedang di suatu sudut saya masih memikirkan diri saya, datang beberapa
akhawat mengadu perihal diri mereka. Apakah masa itu saya akan kekal
memikir tentang diri saya, sedang akhawat saya rungsing mencari jalan keluar
kehidupan mendatang mereka. Dan dari situ saya sering diajar Allah melalui
jalan cerita mereka.
Saya tidak nafikan kita perlu bijak memilih pasangan, namun Bersederhana
lah kita !
Nota ini juga buat para ikhwah yang budiman, jangan terlalu demand memilih akhawat. ^_^
Post ini bukan bertujuan meggalakkan perkahwinan dalam usia muda, tetapi memudahkan pernikahan. Moga bermanfaat.
Nota ini juga buat para ikhwah yang budiman, jangan terlalu demand memilih akhawat. ^_^
Post ini bukan bertujuan meggalakkan perkahwinan dalam usia muda, tetapi memudahkan pernikahan. Moga bermanfaat.
6
April 2013/ 6:14pm
0 comments:
Post a Comment