✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Labbaika Allah!

bismillah wal hamdulillah 

selesai mendengar cerita dan ringkasan peribadi anak-anak usrah saya petang itu, saya menulis ringkas biodata mereka dalam smart phone cikai saya yang sekadar boleh menyimpan note atau memo (baca: nota). halaqah gumbira itu ceria. masing-masing teruja mendengar kisah kehidupan adikberadik mereka. tanggan saya menongkat dagu, mata saya tepat memnadang wajah mereka yang bercerita. aksi fokus saya tunjukkan. itu tanda saya mendengar sebaiknya cerita mereka. dan sebegitulah yang seharusnya ada pada para murabbi/naqib/guru atau  mad'u terhadap objek dakwah mereka. 

sebaik sahaja tiba giliran saya untuk menceritakan perihal pribadi saya yang serba naif dan faqir ini, tiba-tiba seorang anak usrah saya bertanya satu soalan. 

"Kalau kak anjang (nama gelaran since di DQ, penangan usrah DQ yang sangat superb) diberi peluang oleh Allah, apa yang kak anjang nak?"

pelik. tiba giliran saya tiba-tiba soalan itu diajukan. punyalah ramai yang mentaaruf diri mereka, saya juga terpilih menjawab soalan adik usrah saya. ^_^ angkat kening*

"Kak anjang nak ke syurga."

jawab saya ringkas. senyuman saya lempar. menggambarkan betapa indahnya gambaran syurga yang ingin saya mahukan itu.

dalam kepala saya hanya ada dua tiga sahaja perkara yang benar-benar saya nak. 

andailah ditanya sekali lagi kepada saya, apa yang saya nak dan mahu jika Allah beri peluang pada saya. pasti saya tidak mendahulukan keinginan hati saya sebelum orang lain. seakan saya ananiyah (baca:pentingkan diri) apabila saya dahulu mendahulukan diri saya.

pertama:

"saya nak mak dan ayah saya masuk ke syurga sebelum saya"

kenapa tak saya.?

saya belum sempurna menjadi anak yang solehah, takut tidak mampu menuntun tangan mereka hingga ke syurga. tapi kalau mereka yang ke syurga sebelum saya, pasti jika saya dihumban ke neraka (waiyazubillah) tangan mereka dahulu yang menarik saya sekuatnya kerana mereka ibu dan ayah saya. dan saya anak mereka.


kedua:

"saya nak mak dan ayah saya sempat mengerjakan ibadah haji sementara mereka masih lagi hidup"

inilah keinginan mereka sejak bertahun lamanya. alhamdulillah, sudah dapat panggilan setelah dekat 10 tahun mereka mendaftar. insha ALlah tahun depan. setiap kali telefon mak saya melalui viber atau skype, inilah doa yang hari-hari mereka mohon untuk saya mendoakan mereka.

dan yang ketiga, baru lah saya jawab untuk keinginan diri saya.

"saya nak ke syurga, adikberadik saya ke syurga, sahabat-sahabat saya ke syurga, muslimin muslimat lain juga ke syurga."

"dan yang terakhir, saya nak ke baitullahil haram, mengerjakan ibadah hajisementara saya masih hidup" 

rindu ingin mengucup penjuru kaabah yang wangi itu. tawaf mengelilingi Kaabah, berlari-lari anak antara saei dan marwah. dan alangkah indahnya kalau saya dapat melakukan semua ini bersama mak dan ayah saya. saya teringin benar membawa mereka ke sana. Allahu allah.. 

dua ini saya benar-benar inginkan. 

mudah-mudahan Allah mememudahkan urusan untuk mncapai semuanya. ameen.

tidak sabar menunggu panggilan agung itu, lambaian Kaabah.

"Labbaika Allahhumma labbaik. Labbaikalah  syarikala kalab baik."


"Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan sesiapa sahaja yang memasuki rumahku dengan beriman, dan semua orang beriman laki-laki dan perempuan. dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran." 
(71:28) 


Mutah, Jorden.

Allah hanya tempat kamu mengadu susah?

bismillah wal hamdulillah.

esok imtihan awal bermula.
tiga madah berderet.
fiqh ibadat II
mabadik tarbiyah
fiqhul qadha wa toriqu isbat

dan masih berbaki
fiqh aiman wa nuzur
usul fiqh II
dan aqidah II yang tak tahu tarikhnya bila.

dalam keserabutan exam, fikiran mula serabut.
rata-rata mahasiswa sedemikian itu mereka rasa.
alangkah ruginya jika ilmu dituntut hanya sekadar merempuh EXAm semata.
pulun habisan menjelang EXAm.

*geleng kepala.*

kepala sendiri yang menggeleng lebih cepat terasa dari kepala yang lain.

lalu pengaplikasian entah terbang hilang ke mana.

teringat kata anak usrah:

kebergantungan pada Allah bukan sahaja pada waktu sempit dan susah, 
bahkan  pada setiap waktu.

kadang kita hanya cari Allah pada waktu susah kita.
walhal di masa lapang dan senang semudah itu kita lupakan Dia.

tidak perlu pergi jauh,
mari kita koreksi,
sehari-hari kita sebagai muslim,
apa kita meneyelak lembaran mashaf dan mengalun kalimahnya dengan sempurna?
lalu hayati bait kalam terjemahannya.

bahasa mudahnya: apa kita membaca Quran di setiap hari yang dilalui?

aku pernah bertanya pada seorang sahabat:

apa benar mengingati Allah itu hatinya tenang?
jawabnya, bisa. 
termaktub dalam mashaf.

aku angguk.
aku terfikir, aplikasi yang bagaimana itu?
berapa ramai mengingati Allah hatinya tenang?
berapa ramai pula membaca Quran dihari-harinya, lalu hati mereka tenang?
setenang dan sebening air.
berapa?


kalau kitalah aktivis Islam, perlu berganda insafnya jika tidak melakukan seperti itu.
hari-hari melaung kalimah perjunagan, reformis, kebangkitan, hurriah dan lain-lain,
lalu di waktu sibukmu itu tiada senggang waktu pun untuk Quran.
malangnya dirimu aktivis pejuang Islam.

 dan aku,
terlebih malang, jika yang disebutkan itu adalah aku!
waiyazubillah.

~Road to Eid Adha,

Mu'tah, Jordan.





Quran menangis.. :((

bismillah wal hamdulillah. 


 "aku bimbang dengan mereka yang menghafal al Quran, tetapi hati mereka masih lagi mencintai maksiat.
 aku bimbang dengan mereka yang berulang-ulang mengingati kalamullah, tapi siang malamnya masih bergelumang maksiat.
 aku bimbang dengan mereka yang membaca al-Quran pagi dan petangnya, tapi di malam gelapnya masih bergayut kosong dengan jantina berbeza.
aku bimbang dengan mereka yang menghafal al-Quran, tapi di masa lapangnya masih menonton drama barat  yang tiada faedah, sarat dengan pencintaan hamba manusia.

 dan semua itu, aku ringkas kan dengan aku bimbang dengan diriku, sahabat-sahabatku, adikberadik ku, masyarakat sekelilingku, andai mereka itulah kami."


dan lebih menjadi kebimbanganku, andai Quran tidak dapat menolong sedikit pun di pengakhiran nanti, jika ini lah kami!
 nauzubillahi min zalik.

"dan janganlah kamu campur aduk-kan kebenaran dengan kebatilan, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya."
(2:42) 

al-Quran itu cahaya, Nur. apa bisa dia bersama dengan hati yang kotor, jijik dan hina?

maafkan aku ikhwah dan akhawat, para akh dan ukht.
sungguh, aku benar-benar bimbang. aku tahu perkara ini berlaku disekelilingku. aku bukan para malaikat, baik dan sempuran segalanya, sedang aku manusia punya berjuta khilaf dan dosa. moga ia menjadi introspeksi kita bersama.
moga kita dijauhkan dari segala keburukan dan laknat Allah SWt.

astagfirullahal azim,
moga Allah mengampun aku atas tinta ini jika ia melukakan hati para pembacanya.

mari menjadi hamba!

Mu'tah. 10.36am.
12/10/2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...